TOURISM MALAYSIA RAI PELANCONG DI PINTU MASUK UTAMA NEGARA SEMPENA VISIT MALAYSIA 2020







Selamat Tahun Baru! Diam tak diam kita sudah pun melangkah ke tahun 2020. Pastinya banyak agenda dan aktiviti sudah dirangka bagi memeriahkan kalendar tahun 2020. Bagi rakyat Malaysia, tahun 2020 merupakan tahun penting khususnya bagi industri pelancongan negara kerana tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020). Jadi pastinya pelbagai aturcara telah dirancang bagi menyemarakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020. 

Tirai tahun baru 2020 dibuka oleh Tourism Malaysia dengan mengadakan acara khas menyambut para pelancong di 22 pintu masuk utama serta beberapa lokasi terpilih dalam negara secara serentak. Antara lokasi utama yang pilih adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimana Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datu Mohamaddin bin Ketapi telah hadir merasmikan acara berkenaan. Kemeriahan sambutan juga turut dirasai di Terminal Skypark Subang dengan kehadiran YB Datuk Abdul Rashid bin Asari selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor meraikan ketibaan para pelancong di pintu ketibaan. Para pelancong telah dikalungkan dengan kain batik Malaysia dan pemberian cenderamata serta diraikan dengan persembahan kebudayaan sebagai meraikan kehadiran mereka di Malaysia.
















Kemeriahan juga turut dirasai di pintu ketibaan KLIA Ekspress KL Sentral dimana para pelancong dalam dan luar negara tetap dirai dalam suasana cukup meriah. Mereka telah disambut oleh Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia bersama-sama Puan Noormah Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link (ERL) dan Yang Berbahagia Tuan Haji Anwar bin Mohd Zain selaku Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 


 























Acara sambutan ini telah diadakan hasil kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan bagi memberi sokongan serta memeriahkan lagi kempen Visit Malaysia 2020. Malaysia mensasarkan kedatangan 30 juta pelancong luar dengan hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion sempena kempen Visit Malaysia 2020. Dengan berpandukan slogan “Visit Truly Asia Malaysia 2020", kempen Visit Malaysia 2020 menjanjikan variasi perayaan dan acara menarik buat para pelancong sepanjang tahun. Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Visit Malaysia 202o di http://vm2020.malaysia.travel/ bagi mendapatkan senarai acara dan aktiviti pelancongan Malaysia untuk tahun 2020. Selamat Datang ke Malaysia!



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #VM2020 #VISITMALAYSIA2020 #MYTRAVELMEDIABUDDY

1 Comments

  1. cantiknya kain batik tu....untung diorang dapat kain batik...hihu

    ReplyDelete