EDUCITY JALIN KERJASAMA PEMASANGAN SISTEM SOLAR DENGAN TENAGA NASIONAL BERHAD DAN GXSPARX SDN BHD






Isu alam sekitar bukan isu lapuk. Saban hari, ada sahaja berita tentang isu alam sekitar yang menghiasi samada di dada akhbar, televisyen mahupun di laman sosial dan ianya cukup membimbangkan. Namun disebalik keresahan ini, banyak pihak yang cukup prihatin dengan melakukan pelbagai pendekatan dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat dicapai. Malah, kerajaan Malaysia juga komited dalam menangani isu ini dengan penggubalan dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta program diperkenalkan.

Sejajar dengan seruan kerajaan dalam mencapai 20% tenaga bersih, hab pendidikan bersepadu EduCity Iskandar Malaysia Sdn. Bhd (EduCity) telah memeterai perjanjian bersama mengenai Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui (SARE) diantara GSPARX Sdn. Bhd dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menerusi perjanjian ini, pihak EduCity dijangka mampu menjimatkan kos bil elektrik sebanyak RM 2.22 juta dalam tempoh 25 tahun menerusi penggunaan solar fotovolta (PV).







Perjanjian ini telah ditandatangi bersama Encik Wan Ahmad Saifuddin (Pengarah Iskandar Education Enterprise Malaysia Sdn Bhd), Dato’ Haji Nor Azman Mufti (Ketua Pegawai Usahasama Tenaga Nasional Berhad) dan Ir Megat Jalaludin Megat Hassan (Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad). Turut hadir di acara ini adalah Datuk Ir. Khairil Anwar Bin Ahmad, Pengerusi EduCity Iskandar Sdn Bhd.


Inisiatif yang diterajui oleh Digital Pulse, sebuah anak syarikat di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB), bagi pihak Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd (IEESB), entiti yang beroperasi di bawah EduCity. Secara kasar, anggaran penjimatan yang dibuat oleh EduCity semasa tahun pertama dalam perjanjian itu boleh mencecah sehingga RM31, 354.

DATUK IR. KHAIRIL ANWAR AHMAD, PENGERUSI EDUCITY ISKANDAR SDN BHD

DATO' HAJI AZMAN MUFTI, KETUA PEGAWAI USAHASAMA TENAGA NASIONAL BERHAD





Dua lokasi telah dikenalpasti bagi menjadi tapak PV tersebut iaitu di Kompleks Multi Varsiti serta bahagian laluan pejalan kaki dalam kompleks berkenaan, kedua-duanya boleh menjana 152kWp dan 130kWp dengan jumlah keseluruhan sebanyak 282kWp dalam penjanaan elektrik. Ini bermakna, kedua-dua lokasi ini nanti boleh menjana sehingga 344, 816kWh setahun.







EduCity yang berkeluasan 121.41 hektar di Iskandar Malaysia merupakan tapak bagi institusi pengajian tinggi dan universiti dari seluruh dunia dengan menyediakan fasiliti terbaik untuk para pelajar. Menariknya, di bawah skim SARE ini juga, EduCity juga boleh menjual lebihan tenaga suria daripada pemasangan PV itu kepada TNB dan mendapatkan kredit tenaga berasaskan imbangan satu dengan satu bagi mengurangkan caj elektriknya melalui skim pemeteran tenaga bersih.

Pengarah EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata projek pemasangan sistem solar ini yang dijangka siap menjelang Februari 2020 adalah sebahagian daripada sumbangan kumpulan kepada masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih seterusnya meningkatkan produktiviti dalam ekonomi.

ENCIK WAN AHMAD SAIFUDDIN WAN AHMAD RADZI, PENGARAH ISKANDAR EDUCATION ENTERPRISE SDN BHD

TETAMU YANG HADIR






Pada masa sama, Encik Wan Ahmad Saifuddin menjelaskan bahawa EduCity, GSPARX dan TNB mengalu-alukan mana-mana badan korporat mahupun individu yang mahu menggunapakai modul SARE ini.

Pastinya, kerjasama ini merupakan satu usaha murni dalam memastikan alam sekitar terus lestari. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan dibawah:



EDUCITY ISKANDAR MALAYSIA SDN BHD (EIMSB): 

GSPARX Sdn Bhd (GSPARX): 

TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB): 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EDUCITY #GSPARX #TNB

0 Comments