AQIQAH CENTRE TAWAR PAKEJ AQIQAH QURBAN ONLINE MURAH DAN MUDAH! HARGA SERENDAH RM499!






Bagi umat Islam, ibadah aqiqah dan qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Hukum kedua-dua ibadah ini adalah sunat muakkad atau sunat yang sangat digalakkan dibuat jika berkemampuan. Bagi anda yang masih keliru, aqiqah merupakan satu ibadah dimana amalan penyembelihan haiwan ternakan dilakukan untuk sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran anak. Perkataan aqiqah diambil daripada Bahasa Arab iaitu al-Iqqah yang membawa erti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Ibadah aqiqah afdal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Berbeza dengan aqiqah, ibadah qurban pula merujuk kepada amalan penyembelihan binatang tertentu selepas solat sunat Aidiladha atau pada hari tasyrik (10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah) menurut kalendar Islam. Ibadah ini dilakukan sebagai amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bersempena memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nasi Ismail a.s.






Walaupun saya sendiri belum pernah menjalankan dan menguruskan ibadah aqiqah dan qurban, tetapi keluarga saya pernah melakukan kedua-dua ibadah ini. Ahli keluarga saya pernah menyuarakan kesukaran mencari tempat sesuai untuk menjalankan ibadah aqiqah dan qurban. Bagi mereka yang berada dikawasan bandar dan menginap di bangunan tinggi seperti pangsapuri sudah pasti satu kesukaran untuk menjalani ibadah ini kerana tiada tempat sesuai untuk melakukan majlis aqiqah dan qurban ini.

Itu belum lagi sentuh mengenai kos yang mahal. Jika anda membuat tinjauan, rata-rata ibadah aqiqah dan qurban di Malaysia paling minimum adalah sekitar RM700 untuk satu bahagian lembu sahaja. Bagi syarat aqiqah yang afdal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak manakala bagi anak perempuan satu ekor. Jadi jika satu ekor kambing mencecah RM800 hingga RM1000, tidak kah ia memakan belanja yang besar? Itu belum dicampur dengan kos-kos lain seperti upah masak dan majlis. Jadi ini sedikit sebanyak membantutkan hasrat ramai umat Islam di Malaysia untuk menjalan ibadah aqiqah dan qurban. Walaupun hukumnya adalah sunat muakkad, tetapi saya faham setiap umat Islam pasti memasang niat untuk menjalankan kedua-dua ibadah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Atas sebab itulah, maka wujudnya Aqiqah Centre yang dapat merealisasikan hasrat anda untuk melakukan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Sesungguhnya Islam itu mudah jadi pasti ada solusi untuk menangani isu-isu berkaitan ibadah aqiqah dan qurban ini dan salah satunya dengan khidmat dan pakej aqiqah qurban online 20/21 oleh Aqiqah Centre. 






Sebagai info, Aqiqah Centre merupakan milik syarikat AC AGROTECH SDN BHD berpangkalan di Cyberjaya dan syarikat anak Malaysia ini mempunyai pengalaman sejak tahun 2014 dalam menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Aqiqah Centre telah membantu urusan aqiqah lebih 5 ribu ekor di Malaysia dan berjaya menguruskan amanah dengan penyempurnaan lebih 19 ribu ekor untuk ibadah Aqiqah dan Qurban di luar negara.

Apa yang menarik tentang Aqiqah Centre ini? Ia adalah syarikat yang mengendalikan Aqiqah Qurban online murah dan terbukti dipercayai. Terkini mereka telah menawarkan Pakej Aqiqah Online 20/21 di Mekah semurah RM499 sahaja. Pasti ramai yang bertanya, kenapa ibadah aqiqah dan qurban tidak dijalankan di dalam negara? Bukankah ia lebih afdal? Aqiqah Centre ingin memberi peluang dan kaedah alternatif bagi mereka yang ingin menjalankan ibadah aqiqah dan qurban tetapi tidak mempunyai bajet yang besar. 






Kenapa Aqiqah Centre menjadi pilihan? Dengan kemajuan teknologi masakini, semua urusan boleh dibuat melalui hujung jari sahaja kerana Aqiqah Centre menjalankan Aqiqah Qurban Online Murah buat mereka yang ingin menjalankan ibadah sunat muakkad ini. Jadi anda tidak perlu bersusah payah mencari lokasi aqiqah dan qurban dan masa juga dapat dijimatkan kerana semua urusan dilakukan 100% secara atas talian (online). Selain itu, faktor harga yang mampu milik juga menjadi sebab utama kenapa ramai orang memilih Aqiqah Centre ini. Pada saya penawaran harga RM499 cukup mampu milik. Setiap peserta yang mendaftar dengan Aqiqah Centre akan diberikan sijil ukiran kayu bernilai RM40 dan video* sembelihan beserta sebutan nama anak secara PERCUMA. (*hanya untuk aqiqah sahaja).


Untuk makluman anda, warga kerja Aqiqah Centre di Mekah adalah warga Saudi. Jadi, agihan daging hasil sembelihan yang diilaksanakan di Mekah akan diagihkan dengan baik kepada fakir miskin. Atas dasar percaya dan amanah yang menjadi tunjang Aqiqah Centre, sudah ramai yang menggunakan khidmat mereka termasuk selebriti tanahair antaranya Dato’ Fazley Yaakob, Achey, Shaheizy Sam dan Abby Abadi. 


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR PAKEJ AQIQAH CENTRE

Hanya dengan 3 langkah mudah untuk anda menyertai aqiqah qurban online murah yang ditawarkan oleh Aqiqah Centre ini.
  1. Layari https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekah . Pilih samada anda mahu Daftar Aqiqah  atau Daftar Qurban . Isi maklumat yang dikehendaki beserta alamat penghantaran sijil.
  2. Seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran secara online banking. 
  3. Anda akan terima video bukti selepas 3 hari ibadah aqiqah/qurban dan sijil dalam 2 minggu selepas itu. 

Senang bukan? Jadi inilah masa untuk anda yang selama ini berhasrat untuk menjalankan ibadah aqiqah dan qurban kerana kemudahan dan harga yang ditawarkan oleh Aqiqah Centre cukup murah dan mudah. Untuk masa terhad, anda berpeluang memenangi telekung Siti Khadijah dengan hanya berkongsi pengalaman anda menggunakan khidmat Aqiqah Centre di Facebook atau Instagram anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh sahaja menghubungi Encik Bryan Musa di talian 010-8400803 atau klik sahaja pautan ini: https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/ . Layari https://aqiqahcentre.com/ atau laman media sosial rasmi Aqiqah Centre untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai aqiqah qurban yang ditawarkan Aqiqah Centre.


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AQIQAHCENTREDOTCOM

0 Comments