BUFET DIM SUM HALAL? MANDARIN PALACE RESTAURANT THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAWAR WEEKEND DIM SUM BRUNCH!






Tahukah anda, The Federal Kuala Lumpur adalah hotel kelas antarabangsa pertama dibuka di Malaysia. Lebih menarik lagi, ianya dibuka 3 hari sebelum Tanah Melayu meraikan kemerdekaan pertama, 31 Ogos 1957. Saya cukup kagum kerana hotel The Federal Kuala Lumpur masih berdiri utuh sehingga ke hari ini. Selain itu, restoran masakan Cina Mandarin Palace yang terletak di aras 2 The Federal Kuala Lumpur juga dibuka sama tahun dengan hotel ini.


Ada beberapa perkara yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Mandarin Palace Restaurant di The Federal Kuala Lumpur. Antaranya adalah hiasan dalaman restoran ini yang berkonsepkan sejarah, budaya dan mitos Cina. Malah masih ada hiasan yang masih dijaga rapi sejak ia mula beroperasi. Saya diberitahu bahawa Mandarin Palace Restaurant ini pernah menjadi lokasi pengambaran filem blokbuster lama, The Seventh Dawn pada tahun 1964. Selain itu, menu masakan disini dijamin halal dan menyajikan sajian rasa asli masakan Cina. Jika teringin menikmati masakan oriental, saya sudah punya lokasi tempat makan kegemaran!









Terbaru, saya sempat menjamu selera di Mandarin Palace Restaurant dimana mereka menawarkan promosi WEEKEND DIM SUM BRUNCH dalam bentuk bufet. Seperti namanya, promosi ini hanya berlansung pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad bermula jam 10.30 pagi sehingga 2.30 petang. Anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis dim sum yang distim antaranya Siew Mai dumpling, shrimp dumpling, shark fin dumpling, fish ball (Yu Mai), bun ayam BBQ, Lotus Leaf Rice dan banyak lagi. Malah menu dim sum untuk mereka yang vegetarian turut disediakan.













Penawaran promosi WEEKEND DIM SUM BRUNCH ini cukup berbaloi kerana anda bukan sahaja disajikan dengan variasi menu dalam bentuk bufet, malah pihak restoran turut menyediakan Live-Cooking stall untuk menu seperti Mee Wanton dan Bubur. Banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba disini seperti General Tso’s Chicken, Braised Seasonal Fish in Szechuan Style, Bihun Goreng Singapura, Kai Lain dengan Sos Tiram, Itik Panggang, Ayam Panggang dan banyak lagi.















Menariknya lagi, Mandarin Palace Restaurant The Federal Kuala Lumpur turut menawarkan menu Lamb Kut Teh. Jangan terkejut dengan namanya kerana ia adalah menu daging kambing dan kesemua menu disini adalah halal.








Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, Mandarin Palace Restaurant The Federal Kuala Lumpur adalah lokasi restoran masakan Cina halal kegemaran saya kerana kualiti rasa asli yang ditampilkan dalam setiap sajian. Suasana restoran dengan dekorasi zaman maharaja lama memberi aura berbeza sama sekali. Seolah-olah saya menjamu selera di negara China. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Harga bagi dewasa adalah RM58 net, kanak-kanak 12 tahun ke bawah cuma RM 28 net manakala warga emas dengan usia melebihi 55 tahun hanya perlu membayar RM38 net sahaja.









Jadi, jangan lepaskan peluang menjamu selera sempena promosi bufet Weekend Dim Sum Bruch di restoran pertama The Federal Kuala Lumpur, Mandarin Palace Restaurant. Hubungi 03-21489166 atau emel di fnb@federal.com.my untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.



LOKASI MANDARIN PALACE RESTAURANT 
ARAS 2, THE FEDERAL KUALA LUMPUR, 
35, JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR. 


LAMAN SESAWANG RASMI 
 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #FOOD

4 Comments

  1. kalau ada Sijil Halal insyaAllah yakin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada sesetengah pelanggan Muslim yang sangat menitikberatkan soal sijil Halal. Makan di sini tidak perlu risau akan status halal.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tapi Sijil Halal Jakim memang ada terpampang (displayed) ke di restoran in?

    ReplyDelete