KEMPEN #JOMBANTU DILANCAR KHAS BUAT KAKITANGAN UTUSAN






Semua sedia maklum kemelut yang melanda Utusan Malaysia. Berita penutupan operasi Utusan kerana masalah kewangan serius mengejutkan ramai pihak. Setelah tular kisah ini, pihak pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan telah mengumumkan operasi syarikat penerbitan akhbar berbahasa Malaysia yang berusia 80 tahun ini tetap diteruskan dan ini melegakan hati ramai pihak khususnya para kakitangan Kumpulan Utusan.

Atas dasar keprihatinan atas isu ini, UMNO cawangan Tun Abdul Razak, Ampang telah melancarkan kempen #JomBantu dalam usaha meringankan bebanan yang terpaksa ditangggung oleh hampir 800 kakitangan Utusan Malaysia yang tidak menerima bayaran gaji sejak tiga bulan lalu. 

MIOR AZLAN MIOR KAMARULBAID, KETUA UMNO CAWANGAN TUN ABDUL RAZAK





Menurut Ketua UMNO Cawangan Tun Abdul Razak, Mior Azlan Mior Kamarulbaid merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang, jasa media seperti Utusan Malaysia tidak wajar dikuburkan begitu sahaja. Ini kerana peranan kakitangan Utusan keseluruhannya terbukti mendidik masyarakat melalui Penerbitan akhbar ini sejak sekian lama.

Utusan Malaysia yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad merupakan akhbar yang berjasa kepada negara dalam menyalurkan informasi serta maklumat berguna kepada masyarakat.

Sebelum ini, kakitangan syarikat tersebut mengadakan perhimpunan aman di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad bagi menggesa pihak syarikat melunaskan gaji dan bayaran bekas pekerja skim pemisahan sukarela (VSS) yang tertunggak.

Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh disalurkan terus ke akaun NUJ MALAYSIA di nombor akaun 8000822560 (Akaun Semasa CIMB) atau 8000367100 (CIMB National Union of Journalist).

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #UTUSAN

0 Comments