SUPERPARK MALAYSIA TAWAR LEBIH 25 PERMAINAN MESRA KELUARGA DALAM SATU BUMBUNG, PERTAMA DI MALAYSIA!






Sebuah lagi lokasi menarik yang boleh anda lawati jika berada di Kuala Lumpur telah dibuka iaitu SuperPark Malaysia. Apa itu SuperPark Malaysia? Ia merupakan sebuah pusat permainan dalam bangunan (indoor) yang direka bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati keseronokan maksima menerusi permainan dan aktiviti yang dijalankan tanpa mengira peringkat umur dan aras kecergasan individu. Setiap permainan disini tidak bermotor dan bukan berkonsepkan taman tema yang biasa kita lihat. Senang kata, semua permainan disini menggunakan gerak tubuh secara total.

Sebagai info, pusat permainan SuperPark ini berasal dari negara Finland sejak tahun 2012 dan sehingga kini ia telah mempunyai 18 pusat di seluruh dunia. Menariknya, SuperPark Malaysia merupakan cawangan sulung dalam negara dan ketiga di Asia.







SuperPark Malaysia telah dibuka secara rasmi pada 6 Disember 2018 di aras 4 pusat membeli belah Avenue K. Pusat permainan yang berkeluasan 40 ribu kaki persegi ini dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall dengan 25 permainan dan aktiviti menarik dibawah satu bumbung.


ADVENTURE AREA
Zon ini sesuai untuk semua peringkat umur dan antara permainan yang wajib main adalah seperti iWall, Flying Fox, Tube Slide, Pedal Car Track dan banyak lagi.












GAME ARENA
Zone ini menempatkan permainan yang menjurus kepada permainan yang memerlukan pungutan mata seperti Baseball, Street Baseball, SuperHoop, SuperPinball dan RoboKeeper (penjaga gol dengan teknologi kecerdasan buatan). Zon ini sesuai dimain oleh golongan remaja dan dewasa. Siapa mendapat markah tertinggi dialah yang menang!










FREESTYLE HALL
Zon ini pula menawarkan permainan bercorak ujian cabaran dan kebolehan diri. Antara permainan yang terdapat di zon ini adalah SuperClimb (konsep fun climbing), Ninja Track (halangan perwira), Skate and Scoot World, Trampoline Platform, Skate Rink. Sesuai dimain oleh golongan remaja dan dewasa.




Setiap aktiviti di SuperPark Malaysia adalah sepenunya dalam bangunan, jadi anda terhindar daripada sebarang isu cuaca, gigitan serangga. Permainan yang melibatkan peralatan tambahan boleh dipinjam secara PERCUMA. Satu perkara yang menarik perhatian adalah, anda boleh menjalankan aktiviti lain seperti team building mahupun majlis sambutan hari lahir disini kerana pihak SuperPark Malaysia menawarkan pakej menarik untuk anda! Sebagai info, anda diwajibkan memakai stokin khas sepanjang berada dalam SuperPark Malaysia yang boleh dibeli dengan harga RM5 sepasang.







Harga yang ditawarkan di SuperPark Malaysia berbeza mengikut hari dan waktu. Pastinya, harganya cukup berpatutan dan berbaloi dengan penawaran permainan kepada pengunjung. 

HARGA (TERMASUK CUKAI SST 6%):

REGULAR DAY 
(ISNIN HINGGA JUMAAT TIDAK TERMASUK HUJUNG MINGGU, CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM)

ALL DAY: RM 50
EVENING (6 PETANG - 9 MALAM): RM 30

SUPER DAY 
(HUJUNG MINGGU, CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM)

ALL DAY: RM 70
EVENING (6 PETANG HINGGA 9 MALAM): RM 45
MIDDLE (1.30 PETANG HINGGA 5.30 PETANG): RM 55
MORNING (9 PAGI HINGGA 1 TENGAHARI): RM 45


SuperPark Malaysia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Apa ditunggu lagi? Uji kecerdasan diri sambil bersuka ria bersama keluarga dan sahabat handai di SuperPark Malaysia! Unutk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel kan ke enquiry@superpark.com.my .


LOKASI SUPERPARK MALAYSIA
Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 
156, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur.

-

TELEFON: 03-2789 1408/1409

-

LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUPERPARKMY #SPRPRK

0 Comments