TIPS NAK TARIK PELANGGAN BAGI PENIAGA ONLINE!

NAJIB ASADDOK, BISNES ONLINE,





Seringkali kita mendengar hadith dimana 9 daripada 10 pintu rezeki berada pada perniagaan. Ini memberitahu bahawa aktiviti bisnes sudah diamalkan dan diyakini mampu menjana pendapatan sejak dulu lagi. Berada dalam lapangan bisnes, memilki empayar perniagaan pastinya menjadi idaman kerana jika berada pada landasan dan betul serta perniagan yang diusahakan membawa keuntungan. Ramai yang mahu meniaga dengan harapan dapat mengubah nasib diri dan keluarga. Namun bukan mudah untuk berjaya. Tidak semudah ABC ya.

KLIK SINI:
http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2689-irsyad-al-hadith-siri-ke-292-perniagaan-adalah-sumber-rezeki-terbesar

Tambahan pula dengan era ekonomi yang naik turun memberi cabaran besar buat peniaga diluar sana. Ada yang sudah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan tapi akhirnya terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menjana pendapatan seperti yang diharapkan. Saya tahu bahawa untuk memulakan bisnes anda perlukan modal dan produk tapi itu bukan jaminan bisnes anda berjaya. Ada yang punya modal yang besar, namun bisnes kecundang juga. Dimana silapnya?

Jawapannya mudah sahaja iaitu kurang ILMU. Iya, mendalami ilmu dan teknik perniagaan adalah kunci kepada perniagaan anda terus berada dalam liga urusniaga. Jika dilihat kepada trend bisnes masakini, ramai yang sudah beralih kepada perniagan atas talian (online) kerana ianya lebih jimat kos dan sasaran pelangggan lebih meluas. Malah pengguna masakini lebih senang mendapatkan informasi produk dan perkhidmatan menerusi platform digital. Tahukah anda bahawa laporan Hootsuite menyatakan bahawa seramai 24 juta rakyat Malaysia online setiap hari. Ini menunjukkan bahawa orang ramai menjadikan platform digital sebagai sebahagian dalam kehidupan harian. Jadi golongan usahawan perlu ubah teknik bisnes lama dan beralih kepada platform online agar bisnes anda terus relevan dalam pasaran dan menjana pendapatan berlipat ganda.

Jika mahu mendapatkan ilmu, anda haruslah berjumpa dengan guru atau pendidik. Walaupun secara umumnya ada boleh mendapatkan info bisnes online menerusi pembacaan buku dan 'University of Google', tapi anda masih memerlukan guru untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Antara guru bisnes online yang anda boleh jadikan rujukan adalah Najib Asaddok yang merupakan Ketua Ketua Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd. Beliau yang terkenal dalam kalangan usahawan sebagai pakar pemasaran online telah membantu lebih 38 ribu usahawan dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah, hasil bimbingan beliau, ramai usahawan yang berjaya mencapai angka RM 1 juta dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.

NAJIB ASADDOK, BISNES ONLINE,
NAJIB ASADDOK





Terkini, beliau baru sahaja melancarkan kempen Roket Pemasaran Momentum 2019 Nak Tarik Pelanggan dimana objektif kali ini untuk membantu 50 ribu usahawan yang sudah mempunyai bisnes khusus dalam bidang fesyen, makanan, kesihatan, kecantikan dan perkhidmatan supaya dapat memahami lebih mendalam ilmu pemasaran secara online dan seterusnya mampu menarik lebih ramai pelanggan. Angka 50 ribu dipilih bersempena meraikan ulangtahun ke-5 Momentum Internet Sdn Bhd. 

NAJIB ASADDOK, BISNES ONLINE,





Sempena dengan ulangtahun ini juga, pihak Najib Asaddok dan warga Momentum Internet Sdn Bhd menawarkan siri kelas Roket Pemasaran Momentum 2019 ini dengan harga semurah RM1* sahaja. Biasanya, harga yang harus anda bayar untuk mempelajari ilmu bisnes menelan belanja besar. Jadi, anda harus ambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu bisnes online daripada Najib Asaddok bersama Momentum Internet Sdn Bhd. 

NAJIB ASADDOK, BISNES ONLINE,





Siri Roket Pemasaran Momentum 2019 Nak Tarik Pelanggan akan menjelajah di empat lokasi berbeza iaitu Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2019, Berjaya Waterfront, Johor Bharu pada 6 Julai 2019, Safira Country Club, Seberang Jaya pada 14 Julai 2019 dan Holiday Villa Subang, Shah Alam pada 20 Julai 2019. Bagaimana mahu mendapatkan tawaran harga RM1? Layari www.naktarikpelanggan.com untuk mendaftar dan mendapatkan info lanjut. Jadi rebut peluang ini untuk mengubah teknik bisnes anda dan seterusnya menjana keuntungan berlipat ganda. Layari laman media sosial Najib Asaddok untuk mendapatkan informasi lebih terperinci.

NAJIB ASADDOK, BISNES ONLINE,

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ORMNAJIBASADDOK #ROKETPEMASARANMOMENTUM

0 Comments