KAFE ANSON KOPI & PATISSERIE TAWAR PILIHAN SET RAMADAN 2019 UNTUK BERBUKA PUASA






Bila tiba bulan Ramadan, sudah pasti banyak kedai makan dan hotel menawarkan sajian bufet untuk membuka puasa. Namun, saya percaya ada sebilangan dari kita yang merasakan bufet Ramadan agak membazir khusus bagi mereka yang kurang makan. Yelah, bayar satu kepala sudah cecah ratusan ringgit tetapi hakikatnya sekadar menjamah beberapa juadah sahaja.







Jika anda masih mahu menjamu selera diluar tetapi dengan kos lebih ekonomi sambil dapat bersantai bersama keluarga dan sahabat handai, masih ada restoran dan kafe disekitar anda yang menawarkan set juadah sempena Ramadan yang berbaloi untuk wang anda seperti restoran Anson Kopi & Patisserie yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Saya pernah makan disini sebelum ini:
https://www.thisisreef.com/2019/01/mee-soto-kedah-kelantan-beef-noodle.html

Restoran Anson Kopi & Patisserie bukanlah kafe baru namun telah beberapa tahun bertapak dalam bisnes makanan. Sebelum berpindah ke lokasi baru di Jalan Klang Lama, kafe ini pernah beroperasi di kawasan Bukit Jalil. Sempena Ramadan 2019, pihak kafe Anson Kopi & Patisserie tidak mahu ketinggalan menyemarakkan suasana berbuka puasa dengan menawarkan beberapa set juadah khas buat pengunjung.

Terdapat 3 jenis set juadah masakan Melayu yang ditawarkan pada tahun ini.


SET A





Pada harga RM19.90, anda boleh nikmati menu Pasembor, pilihan Roti Jala atau Roti John, pencuci mulut, buah kurma dan minuman Sirap Limau.


SET B



Set Ramadan untuk seorang makan ini mengandungi menu Nasi Pattaya Istimewa, pencuci mulut, buah kurma dan minuman Sirap Limau pada harga RM19.90 sahaja.


SET C



Masih menawarkan harga RM19.90, anda akan menerima menu Mee Soto Istimewa bersama pencuci mulut, buah kurma dan minuman Sirap Limau.


Secara peribadi, kafe Anson Kopi & Patisserie merupakan antara kafe kegemaran saya kerana walaupun dekorasi kafe berciri moden, ia menawarkan variasi menu citarasa Malaysia. Malah kualiti rasa setiap menu masakan Melayu khususnya cukup asli. Ini kerana pihak kafe Anson & Patisserie menggunakan khidmat 2 chef utama berbangsa Melayu iaitu Chef Fauzi dan Chef Emma yang sudah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang masakan. Malah Chef Fauzi juga mempunyai pendidikan dalam bidang pengurusan hotel.

CHEF FAUZI DAN CHEF EMMA






Jadi kepada anda yang bosan dengan bufet Ramadan, boleh lah singgah berbuka puasa di kafe Anson Kopi & Patisserie sepanjang Ramadan 2019 ini. Anda disarankan untuk membuat tempahan awal dengan menghubungi di talian 012-299 9766. Selamat berbuka puasa!



LOKASI KAFE ANSON KOPI & PATISSERIE 
G-07, PETALZ RESIDENCES, 
RESIDENCY RIMBUNAN, 
NO. 2, JALAN 1/132A, 
OFF JALAN KLANG LAMA, 
58000 KUALA LUMPUR.
-

TELEFON: 012-2999766 


LAMAN FACEBOOK RASMI 
www.facebook.com/AnsonKopiPatisserie

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
www.instagram.com/anson.kopi.patisserie.official

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANSONKOPIPATISSERIE #RAMADAN2019

0 Comments