RAIKAN IFTAR SESAMA SAMBIL BERAMAL DI BUFET RAMADAN 2019 BANGI GOLF RESORT






Ramai yang bertanya saya, bukan bufet Ramadan semua sama ke? Jika saya berkongsi kepada anda tentang sesebuah bufet Ramadan, maka ada sesuatu yang istimewa yang menarik minat dan selera tekak saya pastinya. Kali ini saya ingin alihkan sedikit kompas rasa anda ke Bangi untuk mengetahui apa yang menarik sempena Ramadan 2019.

Semua sedia maklum Bangi merupakan salah satu lubuk makanan yang terkenal di Selangor. Bila tiba bulan Ramadan, anda boleh saksikan di sana sini menawarkan seleksi juadah berbuka puasa. Antaranya yang mencuri perhatian saya adalah bufet Ramadan 2019 di Bangi Golf Resort. Apa yang menarik sangat tentang bufet Ramadan disini? Teruskan membaca artikel ini.

Menerusi restoran BGR, Bangi Golf Resort tahun ini tampil dengan bufet Ramadan bertemakan Iftar Sesama. Tema ini bertepatan dengan matlamat Bangi Golf Resort sendiri yang mahu berkongsi keenakkan rasa juadah bersama setiap pengunjung yang datang dalam kumpulan family atau sahabat handai. Bukan itu sahaja, setiap pengunjung yang berbuka puasa di sini secara tidak langsung akan menyumbang kepada tabung Islamic Relief Malaysia (IRM). Pihak restoran BGR berbesar hati untuk memberi 1% daripada hasil keuntungan sepanjang Ramadan kepada badan ini bagi memudahkan sebarang aktiviti kemanusian yang dijalankan oleh Islamic Relief Malaysia. Malah pihak BGR turut bekerjasama dengan Food Aid Foundation dalam membasmi pembaziran makanan daripada bufet serta berkolaborasi dengan portal F8Buzz.com dengan mewujudkan kotak sumbangan Iftar Sesama jika orang ramai mahu mendermakan makanan dan pakaian kepada yang memerlukan.













Pada tahun ini, restoran BGR Bangi Golf Resort menyajikan lebih 200 seleksi juadah berbuka puasa yang terdiri daripada masakan Melayu, Cina, India dan Barat. Antara menu yang berada dalam senarai bufet tahun ini adalah Kambing Bakar, Nasi Kerabu, Ipoh Hor Fun, Sup Kambing Mamak, Nasi Ayam sos BBQ ala Oriental, Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak, Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma dan banyak lagi.


















Pihak BGR menyediakan beberapa buah gerai termasuk gerai masak secara langsung. Bukan itu sahaja! Anda turut disajikan dengan variasi kuih muih serta pencuci mulut seperti Churros Sepanyol, Tiramisu Itali, Kek Keju Bandung Laici, Pandan Gula Melaka Mousse, Kuih Lapis, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan dan banyak lagi. 








Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah restoran BGR menyajikan sajian ulam-ulaman organik segar yang dipetik daripada kebun mereka sendiri. Ini adalah satu inisiatif yang patut menjadi contoh dalam menerapkan konsep Kebun dalam Bandar. Tahniah BGR!











Bagi memberi kepuasan kepada pengunjung sepanjang Ramadan 2019, pihak BGR telah menambahbaik beberapa kemudahan seperti surau yang lebih luas, bilangan tandas telah ditambah kepada 16 kubikel serta menyediakan 800 lot parkir secara PERCUMA! Selain itu, persembahan hiburan turut diadakan sebagai halwa telinga pengunjung.




Jadi, dengan penawaran lebih 200 hidangan sempena bufet Ramadan 2019 di Bangi Golf Resort, pastinya ia amat berbaloi kepada nilai wang anda. Harga yang ditawarkan cukup mengejutkan saya kerana RM59 net bagi dewasa dan RM29 net bagi kanak-kanak sangat berpatutan dengan kualiti rasa dan pilihan juadah yang disajikan kepada pengunjung. Hubungi talian 1700818557 atau layari laman web serta media sosial Bangi Golf Resort untuk informasi lanjut.


LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #IFTARBGR #RAMADHANBGR #BUFETRAMADAN2019

0 Comments