RINCHING TERRACE LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN TERBARU & EKSKLUSIF DI LEMBAH KLANG






Setiap pasangan bercinta pastinya inginkan hubungan mereka terikat dengan ikatan perkahwinan sah. Pastinya idaman setiap bakal mempelai untuk menikmati sebuah majlis perkahwinan yang gilang gemilang untuk diingati sehingga ke akhir hayat. Ya, memang indah bila menjejakkan kaki di majlis perkahwinan. Serba serbi cantik dan mempersona. Namun hakikatnya bukan mudah menjayakan sesebuah acara perkahwinan. Banyak kerja dan perancangan teliti harus dibuat lebih awal agar majlis berjalan lancar. Antaranya adalah untuk menempah dewan untuk majlis. Banyak faktor perlu diambil kira untuk menempah dewan atau lokasi majlis. Parkir yang luas, kawasan yang selesa adalah antara ciri penting perlu diambil kira sebelum menempah.

Jika anda masih buntu mencari lokasi sesuai, apa kata anda intai-intai Rinching Terrace Wedding & Events yang terletak di Rinching Hilir, Kajang. Rinching Terrace dibina di atas tanah persendirian berkeluasan 7 ekar denga 2 ekar telah dibangunkan untuk dijadikan lokasi sebarang acara yang berlatar belakang alam semulajadi serta lanskap taman indah. Pusat sehenti perkahwinan dalam taman ini beroperasi di kawasan Rinching Hilir yang cukup strategik kerana kawasan ini berada berhampiran dengan beberapa bandar besar antaranya Bangi, Kajang, Semenyih dan Nilai. Lokasi Rinching Terrace ini juga mudah untuk diakses kerana berhampiran dengan tol Bandar Mahkota dan hanya mengambil masa 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.








Diinspirasi daripada rekaan taman hidup dan lanskap alam semulajadi, Rinching Terrace adalah lokasi pensendirian yang cukup eksklusif dan mampu menampung sehingga 1500 tetamu dalam satu masa. Apa yang menjadikan Rinching Terrace ini menarik dan istimewa, selain daripada landskapnya, pusat acara ini menyediakan kemudahan lengkap seperti ruang parkir yang luas, surau, bilik persalinan yang cukup luas, bilik air, dewan tertutup, ruang khemah dan juga kawasan padang untuk mengadakan majlis bertemakan perkahwinan dalam taman. Malah pihak Rinching Terrace turut menanam pokok kemuning yang berusia lebih 100 tahun bagi mengindahkan lagi suasana sekeliling. 








Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk mengadakan sebarang acara di dalam satu kawasan. Ia terdiri daripada Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden).



RINCHING TERRACE GLASS HOUSE 








Ia merupakan sebuah bangle dua tingkat berdinding kaca berfungsi sebagai dewan utama. Glass House mampu menampung sehingga 250 orang tetamu dalam satu masa. Konsep hiasan dalaman bangunan ini adalah moden dan minimalis sesuai dengan citarasa masakini. Di ruang utama menempatkan pelamin, meja pengantin dan juga ruang makan tetamu yang cukup selesa. DI bahagian bawah bangunan pula terletaknya 2 buah bilik iaitu satu bilik pengantin dengan bilik air dan perabot, bilik rehat juga lengkap dengan perabot, bilik air tetamu dan surau. 


KHEMAH AGAM (MARQUEE TENT) 




Terletak disebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka, ruang khemah ini boleh menempatkan sehingga 400 orang tetamu dalam satu masa. Anda boleh juga memasang pelamin di ruang khemah ini bergantung kepada kehendak anda. 


TAMAN TERBUKA (GARDEN) 




Antara perkahwinan impian ramai adalah majlis berkonsepkan dalam taman. Rinching Terrace tidak ketinggalan menyediakan ruang taman khas untuk mereka yang sukakan majlis perkahwinan diluar bangunan. Ruang ini mampu menempatkan sehingga 1000 orang tetamu dalam satu masa. Anda boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu samada siang atau malam disini. Turut disediakan adalah pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk sebarang acara sosial.

Satu perkara menarik adalah jika anda mahu mengadakan majlis di Rinching Terrace ini, seluruh kawasan ini adalah milik anda. Maknanya hanya ada satu majlis sahaja akan berlangsung pada satu masa. Jadi keselesaan dan keselamatan sudah pasti terjamin buat anda sekeluarga dan para tetamu. Seperkara yang menarik perhatian saya adalah ruang parkir bertar. Jadi anda dan para tetamu tidak perlu risau jika jalan lecak jika hujan.

Sempena dengan pembukaan rasmi Rinching Terrace, tawaran 3 pakej perkahwinan yang cukup berpatutan telah dibuka kepada mana-mana pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan disini. Tiga pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah: 


PAKEJ SILVER
  • Marquee Tent hanya RM38,800 untuk 1000 tetamu

PAKEJ GOLD

  • Glass House & Marquee Tent RM44,800 untuk 1000 tetamu

PAKEJ PLATINUM

  • Glass House & Marquee Tent RM51,800 untuk 1000 tetamu termasuk lebihan menu, pelamin dan busana pengantin eksklusif.


Setiap pakej yang ditawarkan oleh Rinching Terrace ini menggunakan khidmat rakan niaga yang berpengalaman dalam acara perkahwinan dan pengurusan acara. Mereka terdiri daripada Afkar selaku penyedia katering rasmi, Miezipro sebagai jurufoto rasmi dan SASES selaku penyedia pelamin, busana dan hiasan majlis perkahwinan. 













Secara peribadi, saya cukup teruja dengan persekitaraan di Rinchig Terrace ini. Jika saya berpeluang mengadakan acara perkahwinan, sudah pasti Rinching Terrace berada dalam antara senarai pilihan teratas. Ini kerana faktor keluasan kawasan dengan kemudahan parkir bertar, kawasan berpagar, bilik untuk berehat, surau, dan juga lokasi acara yang boleh dibuat dalam bangunan atau diluar. Ini memudahkan saya untuk mengadakan majlis berinai, nikah, sanding dalam satu tempat sahaja. Malah ahli keluarga saya juga tidak perlu bersusah payah menguruskan majlis kerana semuanya sudah termasuk dalam pakej yang disediakan. Sekadar layan tetamu dan menikmati acara sahaja.

Hubungi Puan Mira di talian 019-3908527 atau emel ke rinchingterrace@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut. Anda boleh ikuti laman media sosial rasmi Rinching Terrace untuk info terkini berkenaan pakej dan promosi.


LOKASI RINCHING TERRACE 
RINCHING HILIR, 
43500 KAJANG, SELANGOR. 

LAMAN INSTAGRAM RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

WAZE/GOOGLE MAPS: 
RINCHING TERRACE WEDDING & EVENTS 


#RINCHINGTERRACE #RTWEDDING #RTGLASSHOUSE #RTGARDENWEDDING

0 Comments