DATO’ SRI SITI NURHALIZA, NAIM DANIEL PALING POPULAR DI JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS 2020







Kuasa undian peminat! Tahniah diucapkan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana dinobatkan artis lokal paling popular di penganjuran pertama kali JOOX Malaysia Top Music Awards bagi pertengahan tahun 2020. Bakat dan dedikasi beliau dalam dunia hiburan tidak perlu dipertikaikan lagi. Memulakan kerjaya seni di awal usia belasan tahun, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa telah berjaya menambat hati pencinta muzik khususnya di Nusantara. Pelbagai anugerah telah diraih sehingga beliau dinobatkan sebagai artis paling banyak memenangi anugerah sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni.






Muhammad Naim Daniel Baharin atau nama pentas Naim Daniel telah mencuri hati pendengar dan seterusnya menobatkan lagu Sembah dengan penampilan istimewa Man Keedal telah sebagai Lagu Lokal Paling Popular. Siapa sangka, dari permulaan karier sebagai pelakon di usia muda, kini bidang nyanyian memberi sinar cerah dalam kerjaya seni beliau. Bermula sekadar membuat ‘cover’ lagu di media sosial, bakat beliau berjaya mencuri hati peminat dan pada 2018, Naim Daniel hadir dengan 2 lagu single berjudul Sekali Lagi dan Sempurna. Kerjaya nyanyian graduan diploma muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini terus melonjak selepas lagu Sumpah diangkat sebagai juara di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34. 






JOOX Malaysia Top Music Awards merupakan anugerah yang dianjurkan oleh JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia bagi meraikan muzik serta artis terbaik Malaysia dan antarabangsa. Hampir 100,000 pengguna JOOX di Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan padu kepada lagu dan artis kegemaran mereka dan hampir 1.5 juta undian berjaya dikumpul sepanjang tempoh pengundian dilakukan. Acara yang dilancarkan ini juga bersempena dengan kempen High5JOOX untuk meraikan ulang tahun ke-5 JOOX yang memberi pengiktirafan kepada artis-artis dan muzik tempatan, antarabangsa termasuk K-Pop.

Pada masa sama, peminat muzik Malaysia telah menobatkan YonnyBoii, Dato 'Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 sebagai “Top 5 Artis: Lokal”. Untuk anugerah “Top 5 Hits: Lokal”, para pencinta muzik tanah air telah memilih 'Peluang Kedua' - Nabila Razali, 'Sembah’ - Naim Daniel dan Man Keedal, ‘Biar’ - YonnyBoii,' ‘Janji’ - Sufian Suhaimi dan ‘Yang Benar’ – Floor 88 sebagai lagu paling popular di Malaysia untuk pertengahan tahun 2020. 







Bagi arena muzik antarabangsa pula menyaksikan peminat muzik Malaysia telah sepakat menobatkan Alan Walker sebagai “Paling Popular: Artis Antarabangsa” di negara ini, dan juga turut berkongsi mendapatkan pengiktirafan di anugerah ini adalah Justin Bieber, Andmesh Kamaleng, Maroon 5 dan Ali Gatie terpilih sebagai “Top 5 Artis: Antarabangsa”. Lagu yang dibawakan oleh Ariana Grande dan Justin Bieber, 'Stuck with U' menjadi pilihan peminat sebagai “Paling Popular: Lagu Antarabangsa”, bukan itu sahaja, lagu 'Yummy’ - Justin Bieber, 'Who' - Lauv, 'End of Time' - K-391 dan 'To Die For' - Sam Smith terpilih sebagai penerima anugerah “Top 5 Hits: Antarabangsa”. 






Anugerah berprestij ini turut memberi pengiktirafan kepada muzik K-Pop yang telah menjadi salah satu genre muzik terhangat dan popular di negara ini dan pastinya mencetuskan fenomena secara global. Pengguna JOOX Malaysia telah menobatkan 'Any Song' – Zico, ‘ON’ – BTS, ‘WANNABE’ - ITZY, 'Feel Special’ - TWICE ' dan ‘Eight’ - IU (prod & feat. SUGA) sebagai penerima “Top 5 Hit: K-Pop”. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia juga telah menobatkan lagu ‘ON’ yang dibawakan oleh kumpulan boyband terhangat dunia, BTS sebagai “Paling Popular: K-Pop”.

Kesungguhan luar biasa yang diberikan oleh peminat muzik tanah air dalam menyokong artis Malaysia merupakan satu kejayaan bagi JOOX yang sentiasa berdedikasi untuk menyokong muzik tempatan. Ini terbukti dengan kejayaan projek JOOX ORIGINALS, salah satu inisiatif JOOX yang menampilkan artis-artis berbakat dan terbaik di negara ini. JOOX juga sentiasa berusaha untuk memenuhi pelbagai selera pendengar dengan membawakan pelbagai muzik dari seluruh dunia dalam pelbagai bahasa menerusi akses aplikasi penstriman muzik JOOX. Anda boleh menikmati lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia dengan hanya memuat turun JOOX di telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store atau layari laman web JOOX.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MUZIK #HIBURAN #JOOXMY

0 Comments