PROMOSI SAJIAN ISTIMEWA DI PREMIÈRE HOTEL KLANG , UNTUK MASA TERHAD!






Bandar Klang atau lebih dikenali sebagai ‘Bandar Diraja Klang’ cukup terkenal dikalangan penduduk di Selangor, bahkan rakyat Malaysia sebagai lokasi yang mempunyai antara pelabuhan tersibuk di negara ini. Bandar ini yang pernah menjadi ibu negeri Selangor satu ketika dahulu penuh dengan seribu satu daya tarikan tersendiri dari tinggalan sejarah, tumpuan membeli-belah sehingga tempat makan menarik.

Tidak dinafikan, Klang memang tersedia dengan lokasi tempat makan menarik dengan variasi citarasa. Selain menikmati hidupan laut segar di Tanjung Harapan ataupun menikmati secangkir kopi di Chong Kok Kopitiam, anda patut mencuba sajian lazat yang ditawarkan oleh Première Hotel Klang.

Kedengaran agak klise, tapi hakikatnya tidak dinafikan bahawa Première Hotel Klang adalah antara tempat makan terkenal di bandar ini. Hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bandar Bukit Tinggi sentiasa menawarkan menu sajian tempatan dan antarabangsa yang bisa menggamit rasa.








Terbaru, menerusi kafe The Buzz menyajikan dua sajian menarik iaitu set Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Arabian Braised Lamb Stew with Garlic Bread & Nachos bagi promosi istimewa selama dua bulan. Kedua-dua hidangan lazat ini dihasilkan bersama warga kulinari yang diketuai oleh Chef Eksekutif Noor Hisham. Setiap set menu ini didatangkan bersama segelas minuman. 


NASI KERABU AYAM BAKAR (RM18/SET) 


Nasi Kerabu merupakan menu yang cukup sinonim di kalangan rakyat Kelantan. Nasi berwarna biru dihidang bersama keropok, solok lada, telur masin, ulam-ulaman, budu, ikan goreng celup tepung atau daging bakar menjadi antara menu tempatan popular di Malaysia. Kelainan yang ditampikan oleh Première Hotel Klang kali ini adalah ia dihidang bersama Ayam Bakar bersama sos istimewa. Apa yang membuatkan saya teruja adalah kelembutan Ayam Bakar ini yang telah direbus dahulu isinya sebelum dibakar bagi memastikan kualiti rasa ayam terpelihara. Jangan risau kerana ia tidak merosakkan langsung rasa asli Nasi Kerabu ini. 


ARABIAN BRAISED LAMB STEW WITH GARLIC BREAD & NACHOS (RM25/SET) 


Sekali imbas ia seperti Kacang Pool, hidangan popular dari negeri Johor. Ia, menu ini adalah inspirasi dari Kacang Pool namun bagi memberi kelainan, kuahnya dimasak menggunakan daging kambing. Pelengkap menu adalah roti bawang putih dan nachos. Secara peribadi, saya sukakan resipi menu ini dimana kepekatan dan rasa kuah seimbang.


Berbaloi? Sudah pasti! Pada harga mampu milik, anda buat saya mendapat sajian lazat dan menyelerakan, malah setiap portion makanan yang disajikan agar besar. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Arabian Braised Lamb Stew with Garlic Bread & Nachos di Première Hotel Klang kerana promosi ini hanya untuk masa terhad sahaja. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03-33256828/03-33256800 atau emel ke fnb@premiere-hotels.wct.my atau Whatsapp di 012-4496258. 


LOKASI PREMIÈRE HOTEL KLANG 
BANDAR BUKIT TINGGI 1/KS6, 
JALAN LANGAT, 
41200 KLANG, 
SELANGOR DARUL EHSAN. 


LAMAN SESAWANG RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PREMIEREHOTELCARES #PREMIEREHOTELKLANG #FOOD


0 Comments