MY #OOTDRAYA FOR EID AL-FITR 2019





Masih dalam bulan Syawal, jadi masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Pasti meriah sambutan minggu pertama Syawal anda semua bukan? Tradisi kunjung-mengunjung, ada yang dapat duit raya, makan macam-macam juadah raya dan macam-macam lagi. Paling best, dapat melihat macam-macam fesyen raya membanjiri media sosial menerusi tandapagar #ootdraya.

Bukan selalu dapat melaram cantik-cantik jadi sempena Syawal ramai yang mengambil kesempatan tayang baju masing-masing. Kalau lelaki, tidak sah kalau tidak mengenakan baju melayu lengkap dengan sampin, songkok dan capal. Segak mengalahkan pahlawan! Hihihi. Tapi trend sekarang saya perasan, ramai lelaki suka tampil simple dengan sekadar mengenakan kurta moden atau baju batik.

Tahun ini, Alhamdulillah rezeki saya agak baik jadi saya ambil peluang untuk mendapatkan beberapa persalinan raya. Saya pun tidak mahu ketinggalan ber ootdraya seperti anda semua. Jadi saya kongsikan 4 persalinan raya saya pada 4 hari pertama Syawal.


SYAWAL 1 






Saya mengenakan persalinan baju melayu daripada koleksi AwalAshaarixjakel. Sampin juga adalah daripada Jakel kerana jika anda membeli di Jakel, anda akan diberikan sampin dan butang baju Melayu secara PERCUMA. Saya memilih warna kuning lemon kehijauan kerana tertarik akan warnanya. Saya lengkapkan look saya dengan songkok dari Omar Ali, capal daripada Bak Tailor dan sapu tangan yang dibeli di Melbourne tempoh hari.


SYAWAL 2 






Saya perlukan baju yang lebih longgar dan selesa untuk bergerak kerana hari raya kedua saya menerima beberapa tetamu yang berkunjung ke rumah. Jadi saya memilih persalinan baju Melayu Johor daripada koleksi Lubna yang dibeli di Zalora.


SYAWAL 3 






Saya menggunakan konsep mix and match dengan mengenakan baju kurta moden berbelang daripada koleksi Eddy Mohaizz dan seluar khakis paras buku lali daripada Uniqlo.


SYAWAL 4 






Saya kembali mengenakan persalinan baju melayu lengkap kerana hari ini saya dan ahli keluarga baru dapat berhimpun bersama-sama disebabkan masing-masing ada yang pulang ke rumah mertua di Syawal pertama dan kedua. Jadi saya mengenakan baju Melayu moden tanpa pesak daripada Eddy Mohaizz bersama sampin koleksi sendiri. FYI, sudah 3 tahun saya memilih Eddy Mohaizz sebagai persalinan raya kerana sukakan potongan baju melayu dan fabrik yang digunakan oleh jenama ini. Bagi memberi seri pada look saya, saya mengenakan sapu tangan berwarna merah jambu yang dibeli di Melbourne tempoh hari.



Ada lagi 3 persalinan raya yang belum sempat saya pakai kerana sudah pulang ke KL bekerja. InsyaAllah saya akan kongsikan baki persalinan ini di laman media sosial saya. Jika anda mahu melihat lebih banyak foto ootd saya, anda boleh mencari tandapagar #jejakaberhias ! Apa yang paling penting adalah anda selesa dan yakin dengan pakaian yang anda pakai dan tidak semestinya baju mahal tampak elok pada badan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #JEJAKABERHIAS #OOTDRAYA

0 Comments