BEST TRAVEL INFLUENCER AWARD, TOURISM MALAYSIA JALIN KERJASAMA MENERUSI TOP 100 INFLUENCERS STAR AWARD MALAYSIA






Dunia digital kini sudah mencapai aras penting dalam kehidupan manusia. Boleh saya katakan setiap urusan manusia kini hanya boleh dibuat dihujung jari sahaja. Senario ini juga memberi impak kepada industri pelancongan negara kerana dunia digital memudahkan orang ramai mencari informasi tentang sesebuah destinasi. Kewujudan laman media sosial memberi sumbangan dalam peningkatan sektor pelancongan domestik menerusi peranan influencer. Semua sedia maklum bahawa golongan ini yang mempunyai ramai pengikut sering menjadikan idola mereka dalam pelbagai aspek.

Bertitik tolak daripada itu, pihak Tourism Malaysia optimis dengan kerjasama diantara syarikat One Smart Star Malaysia, JP Hallmark Development dan Kingsman Entertainment Production menerusi pencarian Top 100 Influencers Star Award.







Pada satu majlis yang telah diadakan batu-baru ini di ibukota, turut diumumkan salah satu sub kategori iaitu Best Travel Influencer Award dimana kewujudan anugerah ini bertujuan dapat membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada dunia. Majlis pelancaran anugerah ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Pada ucapan beliau, menerusi penglibatan dunia media sosial dan peranan influencer ini dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama para pelancong dalam dan luar negeri. Ini sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan sasaran 30 juta pelancong dan pendapatan kepada negara sebanyak RM 100 billion. 

Y. BHG. DATO' DR AMMAR ABD. GHAPPAR, PENGARAH KANAN BAHAGIAN DOMESTIK & ACARA TOURISM MALAYSIA







Menerusi Top 100 Influencers Star Award, ianya telah dibuka penyertaan kepada umum yang layak menerusi aplikasi yang telah dibangunkan oleh One Smart Star Malaysia. Terdapat 2 kategori di wujudkan iaitu Kategori 1: Wanita Malaysia dengan bilangan pengikut di laman media sosial 10 ribu ke atas manakala Kategori 2: Wanita Malaysia dengan bilangan pengikut kurang 10 ribu di laman media sosial. Undian telah dibuka sehingga 19 Mei 2019 menerusi aplikasi STAR PHONE MOBILE. Anugerah yang bakal dibawa pulang pada malam gala nanti adalah Most Iconic Award, Most Photogenic Award, Best Influencer Award, Best Travel Influencer Award, Miss Laura Influencer Award dan Nowme Influencer Award. Hadiah berupa wang tunai sehingga RM 10 ribu menanti pemenang. 

Layari laman Facebook rasmi One Smart Malaysia atau hubungi Ms. Janis Chong di talian 012-3321929 untuk maklumat lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #TOP100INFLUENCERSSTARAWARD

0 Comments