PEMANDU LORI MENANG WANG TUNAI RM 70 RIBU SEMPENA TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2019, A JOURNEY TO VISIT MALAYSIA YEAR 2020 DI PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR






Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah yang berlaku kepada Encik Mat Yasin, 43 dari Bestari Jaya apabila beliau dinobatkan juara bagi siri ke-3 Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019, A Journey To Visit Malaysia 2020 yang telah berlangsung di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Beliau berjaya menewaskan lebih 1000 peserta lain di kejohanan ini dengan hasil pancingan ikan Belukang seberat 1.78 kg dan seterusnya mengondol hadiah utanma berupa wang tunai RM 70 ribu. Beliau yang cukup meminati aktiviti memancing sejak remaja lagi memanjat kesyukuran di atas kemenangan ini dan tidak menyangka selepas beberapa kali menyertai pertandingan memancing, ini adalah kejayaan terbesar yang pernah beliau menangi. Tempat kedua disandang oleh Encik Aznil Abu Bakar dari Terengganu dengan berat ikan belukang sebanyak 1.28kg dan Mohd Azli Abd Rahman mendapat tempat ketiga dengan hasil tangkapan ikan belukang seberat 1.23kg.






Pihak Tourism Malaysia menganjurkan kejohanan Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 ini sebagai salah satu bentuk promosi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Penganjuran ini mendapat kerjasama daripada Wak Jali Event Management dan telah bermula di Melaka dan Kelantan sebelum ini dan akan menjelajah ke seluruh Malaysia sebanyak 10 siri sepanjang tahun 2019. Hadiah yang ditawarkan bagi setiap siri adalah sama iaitu hadiah utama berupa wang tunai RM 70 ribu, kedua RM12 ribu dan ketiga RM 5 ribu. Selain itu, hadiah kemenagan turut ditawarkan kepada pemenang tempat ke-4 sehingga ke-100. Malah di pusingan akhir (Grand Slam) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur hujung tahun nanti, peserta yang mengumpul mata tertinggi dalam siri kejohanan ini akan membawa pulang hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi.

 


 








Pemilihan Pantai Remis sebagai lokasi siri ke-3 Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 adalah tepat memandangkan lokasi ini cukup strategik untuk tujuan memancing dan pelancongan. Malah penganjuran kejohanan mega seperti ini dapat membantu penduduk lokal menjana pendapatan menerusi perniagaan di kawasan tumpuan pelancong. Kuala Selangor sememangnya menjadi lokasi percutian dikalangan pelancong domestic dan antarabangsa kerana ia menawarkan banyak tempat menarik di kawasan berhampiran seperti Bukit Melawati dan Sky Mirror.









Majlis Tourism Malaysia Sufcasting Tour 2019 siri ke-3 ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram, Mohd Shaid Rosli, Timbalan Pengarah Kanan (Domestik dan Acara) Tourism Malaysia, Mohd Nasir Kushairi, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azman Dahalan dan Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran. Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah.






Penyertaan untuk siri-siri seterusnya masih dibuka kepada orang ramai yang berminat. Anda boleh layari laman sesawang www.wakjalitour.my untuk info lanjut atau emel kan di wakjalievent@yahoo.com , wakjalievent@gmail.com , atau hubungi Encik Zali Kasran di talian 013-3113911 / 019-6203040 atau Encik Amir Ali Mohd di talian 012-2141401/013-3838655 .



JADUAL SIRI KEJOHANAN TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2019


SIRITARIKHLOKASI
SIRI 117 MAC 2019PANTAI PUTERI, MELAKA
SIRI 213 APRIL 2019PANTAI BISIKAN BAYU, KELANTAN
SIRI 328 APRIL 2019PANTAI REMIS, SELANGOR
SIRI 429 JUN 2019PANTAI TELUK LIPAT, DUNGUN, TERENGGANU
SIRI 528 JULAI 2019PANTAI MARINA ISLAND, PERAK
SIRI 618 OGOS 2019PANTAI SEPAT, PAHANG
SIRI 722 SEPTEMBER 2019PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
SIRI 89 NOVEMBER 2019TAMBAK PONTIAN, JOHOR
SIRI 97 DISEMBER 2019PANTAI KUALA PERLIS
SIRI 1029 DIS 2019TASIK TITIWANGSA / TASIK PUTRAJAYA


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #VISITMALAYSIA2020


0 Comments