PROMOSI SEMPENA KRISMAS 2019 DAN TAHUN BARU 2020 DI SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR






Bulan Disember pastinya bulan yang dinantikan khususnya bagi penganut agama Kristian kerana Hari Natal atau Krismas jatuh pada 25 Disember! Malah bulan Disember menjadi bertambah istimewa dengan masing-masing tidak sabar untuk meraikan tahun baru yang hanya berjarak beberapa hari selepas sambutan Krismas. Adakah azam 2019 sudah tercapai sepenuhnya? Usah difikirkan sangat tentang azam yang belum tertunai itu. Ayuh raikan hujung tahun ini bersama yang tersayang dengan menikmati sajian enak di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Tahun ini, pihak Sheraton Imperial Kuala Lumpur menyajikan variasi sajian enak sempena Krismas 2019 menerusi restoran Essence, Villa Danieli dan juga Pavilions Lounge.



ESSENCE 






Tidak lengkap sambutan Krismas tanpa hidangan ayam belanda! Nikmati sajian Oven-Roasted Whole Turkey dengan pilihan sos Gilbert, Cranberry dan Chestnut Stuffing. Bukan itu sahaja, anda pasti terpukau dengan keenakkan rasa menu lain seperti Roasted Chestnut and Apple Soup, Steamed Halibut with Tomato Salad and Clam Voloute, Oyster Rockefeller, aneka Tempura. Jangan lupa akhiri santapan anda dengan variasi juadah pencuci mulut seperti Home-made Christmas Stolen and Pudding, Lemon Meringue Tart, Crème Brule, Ginger Pannacotta dan banyak lagi yang pastinya lazat. 










Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan anda boleh pilih waktu samada sajian untuk makan tengahari, Hi-Tea mahupun makan malam.

  • Christmas Eve Lunch Buffet - RM128 net/dewasa, RM58 net/kanak-kanak (pada 24 Disember) 
  • Christmas Eve Dinner BuffeT - RM150 net/dewasa, RM74 net/kanak-kanak (pada 24 Disember) 
  • Christmas Hi-Tea Brunch - RM99 net/dewasa, RM48 net/kanak-kanak (pada 25 Disember) 
  • Christmas Lunch Buffet - RM128 net/dewasa, RM58 net/kanak-kanak (pada 25 Disember) 
  • Christmas Dinner Buffet - RM148 net/dewasa, RM74 net/kanak-kanak (pada 25 Disember) 


VILLA DANIELI








Jika anda penggemar masakan Itali, nikmati sajian memukau rasa di restoran yang telah memenangi pelbagai anugerah, Villa Danieli seperti pembuka selera Seabass Ceviche, Roasted Roma Tomato, Orange Gel. Seterusnya sajian utama antaranya Turkey Roulade, Pumpkin Puree, Brussels Sprout and Cranberry Sauce. Akhiri sajian anda dengan menu sajian pencuci mulut istimewa iaitu Mascapone Cream with Espresso and Peach. 











Harga bagi sajian istimewa sempena Krismas 2019 di Villa Danieli adalah seperti berikut:
  • 4-course Festive Dinner - RM148 net/dewasa, RM58 net/kanak-kanak (dari 3- 22 Disember)
  • 7-course Christmas Eve Dinner - RM168 net/dewasa, RM78 net/kanak-kanak (pada 24 Disember) 
  • Christmas Brunch (Semi Buffet) - RM148 net/dewasa, RM58 net/kanak-kanak (pada 25 Disember) 


PAVILIONS LOUNGE 






Meriah betul Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Anda mahukan santapan lebih santai bersama keluarga dan sahabat handai? Langsung ke Pavilions Lounge untuk menikmati sajian Afternoon Tea sempena Krismas ini. Antara pilihan menu minum petang adalah seperti Cranberry Crème Brulee, Ginger Scone, Log Chocolate Mousse, Lemon Curd Turkey and Stuffing dan juga Brie Cranberry. Harga yang ditawarkan cukup mampu milik iaitu RM98 net untuk 2 orang.



Saya percaya, ada dikalangan anda mahu meraikan hari Krismas dalam momen privasi bersama keluarga dan sahabat di rumah namun masih mahu menikmati sajian enak daripada Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Jangan khuatir kerana restoran Essence menyediakan menu untuk bawa-pulang seperti Oven-Roasted Whole Turkey bersama Apple and Chestnut Stuffing, Cranberry Sauce, Giblet Sauce pada harga RM410 net sahaja. Bukan itu sahaja! Anda boleh juga memesan menu Roasted Whole Australian Beef Striploin with Thyme Jus (3kg) pada harga RM 660 net. Jangan lupa memesan Gingerbread House, Cookies, Christstollen dan Traditional Yule Log Cake juga bagi memberi gandaan keseronokan sambutan Krismas di kediaman anda!

Selain itu, pihak Sheraton turut menawarkan sajian istimewa sempena Tahun Baru 2020. Anda boleh meraikan sambutan Tahun Baru bersama seleksi sajian enak dan memukau rasa samada di restoran Essence, Villa Danieli atau pun Pavilions Lounge.

ESSENCE:
  • New Year’s Eve Dinner Buffet - RM168 net/dewasa I RM78 nett/kanak-kanak.
  • New Year’s Day Lunch buffet - RM 148 net/dewasa I RM58 net/kanak-kanak. 


VILLA DANIELI

  • 6-course New Year’s Eve Dinner - RM168 net/dewasa I RM78 net/kanak-kanak.
  • New Year’s Day Brunch (Semi Buffet) - RM148 net/dewasa I RM58 net/kanak-kanak. 

PAVILIONS LOUNGE

  • New Year’s Afternoon Tea (RM98 net untuk 2 orang).


PROMOSI KHAS! Nikmati diskaun sebanyak 25% bagi pembelian Early Bird bermula 1 Disember 2019 sehingga 13 Disember 2019. Jika anda terlepas waktu ini, jangan khuatir! Jika anda pemegang kad Maybank, HSBC atau CIMB, anda layak menikmati diskaun sebanyak 20%. Selain itu, potongan harga sebanyak 30% akan diberikan kepada ahli Marriott Club. Bagi ahli Marriott Bonvoy pula, anda boleh nikmati diskaun istimewa berdasarkan aras keahlian anda seperti berikut: 

  • Platinum/Titanium - 20%
  • Gold - 15% 
  • Silver - 10% 

Hubungi talian +603 2717 9977 atau emel di dining.specialist@sheraton.com untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. Jangan lupa melayari laman sesawang rasmi atau laman media sosial rasmi Sheraton Imperial Kuala Lumpur untuk sebarang informasi dan kemas kini terbaru. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHERATONIMPERIALKL #FOOD #KRISMAS


0 Comments