PELANCARAN PELEKAT KENDERAAN KHAS SEMPENA VISIT MALAYSIA 2020!






Tahun 2020 baru sahaja bermula namun kempen Visit Malaysia 2020 semakin rancak dan terasa kemeriahannya! Tourism Malaysia bersama kerajaan negeri dan agensi korporat telah menyusun pelbagai acara dan perayaan menarik sepanjang tahun bagi menyemarakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020.

Bagi menghangatkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020, pihak Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah melancarkan pelekat kenderaan khas Visit Malaysia 2020 yang akan digunakan di semua bas dan van pelancongan serta pejabat agensi pelancongan seluruh negara.

Acara perasmian ini telah berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Jalan Ampang dan disempurnakan oleh YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta telah dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat antaranya Datuk Musa Yusof (Ketua Pengarah Tourism Malaysia), Dato' Dr. Ammar A. Ghapar (Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia) dan Datuk Tan Kok Liang (Presiden MATTA).








Penggunaan pelekat kenderaan khas Visit Malaysia 2020 ini pada kenderaan pelancongan akan memberi impak kepada para pelancong dimana ia sedikit sebanyak mengalu-alukan kedatangan mereka ke Malaysia. Malah ia menjadi ingatan kepada kesemua pemain industri pelancongan Malaysia untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelancongan dapat merasai pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia.

Inisiatif ini adalah antara peranan kecil yang dimainkan oleh MATTA dalam mempromosikan produk pelancongan negara bukan sahaja dikalangan rakyat tempatan tetapi di seluruh dunia. Penyertaan MATTA di beberapa pameran perdagangan global seperti ITB Berlin, WTM London dan kerjasama strategik bersama organisasi pelancongan antarabangsa membuktikan kesungguhan pihak MATTA dalam menjadikan Malaysia lokasi pelancongan terbaik dunia.







Sebagai info, MATTA pernah mengadakan MATTA Travel Exchange (MTEX) bersama dengan Federation of ASEAN Travel Associations (FATA) dimana ia telah dihadiri lebih daripada 100 pengendali agensi pelancongan. Selain itu, acara MATTA Fair telah berjaya menarik lebih daripada 200 ribu pengunjung setiap tahun dengan hasil pendapatan lebih RM400 juta.

Sehingga ke hari ini, terdapat 3628 syarikat pelancongan telah menjadi ahli MATTA dan 96% telah memiliki lesen operasi Inbound Tour dimana mereka dibenarkan untuk menjual dan menerima tempahan awal sebelum pelancong luar tiba dalam Malaysia selain menganjur dan menyediakan perkhidmatan pelancongan domestik ke seluruh negara.

Semoga inisiatif pihak MATTA dan juga kerjasama bersama Tourism Malaysia serta agensi berkaitan dapat menjadikan kempen Visit Malaysia 2020 satu kejayaan besar buat industri pelancongan Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Layari laman sesawang rasmi Visit Malaysia 202o di http://vm2020.malaysia.travel/ bagi mendapatkan senarai acara dan aktiviti pelancongan Malaysia untuk tahun 2020.



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TOURISMMALAYSIA #VM2020 #VISITMALAYSIA2020 #MYTRAVELMEDIABUDDY

0 Comments