JOM KE KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP)


Ramai di kalangan kita khusus umat Islam yang masih tidak memahami konsep sebenar berzakat. Walaupun zakat berada dalam salah satu diantara 5 Rukun Islam, namun masih banyak persoalan yang timbul di minda terutamanya signifikan dalam berzakat. Secara asasnya, zakat adalah satu kaedah penyucian harta dalam agama Islam. Bagi golongan yang berkemampuan, sudah menjadi tanggungjawab sebagai hamba Yang Esa untuk membantu sesama saudara seagama yang kurang bernasib baik. Maka dengan wujudnya zakat ini, maka jurang kemiskinan dapat dibendung dan seterusnya membantu ekonomi Islam. Secara tidak langsung ia menjadi manifestasi kesyukuran kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. 







Atas kesedaran dan tanggungjawab, pihak Pusat Pengurusan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ_MAIWP) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan KGM Event (Karnival Geng Masjid) menganjurkan acara KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) 2018 pada 1 dan 2 Disember 2018. Karnival YEZ 2018 yang berlangsung di pekarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju ini dianjurkan sebagai usaha mempromosikan dakwah zakat secara meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan seterusnya dapat meningkatkan kutipan.


















Selain itu, penganjuran Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini dapat memberi pendedahan kepada umum tentang kepentingan dan kewajipan berzakat.

Terdapat lebih 90 reruai jualan dan pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung sepanjang karnival yang berlangsung selama dua hari ini. Terdapat reruai PPZ sendiri yang dibuka bagi memudahkan para pengunjung memahami lebih lanjut akan zakat dan banyak gerai jualan dibuka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna, pertandingan azan, pertandingan Gusti Lengan, Liga Quran, Grand Dhuha, memanah, pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir, dan banyak lagi. Selain itu, maskot Didi & Friends serta Omar & Hana turut hadir bagi menyemarakkan kemeriahan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini.




















Bukan itu sahaja, beberapa selebriti tempatan turut diundang bagi memeriahkan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 ini antaranya kumpulan Hijjaz, kumpulan Raihan, Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris, PU Rahmat, Heliza Helmi, Man Raja Lawak, Hafiz Hamidun dan ramai lagi. Malam Sabtu anda akan dihiburkan oleh barisan penyanyi tanahair menerusi Konsert YEZ dan pada malam Ahad pula pihak penganjur mengadakan slot Grand Forum Super Star yang akan di acara oleh pelakon Bell Ngasri dan membariskan tetamu jemputan iaitu Ustaz Dato’ Dr. Izhar Ariff, Ustaz Sharizan Daud At-Turabi, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang .

Para pengunjung yang hadir akan menerima cenderhati berupa calendar PPZ 2019 (selagi stok masih ada) juga berpeluang memenangi cabutan bertuah UTAMA bernilai RM2500 dan 37 cabutan bertuah bernilai RM7500.

Majlis perasmian Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 telah disempurnakan oleh Pengerusi PPZ - MAIWP, Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali. Pada majlis sama, penyampaian hadiah kepada pemegang kempen Jom Berzakat dan Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 telah diadakan. 



ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,
PENGERUSI PPZ , DATO' HAJI CHE MAT CHE ALI

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,





Jadi kepada anda yang mempunyai kelapangan waktu, sudilah untuk hadir ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 yang diadakan pada 1 dan 2 Disember 2018 bermula 9 pagi hingga 9 malam di Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju. Bawa seisi keluarga untuk memeriahkan acara ini disamping dapat menimba ilmu tentang dakwah zakat ini. Layari laman sesawang rasmi atau laman media sosial rasmi Pusat Pungutan Zakat untuk info lanjut.

ACARA, KARNIVAL YEZ 2018, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT,

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

LAMAN TWITTER RASMI 

TALIAN ZAKAT: 1 300 88 5757 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PUSATPUNGUTANZAKAT #PPZMAIWP #ZAKATAKHIRTAHUN #YEARENDZAKAT


0 Comments