KAFE ANGGUN CHEF BY ANGGUN FUSION SAJI MENU FUSION KUALITI ANTARABANGSA







Satu lagi tempat makan menarik di Kuala Lumpur yang harus anda kunjungi. Sebuah kafe mini berkonsepkan portable café yang terletak di perkarangan lobi Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Apa yang menarik tentang kafe Anggun Chef ini? Walaupun ia merupakan sebuah kafe kecil yang terletak di satu sudut ruang legar lobi di pintu masuk bahagian selatan MITEC, namun siapa sangka jenama ini sudah berjaya menembusi pasaran luar menerusi produk keluaran syarikat ini serta pernah menyertai pelbagai ekspo makanan di peringkat antarabangsa.












Saya diberitahu bahawa jenama Anggun Chef ini telah wujud sejak 2012 lagi. Selain memiliki kafe, mereka juga mempunyai rangkaian produk sos premium dan minuman pra campuran dibawah label Anggun Fusion. Menurut Mimie Azura Mohamad selaku pengasas dan juga Pengarah Urusan Anggun DInamik Holding Sdn. Bhd., idea untuk menghasikan kafe Anggun Chef serta produk masakan Anggun Fusion tercetus kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang kulinari. Walaupun beliau mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi maklumat (IT), ia tidak menghalang untuk Mimie Azura untuk menjadikan bidang kulinari sebagai sumber rezeki utama. Pengalaman mengembara di negara asing banyak memberi inspirasi kepada beliau dalam menghasilkan menu dan produk berasaskan makanan.

Antara menu yang sempat saya cuba di Kafe Anggun Chef by Anggun Fusion adalah RENDANG PEANUT BUTTER CHICKEN BURGER, RENDANG PEANUT BUTTER BEEF BURGER, SPAGHETTI ASAM PEDAS LAMB GRILL, TUNA CROISSANT SANDWICH, SPAGHETTI WHITE SAUCE WITH CHICKEN, SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL, BEEF FRIED RICE, NASI BUKHARA CHICKEN BRIYANI, MEEHOON SINGAPORE, CHICKEN PARMIGIANA.


RENDANG PEANUT BUTTER CHICKEN BURGER 

Isi ayam yang juicy, dengan sos rendang bersama peanut butter, diapit oleh bun bijan yang lembut menjadikan burger ini lengkap rasa.




RENDANG PEANUT BUTTER BEEF BURGER 

Menggunakan homemade beef patty dengan sos rendang bersama peanut butter serta diapit bun bijan. Menu wajib cuba!



SPAGHETTI ASAM PEDAS LAMB GRILL 

Menu fusion gabungan asam pedas, terung, lamb grill dan spaghetti cukup menarik! 



TUNA CROISSANT SANDWICH

Menu sarapan paling digemari ramai. Sesuai untuk grab and go juga!



SPAGHETTI WHITE SAUCE WITH CHICKEN 

Spaghetti dengan sos putih yang cukup lemak berkrim bersama kepingan ayam dan hirisan cendawan. 



SPAGHETTI BOLOGNESE WITH MEATBALL

Spaghetti dengan sos bolognese ala Anggun Chef bersama homemade bebola daging!



BEEF FRIED RICE

Inginkan menu nasi? Nasi goreng Daging dengan sentuhan rasa Malaysia.



NASI BUKHARA CHICKEN BRIYANI 

Nasi Bukhara disini memang terasa keaslianya. 



MEEHOON SINGAPORE 

One of my favourite dish dan Anggun Chef berjaya menyediakan menu yang sama seperti yang sering makan.



CHICKEN PARMIGIANA 

Isi ayam yang disalut dengan breadcrumbs menjadikan ia rangup dilaur dan juicy didalam. Pelengkap rasa adalah keping keju dengan taburan herba.



CITRUS MINT BERRY 

Tiga rasa dalam satu tegukan! Must-try!



CAPPUCCINO 

Menggunakan bijih kopi premium dari Perancis, kelazatan nya sehingga anda tidak memerlukan gula untuk menikmatinya!



REDCINO 

Red Velvet Cappuacino! Sesuatu yang lain namun rasa kopi tetap premium!



SAGO GULA MELAKA 

Masih rindukan menu tempatan? Boleh mencuba pencuci mulut ini. Sama seperti orang dulu-dulu masak!



FRUIT CAKE 

Ini adalah antara menu kegemaran saya! Lembut dan tidak kedekut buah. Anda juga boleh membuat pra pesanan untuk kuantiti yang besar.



Secara peribadi, saya berpuas hati dengan rasa menu yang disajikan di kafe Anggun Chef by Anggun Fusion ini. Walaupun setiap menu telah diolah rasa, kualiti rasa tetap dipelihara. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan mampu milik. Senang kata, berbaloi makan di kafe Anggun Chef ini. Saya kagum dengan usaha pihak kafe Anggun Chef by Anggun Fusion yang cuba membawa dimensi baru masakan rakyat Malaysia ke persada antarabangsa. Kata Mimie Azura, masakan Malaysia setanding dengan masakan barat jika kena dengan caranya dan semoga apa yang diusahakan beliau dapat membawa nama Malaysia di aras lebih tinggi dalam industri kulinari.

Selain menawarkan menu fusion di kafe Anggun Chef, pihak syarikat turut mengeluarkan 9 jenis sos masakan premium dibawah label Anggun Fusion. Apa yang menarik mengenai sos premium ini adalah ia menggunakan bahan-bahan gabungan rempah ratus tempatan dan barat bagi mendapatkan kualiti rasa antarabangsa. Saya diberitahu bahawa rangkaian sos premium Anggun Fusion ini telah menembusi pasaran Perancis. Antara sos premium yang dijual adalah Beef Rendang, Chilli Crab, Vegetarian Green Curry, Sour & Spicy. Selain dijual di kafe, anda boleh mendapatkan sos premium ini secara atas talian menerus laman www.halalfoodmaster.com









Bukan itu sahaja! Kafe Anggun Chef turut menyediakan pilihan kopi premium yang diimport khas dari Perancis. Saya diberitahu bahawa bijih kopi yang digunakan di kafe ini merupakan jenama kopi yang cukup terkenal di sana. Malah pihak kafe Anggun Chef juga turut menyediakan perkhidmatan barista dan katering bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis keraian. 

BERSAMA MIMIE AZURA (TIGA DARI KIRI), PENGASAS KAFE ANGGUN CHEF

LOKASI ANGGUN CHEF BU ANGGUN FUSION 

SOUTH ENTRANCE LOBBY 
MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXHIBITION CENTRE 
(MITEC), 
NO. 8, JALAN DUTAMAS 2, 
50480 KUALA LUMPUR. 

-

WAKTU OPERASI: 

ISNIN HINGGA JUMAAT 
8.00 PAGI – 6.00 PETANG 

-

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 
https://www.facebook.com/anggunfusionrte

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANGGUNCHEF #ANGGUNFUSION


0 Comments