HAUNTU MALAYSIA BERI PENGALAMAN SERAM BERBEZA BUAT PENGUNJUNG, PERTAMA DI ASIA TENGGARA!






Siapa suka masuk rumah hantu? Jika ada rasa rumah hantu yang anda masuk sudah cukup seram, anda silap! Anda belum cuba merasai pengalaman berada dalam Hauntu Malaysia. Apa itu Hauntu Malaysia? Hauntu atau Hauntu You (Hantui Anda) merupakan gabungan persembahan teater dan rumah hantu dengan kisah cerita yang harus dirungkaikan oleh pengunjung. Ia membabitkan interaksi antara pelakon sebenar dan anda sendiri untuk menyelesaikan misteri.






Sebagai info, Hauntu Malaysia adalah konsep yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara!

Pada saya, idea Hauntu Malaysia ini cukup menarik! Ia memberi dimensi baru kepada penggemar rumah hantu dengan melibatkan pengujung secara total dalam mencari jawapan kepada misteri yang berlaku. Setiap jawapan dan keputusan yang dibuat oleh pengunjung menentukan pengakhiran kisah. Saya diberitahu bahawa pihak Hauntu menyajikan 3 episod berbeza iaitu tahun 50-an, 80-an dan 90-an dan saya sempat merasai episod kedua yang bertajuk The Tourist 1957.

Anda boleh bermain secara individu mahupun secara berkumpulan (maksimum 10 orang) namun saranan saya, bermain secara berkumpulan adalah lebih menarik kerana anda akan lebih menhayati babak dalam episod di Hauntu Malaysia.


Kisah The Tourist 1957 adalah mengenai misteri kehilangan Aizat, seorang pekerja di Hotel Colle Eastern. Salah seorang dari anda akan mengambil peranan sebagai adik Aizat iaitu Aidil yang datang bersama sekumpulan rakan menginap di hotel ini. Saat anda daftar masuk, pelbagai kejadian tidak diduga berlaku. Dari situ anda dan rakan-rakan harus mencari jawapan kepada misteri kehilangan Aizat dan seterusnya keluar daripada hotel ini. Harus diingat! Setiap keputusan yang anda buat membawa kepada kisah seterusnya. Jadi anda dan rakan-rakan harus bekerjasama dalam menyelesaikan teka-teki kehilangan Aizat ini. Ada 6 pengakhiran berbeza bergantung kepada keputusan yang anda buat sewaktu berada dalam hotel itu.

Sebelum anda daftar masuk, anda akan diberikan taklimat mengenai Hauntu ini. Jadi disini anda boleh mendapat gambaran awal mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam Hauntu Malaysia. Para pelakon yang terlibat dalam Hauntu Malaysia adalah barisan pelakon yang profesional dan setiap dari mereka memegang watak yang berbeza dalam menghidupkan episod kisah misteri ini. 









Pada saya, Hauntu Malaysia adalah idea yang cukup brilliant. Kisah hotel berhantu dipaparkan dalam bentuk interaktif hasil inspirasi persembahan teater dan juga rumah hantu. Orang Malaysia memang cukup gemar akan cerita mistik dan pastinya kewujudan Hauntu Malaysia ini adalah cukup tepat bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung. Apa yang menjadikan Hauntu ini unik dan berbeza adalah kita sebagai pengunjung harus memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan misteri. 










Hauntu Malaysia yang berkeluasan 7 ribu kaki persegi ini terletak dalam bangunan The Linc KL, Jalan Tun Razak. Ianya dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam dengan durasi setiap sesi dalam 45minit ke 1 jam, anda boleh merasai pengalaman menyeramkan secara langsung di Hauntu Malaysia. Sesiapa yang ingin mengadakan team building atau sambutan hari lahir disini juga dialu-alukan. Tempahan secara atas talian (online) diperlukan untuk memasuki Hauntu Malaysia. Saya tak sabar untuk merasai pengalaman pada episode 3 nanti. 


LOKASI HAUNTU 
2-9, ARAS 2, THE LINC KL, 
360 JALAN TUN RAZAK, 
50450, KUALA LUMPUR. 
(STESEN LRT TERDEKAT: AMPANG PARK)

-


TELEFON: 011-16869199 


-


-


HARGA: RM 58 SEORANG 


-


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HAUNTUMY #DARETOCHECKIN


0 Comments