PERKASA INDUSTRI PENDIDIKAN DI MALAYSIA, GAINS EDUCATION GROUP DILANCARKAN!






Pendidikan adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. Dalam kepesatan pembangunan global, ilmu pendidikan menjadi teras buat generasi masakini sebagai bekalan dalam mencorak masa depan yang lebih cemerlang.

Selaras dengan misi dan visi dalam membawa pendidikan di Malaysia ke aras tertinggi, maka secara rasmi GAINS Education Group telah dilancarkan baru-baru ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid selaku Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewakili Menteri Pendidikan Malaysia.

YBHG. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID, PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Puan Zaliza Alias, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GAINS Education Group, En. Mohd Hafiez Shah bin Mohd Salleh, Pengasas Bersama GAINS Education Group, En. Hasnul Ismar bin Mohd Ismail, Ketua Pegawai Kewangan GAINS Education Group Sdn Bhd dan En. Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.

PUAN ZALIZA ALIAS, PENGASAS DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GAINS EDUCATION GROUP












Sebagai info, GAINS Education Group merupakan syarikat yang mengendalikan beberapa institusi ilmu seperti Genius Aulad, Idrissi International School, Sekolah Tinta, Eduventor Teaching Academy, Assist10 dan juga Genius Bibs Infant Care. Kesemua pusat pembelajaran ini mendapat pengiktirafan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai berkualiti premium.




Antara pencapaian GAINS Education Group:

  1. Al-Faris Outstanding Muslim World Entrepreneur Development (MWEDA) Award 2018 oleh OIC TODAY (GAINS Education Group).
  2. Reader's Choice Awards for best preschool (Genius Aulad). 
  3. Reader's Choice Awards for best international school (Idrissi International School). 
  4. STAR Business Award (SOBA) untuk Sekolah Tinta. 
  5. PEKA Eco-Primary Education Awards (Sekolah Tinta). 
  6. 5 Star Rating for SKIPS 2019 (Skim Kurikulum Insititusi Pendidikan Swasta) untuk Gains Education Group.
  7. Global Business Leadership Awards 2019 for Excellence in Pre-School Education (Gains Education Group & Genius Aulad). 
  8. BrandLaurette Best Halal Brands in Education (GAINS Education Group). 


Sebagai sebuah peneraju sekolah berasaskan Islamik yang menerapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium bahasa pembelajaran utama, GAINS Education Group begitu komited dalam menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa sistem pendidikan negara. Ini dapat dilihat menerusi pengukuhan silibus pembelajaran yang lebih inovatif antaranya mengaplikasi sepenuhnya sistem STEM yang diguna oleh Kurikulum Sekolah Rendah pada Sekolah Tinta. STEM atau singkatan bagi science, technology, engineering, mathematics merupakan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Pihak GAINS Education Group telah melabur hampir RM 15 juta dan mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 26% bagi bilangan pelajar sejak 20 tahun dahulu dan pihaknnya optimis untuk mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 32% dengan jangkaan pendapatan melebihi RM 21 juta pada 2019. GAINS Education Group turut merancang untuk berada dalam senarai Bursa Malaysia menjelang 2023.

Sebagai langkah sasaran ini, pelbagai perancangan menyembangkan pasaran perniagaan antaranya mengukuhkan jenama Genius Bibs Corporate Infant Care iaitu pusat penjagaan kanak-kanak di dalam bangunan yang sama ibu-bapa bekerja dan juga memeterai kerjasama dengan syarikat EduCity Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. Kerjasama ini adalah melibatkan projek pembangunan Idrissi International School di kawasan EduCity bagi meluaskan pasaran di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Malah, pihak GAINS Education Group juga merancang untuk membawa jenama ini ke Indonesia dan Turki di masa hadapan.









Sempat ditanya kenapa baru sekarang mahu melancarkan GAINS Education Group sedangkan pusat pendidikan dibawah kendaliannya sudah lama beroperasi dan GAINS Education Group sendiri sudah ditubukan sejak 2017, jelasnya, pihaknya mahu memantapkan dahulu setiap institusi yang diuruskan dan dengan pelancaran GAINS Education Group ini, pihaknya kini lebih yakin untuk membawa sistem pendidikan Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Malah dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pendidikan serta pembabitan sebagai aktivis pendidikan, pihaknya mahu memberi sumbangan dalam menambakbaik sistem pendidikan Malaysia bagi memenuhi Agenda Pendidikan Negara seiring dengan perkembangan dunia yang kian mencabar.








Sempat juga ditanya adakah yuran yang dikenakan tidak mampu milik memandangkan sekolah swasta kebiasaannya adalah untuk golongan berada, jelas Puan Zaliza, harga yuran yang dikenakan berbaloi dengan apa yang ditawarkan dalam silibus yang diajar serta pendekatan yang digunapakai di setiap institusi dibawah GAINS Education Group. Beliau turut menekan bahawa institusi dibawah GAINS Education Group terbuka untuk semua bangsa dan agama kerana silibus yang diajar mengikut modul yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Layari https://gainseducation.com untuk mendapatkan informasi lanjut atau emel kan pertanyaan anda di corporate@gainseducation.com .




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GAINSEDUCATIONGROUP #ACARA

0 Comments