PEREKA FESYEN MALAYSIA WARNAI MINGGU FESYEN LONDON MENERUSI #NKFASHIONWEEK






Rekaan fesyen anak Malaysia ke persada dunia! Saya cukup berbangga apabila ramai anak tempatan berjaya mencipta nama di peringkat global. Secara peribadi, saya lihat sentuhan kreatif anak tempatan juga tidak kurang hebatnya untuk menembusi pasaran global. Malah sudah ada beberapa nama besar seperti Dato’ Bernard Chandran dan Zang Toi yang sudah membuktikan bahawa anak Malaysia juga punya kualiti rekaan bertaraf dunia.

Demi mencapai aspirasi ini, Norish Kareem yang juga merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan sebuah acara fesyen antarabangsa bersempena dengan Minggu Fesyen London pada September ini di bawah label NK Fashion Week (NKFW). Bermula di kota London, acara berprestij Norish Kareem Fashion Week (NKFW) akan disertai oleh beberapa pereka fesyen dari Malaysia iaitu MW by Mimi Wahidah, Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International dan beberapa pereka antarabangsa.

NORISH KAREEM, PENGANJUR NK FASHION WEEK

FANA COUTURE

MW BY MIMI WAHIDAH

LILA MAJNUM





Minggu Fesyen Norish Kareem (NKFW) yang merupakan acara sulung anjuran Norish Kareem ini turut mendapat sokongan penuh daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia yang turut menjadi rakan strategik kepada acara ini. NKFW akan diadakan di tengah-tengah kota London dan bakal dihadiri oleh pengiat fesyen dari seluruh negara.

ENCIK ABU BAKAR YUSOF, PENGARAH KANAN BAHAGIAN PROMOSI EKSPORT DAN AKSES PASARAN MATRADE BERSAMA NORISH KAREEM





Penganjuran acara fesyen NKFW menjadi hasrat besar buat Norish Kareem yang mahu mengetangahkan bakat dan hasil kerja pereka fesyen Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau yang turut memiliki butik di kota London berjaya membuktikan bahawa walaupun banyak cabaran dan pahit getir dalam membina tapak di arena antarabangsa, namun ia bukanlah penghalang untuk berjaya asalkan ada keyakinan dan usaha.

BUSANA LILA MAJNUM

BUSANA NORISH KAREEM

Norish Kareem mempuyai cita-cita besar untuk membawa lebih ramai pereka fesyen tempatan di pentas dunia. Jadi dengan kewujudan acara seperti NKFW ini diharap dapat memberi lebih banyak pendedahan kepada pereka tempatan dan seterusnya melonjakkan nama fesyen Malaysia. Malah beliau turut menyediakan ruang khas di butik Norish Kareem London untuk mana-mana jenama termasuk produk kosmetik dan aksesori yang mahu mempamerkan koleksi mereka untuk pasaran UK dan Eropah. 

BUSANA MW BY MIMI WAHIDAH

FANA COUTURE





Minggu Fesyen Norish Kareem (NKFW) mempunyai rencana besar dimana selepas London, acara ini akan melebarkan sayap di beberapa bandar besar antaranya Doha, Qatar pada November ini dan seterusnya di New York, Paris dan Dubai. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai penganjur fesyen antarabangsa yang tersohor satu hari ini. Kepada pereka fesyen yang berhasrat untuk menyertai NK Fashion Week ini, boleh berhubung terus menerusi emel di sales@norishkareem.com .


LAMAN SESAWANG RASMI 


LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NKFASHIONWEEK #NKLFW

0 Comments