NIKMATI SAJIAN BUFET KRISMAS 2019 DAN TAHUN BARU 2020 DI EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR


Hari Krismas datang lagi! Pastinya perayaan Hari Krismas dinantikan khususnya penganut agama Kristian kerana inilah hari istimewa dapat berkumpul sesama ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga sambil bertukar cerita sepanjang tahun. Kemeriahan sambutan dapat dilihat juga menerusi dekorasi menarik di sana sini. Antaranya adalah Eastin Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Petaling Jaya. Saya sempat menghadiri acara menyalakan pokok Krismas simbolik kepada sambutan Krismas 2019 di sini tempoh hari.






Tahun ini, pihak Eastin Hotel Kuala Lumpur tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Krismas 2019 dengan menawarkan pelbagai sajian bufet lazat buat pengunjung. Pada 24 Disember 2019, malam sebelum Hari Krismas, anda boleh menjamu selera dengan variasi menu enak di Swez Brasserie bermula jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. Antaranya menu wajib cuba adalah seperti Roasted Whole Turkey, Back Lamb Rack with Eggplant Caviar, Roast Duck Breast in Artichoke Cups with Hollandaise, Pumpkin Casserole, Salmon Wellington with Cream Lemon Herbs Sauce dan banyak lagi yang pastinya memukau rasa.

















Pada 25 Disember pula, anda boleh bersantai bersama keluarga dan sahabat handai dengan menikmati sajian Christmas Day Brunch Hi-Tea termasuk pilihan sajian istimewa Krismas. Harga yang ditawarkan cuma RM108 net seorang bermula jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Kanak-kanak boleh nikmati potongan 50% daripada harga dewasa.









Selain itu, anda juga boleh mendapatkan produk khas Krismas di lobi hotel seperti menu biskut dan pencuci mulut untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada yang tersayang. Bukan itu sahaja! Terdapat dua pakej disediakan kepada anda iaitu Santa & Angel berupa Roasted Turkey (6kg), Yule Log cake, Snowman Praline, biskut dan puding lazat.

Tawaran penginapan sempena Krismas juga disediakan oleh Eastin Hotel Kuala Lumpur. Dengan harga Cuma RM260 net semalam termasuk bufet sarapan pagi untuk 2 orang pastinya menjadikan percutian anda lebih bahagia. Hanya lakukan tempahan di www.eastin.com dan masukkan kod promo EKLXMAS untuk menikmati harga istimewa ini.

Hubungi 03-76651111 atau layari laman media sosial rasmi Eastin Hotel Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selamah Hari Krismas dan Tahun Baru 2020!


LOKASI EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR 
13, JALAN 16/11, SEKSYEN 16, 
46350 PETALING JAYA, SELANGOR.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #EASTINKUALALUMPUR #KRISMAS

0 Comments