MENGINAP DI LE APPLE BOUTIQUE HOTEL KLCC SAMBIL MAKAN DURIAN MUSANG KING!







Buah durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Bila tiba musim durian luruh, boleh lihat disana-sini jualan durian dan pastinya ia penuh dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk menikmati raja segala buah ini. Senang kata, buah durian sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Atas sebab itu, pihak Le Apple Boutique KLCC menawarkan pakej makan durian Musang King kepada orang ramai. Pakej ini merangkumi 3 pilihan samada menginap dan nikmati bufet durian, bawa-pulang dan bufet makan durian. Promosi ini akan dijalankan dua kali setahun iaitu pada Julai hingga Ogos dan Disember hingga Januari. Ini menjadikan Le Apple Boutique Hotel KLCC hotel pertama di Kuala Lumpur yang menawarkan pakej ini.








Menariknya, buah durian Musang King yang ditawarkan diambil terus daripada dusun Dato’ Stanley Wong, salah seorang perunding Le Apple Boutique KLCC yang terletak di Raub, Pahang. Kelebihan buah durian di dusun beliau adalah ia ditanam tanpa menggunakan racun perosak dan baja buatan. Ini sekaligus dapat menghasilkan buah durian yang berkualiti tinggi dan memanjangkan hayat pokok durian tersebut.

Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit menjadi pilihan penggemar buah durian kerana rasanya yang lemak manis, sedikit pahit serta memiliki tekstur isi yang halus dan warna kuning keemasan. Kualiti buah durian Musang King ini menjadikan ia dijual pada harga tinggi berbanding jenis buah durian lain. 







Idea untuk menawarkan pakej ini ditimbulkan oleh Dato’ Stanley sendiri apabila beliau melihat ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri sanggup datang ke dusun beliau semata-mata untuk menikmati keenakkan rasa buah durian Musang King. Jadi pastinya cetusan idea ini adalah tepat memandangkan rakyat Malaysia mempunyai mempunyai kelompok peminat durian yang besar dan ini memudahkan orang ramai untuk menikmati buah durian Musang King jika berada di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran Pesta Durian King Le Apple Boutique KLCC ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) iaitu YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik. Pastinya pihak MOTAC sendiri mengalu-alukan program sebegini kerana ia mampu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke Kuala Lumpur selaras dengan ‘strategi durian’ Malaysia untuk meningkatkan sektor durio-pelancongan dan seterusnya mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.










Pihak Le Apple Boutique Hotel KLCC turut membina replika durian Musang King setinggi 10 kaki di hadapan hotel sebagai simbol tarikan kepada orang ramai untuk bergambar sambil menikmati keenakkan buah durian disini. Berlatar belakang mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas pastinya replika ini bakal menjadi tumpuan ramai bergambar dan berkongsi di laman media sosial. Jangan lupa untuk menyertakan tanda pagar #musangkingleapple !

PILIHAN PAKEJ 



1. STAY AN EAT ALL-YOU-CAN DURIAN FEAT (RM 768)
  • Penginapan 2 malam bilik Superior (naik taraf percuma ke bilik Deluxe).
  • Sesi makan durian Musang King untuk 2 orang dari jam 6 petang hingga 8 malam. 
  •  *Minumum 3 hari tempahan awal diperlukan.

2. WALK-IN DURIAN BUFFET (RM 160)
  • Sesi makan Durian Musang king untuk 1 orang daripada jam 6 petang hingga 8 malam.
  • Satu air mineral PERCUMA.

3. DURIAN TAKE-AWAY
  • Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga pasaran.
  • Bermula jam 12 tengahari hingga 8 malam. 


Pastinya penawarkan pakej ini adalah sesuatu yang unik dan tidak harus dilepaskan kerana inilah masanya anda boleh berlibur sambil menikmati buah durian Musang King sebanyak yang anda mahu! Bagi tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03-21793777 atau emel di resv@leapple-klcc.com.my .


LOKASI LE APPLE BOUTIQUE HOTEL KLCC 
160, JALAN AMPANG, KAMPUNG BARU, 
50450 KUALA LUMPUR. 

LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LEAPPLE #MUSANGKINGLEAPPLE

4 Comments

  1. Replies
    1. Siapa durian lover especially Musang King, memang berbaloi!

      Delete
  2. Cantik warna isinya. Terliur dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian Musang King yang diambil terus dari dusun di Pahang!

      Delete