AEON FANTASY GAME ZONE PALO TARIKAN TERBARU DI AEON TAMAN MALURI CHERAS!






Sebut saya nama AEON, saya pasti ramai sedia maklum tentang nama pusat membeli-belah dari Jepun ini. Boleh saya katakan AEON adalah antara pusat membeli-belah yang pesat dibuka di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan dibawah satu bumbung.

Kunjungan saya di AEON Taman Maluri Cheras baru-baru ini cukup mengujakan. Saya diberitahu pusat membeli belah ini baru sahaja mengalami renovasi dengan sentuhan lebih segar. Kunjungan saya ke sini sebenarnya untuk membawa anak saudara saya bermain di AEON Fantasy kidzooona TINY memandangkan sekarang adalah cuti sekolah.

KLIK ARTIKEL INI:
https://www.thisisreef.com/2019/12/aeon-fantasy-kidzooona-tiny-kini-dibuka.html

Selesai bermain di kidzooona TINY, sedang berjalan-jalan tiba-tiba saya ternampak sebuah pusat permainan bernama Game Zone PALO. Menarik juga! Anak-anak saudara saya terus menarik saya masuk ke dalam. Bagi pengetahuan semua, PALO adalah sebuah pusat hiburan yang menawarkan permainan mesin yang berkonsepkan interaktif. Ia memang dicipta sesuai untuk semua peringkay umur dan seisi keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk mesin permainan terkini. 










Boleh saya katakan banyak juga pilihan permainan di PALO ini antaranya ada permainan perlumbaan kereta dan motor, bola keranjang, mainan memancing secara eletronik, mesin menari, mesin menembak, Pokemon, Ultraman dan banyak lagi. Cara bermain di PALO juga cukup mudah! Anda hanya perlu ke kaunter dan membeli kredit yang diletakkan dalam kad. Kad berisi kredit ini nanti hanya perlu disentuh di mana-mana mesin permainan yang anda mahu main. Senang kata, ia seperti token cuma dalam bentuk kad. 











Anak saudara saya sempat lah bermain beberapa mesin seperti mesin tikam hadiah, mesin pukul ikan, mainan lumba kereta dan motor. Walaupun tak lama di PALO sebab masing-masing dah letih, tapi anak-anak saudara saya ternyata seronok disini. 













Pada pengamatan saya, PALO ini lebih sesuai untuk golongan anak-anak bersekolah rendah, remaja dan dewasa sebab bagi anak-anak dibawah umur 6 tahun, mainan disini agak terhad. Kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang ingin bermain di PALO perlu ditemani ibu bapa atau penjaga berumur lebih 18 tahun. 


Bagi anda yang tidak tahu nak bawa anak-anak kemana terutamanya di musim cuti sekolah ini, bolehlah berkunjung ke AEON Fantasy Game Zone PALO yang terletak di aras 3, AEON Taman Maluri Cheras. Malas nak memandu? Naik saya MRT dan turun di stesen Maluri. Layari www.aeonfantasy.com.my atau telefon 03-92015398 untuk maklumat lanjut. 


LOKASI GAME ZONE PALO AEON TAMAN MALURI 
LOT T-03, ARAS 3, 
AEON TAMAN MALURI SHOPPING CENTRE, 
JLN JEJAKA, TAMAN MALURI, CHERAS, 
55100 KUALA LUMPUR. 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AEONFANTASY #PALO


0 Comments