KEKAL BERHUBUNG SEMASA TRAVEL DI MELBOURNE AUSTRALIA DENGAN TRAVEL RECOMMENDS







Boleh dikatakan semua perkara kini boleh dilakukan hanya di hujung jari. Kepesatan teknologi menjadikan data internet penting dalam kehidupan seharian walau dimana anda berada. Malah boleh saya katakan, urusan kini lebih mudah dengan adanya capaian data internet. Urusan perbankan menjadi mudah, penempahan tiket penerbangan menjadi pantas, carian informasi mencari semudah ABC!

KISAH SAYA DI MELBOURNE (BAHAGIAN PERTAMA):

https://www.thisisreef.com/2019/04/trip-to-melbourne-australia-2019.html

Ramai yang bertanya, penting sangat ke internet waktu melancong? Bukankah waktu melancong adalah waktu untuk kita menikmati percutian? Pada saya penting! Ini kerana internet banyak membantu saya dalam banyak urusan sewaktu bercuti. Saya perlu mencari informasi tentang jadual keretapi, saya harus mencari laluan nagivasi untuk ke sesuatu tempat, saya harus berhubung dengan keluarga di Malaysia sentiasa supaya mereka maklum akan keadaan di luar negara, saya harus mendapatkan informasi tentang tempat yang ingin dilawati dan banyak lagi. Itu belum lagi keperluan saya untuk mengemaskini informasi terkini di media sosial dan blog. Jadi senang kata, internet banyak memainkan peranan dalam melancarkan urusan saya di luar negara.






Saya tahu ada dikalangan pengembara diluar sana yang lebih suka membeli sim kad lokal tapi bukan pada saya. Bagi saya, buat apa hendak susahkan diri dengan mencari sim kad, kemudian harus masukkan simkad ke dalam talam sim, kemudian harus tambah nilai lagi. Kalau internet sudah habis kuota, harus tambah nilai lagi. Leceh! Ada juga yang memilih untuk mengaktifkan perayauan antarabangsa daripada talian telefon anda. Namun kos perayauan antarabangsa agak mahal pada saya. Tambahan pula pernah terjadi beberapa kes dimana bil telefon melabung tinggi apabila mengaktifkan perayaan antarabangsa.


  

Buat apa anda buat kerja susah dan peningkan kepala sedangkan anda boleh sahaja menyewa peranti Wi-Fi dari Malaysia? Terima kasih kepada syarikat Travel Recommends kerana memudahkan urusan saya di Melbourne Australia baru-baru ini. Sebenarnya, sebelum ini saya pernah menggunakan perkhidmatan Travel Recommends beberapa kali antaranya sewaktu saya melancong ke Jepun.

KISAH SAYA DI MELBOURNE (BAHAGIAN KEDUA):

https://www.thisisreef.com/2019/04/trip-to-melbourne-australia-2019_9.html


Walaupun kelajuan internet untuk peranti Wi-Fi Travel Recommends hanya 500MB sehari, tapi ia sudah cukup untuk saya melayari internet dan berkongsi dengan beberapa teman kembara. Malah ketika saya berada di Lakeside iaitu sebuah pekan di luar bandar Melbourne, WI-Fi signal peranti Travel Recommends masih lancar tanpa gangguan. Menariknya, saya masih mampu membuat IG Story dan FB Live secara terus dengan adanya servis Wi-Fi daripada Travel Recommends. Satu lagi yang suka saya kongsikan kepada anda tentang bateri peranti ini. Saya cukup kagum kerana jangka hayat bateri boleh bertahan selama satu hari dengan sekali pengecasan sahaja. Malah anda boleh berkongsi penggunaan Wi-Fi dengan 5 peranti yang lain. Mudah bukan! Semua travel buddies boleh kekal berhubung di media sosial.






Urusan penempahan peranti Wi-Fi Travel Recommends juga cukup mudah! Memandangkan penerbangan saya di KLIA2, jadi saya memilih untuk mengambil sendiri peranti Wi-Fi di cawangan KLIA2. Anda boleh sahaja terus membuat tempahan secara atas talian menerusi https://www.travelrecommends.com dan anda pilih berapa hari anda perlu sewa. Isi borang yang disediakan dan lakukan pembayaran termasuk deposit RM200 (refundable). Siap! Anda akan menerima notifikasi menerusi emel berkenaan tempahan anda. Oh ya! Anda boleh mengambil sendiri peranti atau mahu pihak Travel Recommends kurier kepada anda (bayaran tambahan dikenakan). 

CARA TEMPAHAN PERANTI WI-FI TRAVEL RECOMMENDS

Secara peribadi, saya cukup berpuashati dengan servis yang ditawarkan oleh Travel Recommends sepanjang saya berada di Melbourne baru-baru ini. Malah sewaktu saya berkunjung ke Jepun sebelum ini, Travel Recommends banyak memudahkan saya dan travel buddies dalam kelancaran urusan dengan capaian internet tanpa had. Terima kasih Travel Recommends! Highly recommended!


LOKASI TRAVEL RECOMMENDS KLIA 2 
LEVEL 2, GATEWAY @ KLIA 2, 
(ARRIVAL HALL), 
(DALAM PREMIS TUNE STORE)


HOTLINE: 1700819813 

PERTANYAAN: 
+60 12-3350541 (WHATSAPP SAHAJA) 

BANTUAN TEKNIKAL: 
+60 10-3946177 (WHATSAPP SAHAJA) 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TRAVELRECOMMENDS #TRAVELWITHWIFI #TRAVELWIFI


1 Comments

  1. tapi kenapa awak tak kekal berhubung dgn saya ya? hahahaha...mmg best ramai gila recommend guna yg ni...ada limit berapa hari ke nak sewa?

    ReplyDelete