SAKSIKAN PERSEMBAHAN CIRCUS ON ICE SEMPENA CUTI SEKOLAH INI!






Cuti sekolah sudah pasti banyak perancangan buat ibu bapa untuk mengisi masa bersama anak-anak. Ada yang bawa anak-anak bercuti dalam dan luar negeri, pusing-pusing keliling kota pada hujung minggu dan ada juga yang menghadiri kenduri kahwin. Yelah kan, musim cuti sekolah ini memang setiap minggu ada sahaja majlis kahwin di sana-sini. Jika anda masih buntu aktiviti apa nak buat bersama anak-anak musim cuti sekolah ini, barangkali menonton Circus On Ice satu idea yang menarik.

Saya sempat menghadiri persembahan Circus On Ice yang diadakan di Laman Lanai, MaTic Jalan Ampang baru-baru ini. Persembahan sarkas istimewa yang dibawakan khas oleh Great British Circus Malaysia telah bermula sejak 6 Disember 2019 dan akan berakhir pada 1 Januari 2020.









Kenapa anda wajib membeli tiket dan menonton persembahan Circus On Ice? Variasi aksi persembahan yang penuh magis! Selama 2 jam persembahan berlangsung, setiap persembahan yang dipamerkan benar-benar menarik perhatian saya. Ada segmen lagak ngeri diselang seli dengan lawak jenaka yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Sedikit info. Great British diasaskan oleh keluarga Kirilov dan kemudiannya salah seorang ahli keluarga Kirilov iaitu Kiril bersama isterinya Bili-Anna aktif mengembangkan legasi perniagaan sarkas ini ke peringkat luar. Pengalaman lebih 50 tahun dalam bisnes ini menjadi tanda ukur kehebatan persembahan oleh Great British Circus. Kini, menerusi penubuhan syarikat BIG KID CIRCUS MALAYSIA, kumpulan sarkas ini telah menjelajah seluruh Malaysia membawakan persembahan sarkas British kepada peminat. Mereka mempunyai barisan ahli sarkas dari pelusuk dunia seperti dari Bulgaria, Thailand dan Turki.









Persembahan dibuka dengan penuh segar. Tarian sambil meluncur di atas ais dengan busana penuh cahaya memukau mata memandang. Kemudian diselang seli dengan aksi mendebarkan seperti berjalan di atas tali tergantung, memanah menggunakan kaki sambil menutup mata dan banyak lagi. Tidak dilupa persembahan lawak jenaka yang cukup menghiburkan daripada badut dan juga kemunculan maskot Olaf dan Penguin mencuit hati kanak-kanak.













Secara peribadi, berbaloi untuk anda membeli tiket Circus On Ice ini. Ini kerana setiap persembahan ini jarang sekali di ulang di acara lain.

Jangan lepaskan peluang keemasaan ini untuk menyaksikan persembahan hebat Circus On Ice yang dibawakan oleh Great British Circus dan Big Kid Entertainment ini. Cara untuk mendapatkan tiket? Sila whatsapp di 016 407 1880 atau hubungi 011 161 50805 atau anda boleh terus ke kaunter box-office Circus On Ice. Persembahan Circus On Ice dibuka setiap hari dengan dua sesi iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.30 malam. Layari www.greatbritishcircusmalaysia.com dan laman media sosial Great British Circus Malaysia untuk informasi lanjut.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CIRCUSONICE

0 Comments