SUNWAY PROPERTY RAIH JUALAN RM200 JUTA SEMASA PKP






Sunway Property, bahagian perniagaan hartanah Sunway Berhad Berjaya menjual hartanah bernilai RM200 juta semasa kempen 'Always With You' dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancarannya akhir bulan lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusannya, Sarena Cheah, berkata kempen digital itu yang telah dilancarkan pada akhir bulan lalu adalah sebagai tindak balas terhadap situasi COVID-19 yang melanda negara. Katanya, kempen itu juga mengambil kira keadaan semasa dan keadaan tidak menentu yang semakin meningkat, dengan Sunway Property membantu dari segi bantuan kewangan dan harga kompetitif untuk membolehkan semua orang memiliki rumah impian.

SARENA CHEAH, PENGARAH URUSAN SUNWAY PROPERTY





“Kempen 'Always With You' dilancarkan sebagai tindak balas daripada maklum balas yang kami terima daripada pelanggan yang masih berminat untuk memiliki rumah, tetapi berhati-hati dengan keadaan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Untuk meminimumkan risiko mereka untuk memiliki kediaman, kami memasukkan sekali pelan tarik diri secara sukarela sebagai sebahagian daripada kempen ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sarena Cheah turut menjelaskan bahawa susulan daripada pandemik itu berlaku kebimbangan mengenai jaminan pekerjaan ditambah dengan oleh ketidaktentuan keadaan semasa. Justeru, katanya pelan tarik diri sukarela dibuat bagi membenarkan pelanggan membeli rumah idaman dengan tenang sambil mengetahui yang mereka boleh menarik diri daripada pembelian itu sekiranya kehilangan pekerjaan dan bayaran akan dikembalikan semula. 

SUNWAY CITRINE LAKEHOMES

"Pelan ini juga sah untuk kes membabitkan kecacatan atau penyakit kritikal sehingga 12 bulan daripada tarikh menandatangani perjanjian jual beli atau hingga milikan kosong, yang mana lebih awal. Semasa kempen ini, pemilik rumah juga berpeluang menikmati subsidi sehingga RM50,000, pelan ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan, skim pembiayaan fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dan memilih pinjaman yang dijamin hingga 95 peratus oleh Sunway," jelas beliau.

SUNWAY SERENE LAKE SIDE





Kempen ini merangkumi hartanah terkini Sunway Property termasuk tujuh pembangunan di Lembah Klang (Sunway GEOLake Condo and Townhouse, Sunway Gandaria, Sunway Avila, Infiniti 3, Sunway Serene dan Sunway Subang). Selain itu, satu di Ipoh (Sunway Onsen Suites), tiga di Pulau Pinang (Sunway Cassia Semi-D dan Terrace dan Sunway Wellesley) dan lima di Johor (Sunway Citrine Lakehomes, Sunway Citrine Residences, Sunway Emerald Residence, Sunway GRID Residence, dan Sunway Lenang Heights).

Para pelanggan boleh melayari https://www.sunwayproperty.com/alwayswithyou/ untuk mengatur temujanji menerusi panggilan telefon bagi mendapatkan tatacara penempahan secara atas talian.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HARTANAH #SUNWAYPROPERTY

0 Comments