PULLMAN KLCC SEMARAK SAMBUTAN MID-AUTUMN FESTIVAL DENGAN SELEKSI KUIH BULAN ISTIMEWA DARIPADA RED CHINESE CUISINE






Sambutan Mid-Autumn festival atau dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan pada tahun ini bakal menjengah kalender pada 13 September 2019 nanti. Pastinya sambutan ini tidak lengkap dengan variasi kuih bulan sebagai hidangan mahupun pemberian istimewa buat keluarga dan sahabat handai. Bagi menyemarakkan festival pada tahun ini, pihak Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences (Pullman KLCC) menerusi restoran Red Chinese Cuisine menawarkan pilihan kuih bulan buat anda semua.






Jaminan kualiti dengan hanya menggunakan ramuan yang terbaik, pihak Pullman KLCC menjanjikan mutu dan rasa kuih bulan tradisi mahupun signature snow skin flavours dengan pembungkusan kotak kaca yang cukup memukau! Usai menikmati kuih bulan, kotak kaca ini boleh dijadikan sebagai kotak simpanan barang perhiasan peribadi. 

KOTAK EDISI TERHAD





Kotak kaca edisi terhad ini pastinya menjadi tarikan dengan penekanan corak bunga diinspirasikan daripada hiasan dalaman restoran Red Chinese Cuisine beserta kemasan simbol logo restoran berwarna emas. 


KOLEKSI KUIH BULAN TRADISIONAL 

BAMBOO CHARCOAL PASTE WITH MACADAMIA NUT & RAISIN

COFFEE AND CHOCOLATE CHIP

FIVE-VARIETY NUTS WITH DRIED LONGAN & OSMANTHUS

Nikmati kuih bulan paling laris di Red Chinese Cuisine Pullman KLCC, White Lotus and Single Egg Yolk dan Bamboo Charcoal Paste with Macadamia Nut & Raisin. Selain itu, pihak restoran turut memperkenalkan pilihan kuih bulan terbaru iaitu Five-variety Nuts with Dried Longan and Osmanthus yang pastinya bakal memberi kelainan kepada sambutan perayaan Kuih Bulan tahun ini. Anda suka kopi dan coklat? Pilihan kuih bulan Coffee and Chocolate Chip pilihan terbaik!


KOLEKSI SNOW SKIN 

SNOW SKIN WITH ROSELLE & STRAWBERRY PASTE

SNOW SKIN MATCHA GREEN TEA AND RED BEAN OMOCHI

Kombinasi terbaik dari isi kastard manis dan mudah kunyah, pilihan kuih bulan Snow Skin with Cardamom, rum and raisin pasti memberi nikmat pada setiap kunyahan. Jika anda adalah pencinta buah strawberi, sudah pasti kuih bulan Snow Skin with Roselle and Strawberry Paste hasil ramuan homemade pati strawberi memukau rasa. Bukan itu sahaja, pilihan kuih bulan Snow Skin with Matcha Green Tea and Red Bean Omochi dan Snow Skin with Sweet Potato and Mung Bean Paste harus dicuba.

Pihak Red Chinese Cuisine Pullman KLCC turut menawarkan perkhidmatan perincian nama dan logo syarikat dan badan korporat pada kuih bulan atau pada kotak pembungkusan. Pastinya penawaran ini adalah cukup menarik untuk dijadikan sebagai hadiah dan cenderamata sempena perayaan Kuih Bulan tahun ini. Perkhidmatan ini ditawarkan bagi pembelian 100 kotak ke atas (setiap kotak didatangkan dengan 4 biji kuih bulan) dalam satu resit.

Raikan sambutan Mid-Autumn festival atau perayaan Kuih Bulan tahun ini bersama seleksi kuih bulan istimewa daripada restoran Red Chinese Cuisine Pullman KLCC. Setiap pembelian 10 kotak ke atas layak menerima diskaun 10% manakala pembelian 50 kotak ke atas, potongan harga 20% menanti anda! (Tertakluk kepada terma dan syarat). Penghantaran PERCUMA diberikan kepada pembelian minumum 10 kotak ke satu destinasi dengan jarak radius 5km dengan Pullman KLCC. Kepada ahli Accor Plus, nikmati 20% diskaun untuk setiap pembelian.

Informasi berkenaan harga dan pesanan, sila hubungi Red Chinese Cuisine di talian +603 2170 3259 atau e-mel di restoran@pullman-klcc.com. Anda juga boleh membuat pesanan menerusi atas talian di https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com/exclusive-offers/ . Tawaran sehingga 13 September 2019.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PULLMANKLCC #REDXMIDAUTUMN19

0 Comments