RESTORAN ROYAL DARBAR JALAN TAR SAJI MENU CITARASA ASLI DARI NEGARA INDIA

November 29, 2018 REEF OMAR 0 Comments

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

Malaysia terkenal sebagai negara dengan kepelbagaian kaum dan etnik. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup unik serta disegani di mata dunia kerana keharmonian dalam masyarakat majmuk. Secara tidak langsung, kepelbagaian bangsa memberi pilihan citarasa makanan untuk dinikmati. Malah, Malaysia sememangnya menjadi “lubuk’ kepada pelbagai masakan dari serata dunia. Namakan saja masakan apa yang tiada di Malaysia? Semua citarasa masakan dari seluruh dunia ada di sini.

Antara yang mencuri perhatian saya adalah sebuah restoran yang menyajikan menu masakan dari negara India iaitu Restoran Royal Darbar yang terletak di Wisma Motor, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur. Baru sahaja dibuka kepada umum sejak September 2018, restoran Royal Darbar ternyata punyai keistimewaan tersendiri khusus kepada mereka yang menggemari masakan Asia. Restoran Royal Darbar merupakan sebuah restoran Halal berkonsepkan fine dining dan bankuet yang mengetengahkan menu masakan asli dari India. Bagi menjaga kualiti rasa, pihak pengurusan restoran ini mengupah chef yang bertauliah serta berpengalaman bekerja di restoran hotel di India.

Tidak sukar untuk mencari lokasi restoran ini kerana ia berada betul-betul di hujung sudut bangunan dan ditepi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Malah papan tanda kedai juga jelas kelihatan. Masih sukar mencari? Guna saja aplikasi Waze atau Google Map. Saat melangkah masuk ke dalam ruang restoran ini membuat saya tergamam seketika. Dekorasi dan hiasan dalaman restoran Royal Darbar cukup mewah dengan penggunaan perabot berkualiti tinggi serta warna merah dan kuning mendominasi hampir setiap ruang. Malah dengan kertas dinding yang bermotipkan kisah hikayat golongan bangsawan India melengkapkan suasana elit di sini. Sesuai sekali dengan namanya Royal Darbar yang bermaksud dewan diraja.

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

Kalau ke restoran sudah pasti ingin menjamu selera bukan? Menariknya di restoran Royal Darbar ini mereka menyajikan masakan asli dari negara India dengan pengalaman menjamu selera dalam suasana mewah dan klasik. Ibarat anda sedang bersantap di dalam mahligai istana. Semua sedia maklum bahawa masakan India terkenal dengan penggunaan rempah ratus. Namun apa yang menjadikan ia berbeza rasa berbanding restoran India yang lain adalah keaslian rasa seperti anda menikmati makanan di negara India. Sebagai contoh, roti naan disini di masak menggunakan dapur tanah seperti yang sering digunakan di kedai makan di India. Pilihan juadah juga tidak menyediakan malah variasi juadah dari pilihan vegetarian dan bukan vegetarian.

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

Anda harus mencuba hidangan seperti Nasi Briyani, Prawn Briyani, variasi roti Naan, Kadhi Pakora, Panner Masala, Moong Dal Halwa, Chicken Lahori, Mutton Rara, Fish Min Moile, Paneer Tikka, Harabara Kabab, Kheema Mutter dan banyak lagi. Setiap menu yang saya cuba cukup rasa dan cukup ramuan rempah ratus. Kalau makan masakan India, wajib mencuba minuman Lassi sebagai pembasah tekak anda. Restoran Royal Darbar juga menyediakan seleksi pencuci mulut stail lokal yang cukup enak seperti Kulfi.

Pihak restoran Royal Darbar bukan hanya menyediakan menu secara hidangan di meja, namun mereka turut menyediakan bufet untuk hidangan makanan tengahari dengan harga yang cukup berpatutan. Pilihan bufet disini agak banyak dan boleh saya katakan cukup murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan. Harga asal bagi bufet makan tengahari adalah RM35/seorang namun pihak Royal Darbar memberi harga istimewa iaitu cuma RM24.99++/seorang sempena promosi pembukaan restoran ini.

Keluasan restoran Royal Darbar ini yang mempunyai dua tingkat ini memuatkan 100 orang di aras bawah dalam satu masa dan 110 orang di tingkat atas bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup atau keraian. Jadi tidak timbul isu ketidakselesaan sama sekali tatkala menjamu selera disini.

Secara peribadi, saya cukup berpuas hati dengan kualiti rasa menu yang dihidangkan disini. Nasi Briyaninya cukup enak, dan seleksi hidangan lauk pauk disini juga cukup menyelerakan. Jadi kepada anda semua, jangan lupa untuk singgah dan merasai sendiri kelazatan masakan tradisi India di restoran Royal Darbar kerana walaupun ia berkonsepkan fine dining tapi percayalah harga yang ditawakan sememangnya mampu milik dan berpatutan. Selamat mencuba!

INDIAN CUISINE, INDIAN FOOD MALAYSIA, ROYAL DARBAR KL,

LOKASI RESTORAN ROYAL DARBAR 

339, WISMA MOTOR, 
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 
50100 KUALA LUMPUR. 

TELEFON: 010-4305797 

WAKTU OPERASI: 12 TENGAHARI – 11 MALAM 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FABEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ROYALDARBARKL #AUTHENTICINDIANFINEDINING

0 comments:

Powered by Blogger.