WARONG ATOKK NENEK KLANG TAWAR SAJIAN MASAKAN JOHOR ASLI, MEE BANDUNG GEAR BOX MEMANG TERBAIK!






Johor Darul Takzim sememangnya antara negeri yang mempunyai masakan lazat. Antara masakan Johor yang menjadi kegemaran saya adalah Laksa Johor dan Mee Bandung Gear Box. Kalau saya melancong ke negeri di selatan Semenanjung Malaysia ini, dua menu ini sudah pasti saya cari kerana sukakan keaslian rasanya. Kalau di Lembah Klang, agak sukar mendapatkan masakan Johor yang asli dan tidak semua kedai makan menyediakan masakan Johor dalam menu mereka.

Kemudian saya diperkenalkan dengan Warong Atokk Nenek sewaktu kunjungan saya bersama rakan-rakan di Bandar Diraja Klang. Bagi anda yang tidak tahu, Klang merupakan destinasi pelancongan menarik di Selangor. Walaupun pada pemerhatian saya, Klang berada dalam kategori underrated, tetapi hakikatnya ia menawarkan variasi keistimewaan dari tempat sejarah hinggalah kepada tempat makan sedap. Lokasi Klang yang berhampiran dengan Pelabuhan menjadikan ia pilihan terbaik bagi anda yang sukakan makanan laut atau seafood.

Berbalik kepada Warong Atokk Nenek di Klang. Saya dimaklumkan bahawa Warong Atokk Nenek menawarkan menu masakan Johor asli. Kedai makanan Johor ini terletak di deretan kedai lama di Jalan Raya Timur. Tidak sukar mencari lokasi Warong Atokk Nenek kerana ia berada berhampiran dengan stesen komuter Klang dan jika berjalan kaki dari stesen ini cuma mengambil masa 5 minit sahaja.

Saya diberitahu Warong Atokk Nenek ini sudah beroperasi sejak setahun lagi lalu. Ia diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu En. Mohd Azizi dan Puan Noreen Nor. Sempat juga saya bertanya bagaimana mendapat nama Warong Atokk Nenek. Jelas Encik Azizi inspirasi nama diambil daripada pangkal nama beliau dan isteri iaitu A dan N. Dari situ, mereka mendapat ilham untuk memberi nama Warong Atokk Nenek kerana nama ini cukup nostalgia sesuai dengan menu yang disajikan mereka.








Melihat dari luar, Warong Atokk Nenek cukup menarik perhatian saya. Deko dinding luarnya persis kafe di Eropah. Ruang kedai tidak terlalu besar dan hiasan dalamannya cukup minimalis dan ada sedikit sentuhan Peranakan. 













Antara menu yang sempat saya cuba adalah Mee Bandung Gear Box, Soto Ayam, Laksa Johor, Kacang Pool, Tauhu Begedil, Roti Goyang, Kopi Susu Kluang Bing (Ais). Saya dan rakan-rakan juga sempat mencuba Set Makan Tengahari iaitu Nasi Ujang (Ayam Cili Padi) dan Sup Tulang bersama Nasi Putih, Telur Dadar dan Sambal Belacan. Set ini didatangkan dengan minuman pilihan samada Teh O Bing atau Sirap.

MEE BANDUNG GEAR BOX

LAKSA JOHOR

NASI BRIYANI

ROTI KUKUS DENGAN KAYA BUATAN SENDIRI

TAUHU BEGEDIL

NSDI UJANG (AYAM CILI PADI)

ROTI GOYANG

KACANG POOL

SOTO AYAM

SET NASI PUTIH BERSAMA SUP TULANG

KOPI SUSU KLUANG BING (AIS)





Secara peribadi, saya sukakan rasa masakan di Warong Atokk Nenek ini. Anda patut cuba terutamanya Mee Bandung Gear Box, Laksa Johor dan Soto Ayam. Kuahnya yang pekat dan cukup rasa. Malah selepas ini, saya tidak perlu ke Johor jika merindui masakan negeri ini kerana Warong Atokk Nenek sudah menawarkan masakan asli Johor yang sedap dan enak.

Bagi anda yang mencari kedai makan yang menjual masakan Johor asli yang sedap, anda boleh singgah ke Warong Atokk Nenek Klang ini. Warong Atokk Nenek dibuka dari Selasa hingga Ahad dari jam 7 pagi hingga 4 petang (Isnin tutup). Selamat mencuba!


LOKASI WARONG ATOKK NENEK 
NO.7, JALAN RAYA TIMUR, 
KAWASAN 1, 
41000 KLANG, SELANGOR.

-

TELEFON: 016-770 2980 

-

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FOOD #CUTICUTIMALAYSIA


1 Comments

  1. kalau jalan ke klang, boleh singgah makan sini nanti.:)

    ReplyDelete