SIAPA TASHOORA SEHINGGA SPOTIFY PAPAR DALAM EARLY NOISE 2019






Spotify telah melancarkan sebuah video istimewa bagi memperkenalkan artis paparan Early Noise 2019 terbaru mereka, TASHOORA iaitu sebuah kumpulan Indie dari Indonesia. Memaparkan keasyikan single pertama mereka ‘Hitam’, ahli-ahli Tashoora yang terdiri daripada Danang Joedodarmo, Dita Permatas, Gusti Arirang, Sasi Kirono, dan Mahesa Santoso berkongsi kisah latar belakang Tashoora serta motivasi mereka dalam dunia muzik.

Sebagai info, Early Noise 2019 merupakan sebuah platform penemuan muzik baru daripada Spotify yang menampilkan muzik tempatan dari setiap genre, rantau, dan generasi berserta muzik dari seluruh dunia.






Apa yang menjadikan Tashoora istimewa, kumpulan ini menjadikan muzik mereka sebagai medium laungan pandangan dan penyampaian mesej berkaitan isu-isu sosial yang seringkali diabaikan. EP ‘live’ mereka berjudul ‘Ruang’ yang dilancarkan pada Disember 2018 mengetengahkan pilihan sukar yang bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang, malah akan memberi kesan terhadap hidup mereka. Bagi ‘Hitam’ pula, single debut mereka menceritakan tentang isu hukuman mati. 






Nantikan lebih banyak lagi kandungan mengenai Tashoora di laman Facebook dan Twitter Spotify Indonesia. Sementara itu, anda boleh mendengar playlist Early Noise 2019: Tashoora di Spotify dan nikmati pilihan lagu yang dipilih khas oleh Tashoora dan kenali mereka dengan lebih mendalam menerusi wawancara audio istimewa di mana mereka turut berkongsi mengenai muzik, lagu-lagu kegemaran dari Yogyakarta serta matlamat mereka dalam karier muzik.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA #TASHOORA

0 Comments