INISIATIF PELAKON ADRIAN EDY LANCAR ‘FOODBANK’ DI SABAH HARUS DIPUJI!

Pelakon Adrian Edy lancar Foodbank di Sabah.


Peningkatan kes pandemik Covid-19 di Malaysia khususnya di Sabah cukup membimbangkan banyak pihak. Ini telah menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menjalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak ini menjadi lebih serius. Pembatasan pergerakan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kegiatan harian penduduk sehingga ada yang tidak dapat melakukan pekerjaan demi kelangsungan hidup. 


Pelakon Adrian Edy lancar Foodbank di Sabah.


Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, pelakon baru yang semakin meningkat naik, Adrian Edy telah melancarkan “foodbank” sejak sebulan lepas di kampung beliau, Inanam Sabah untuk membantu golongan susah dan kurang berkemampuan. Ilham untuk melaksanakan Foodbank ini tercetus kerana beliau risau jika ada yang susah untuk mendapatkan bekalan makanan. Sebelum ini, Adrian Edy sering menjalankan aktiviti kebajikan dengan bertandang dari rumah ke rumah menghulurkan bekalan makanan namun disebabkan kes Covid-19 semakin teruk di Sabah, jadi ia membataskan pergerakan beliau. 


Pelakon Adrian Edy lancar Foodbank di Sabah.


Sebagai permulaan, Foodbank yang diusahakan Adrian Edy dibuka di Sekolah Kebangsaan Pomotodon Inanam dan sejak itu, ia telah memberi manfaat kepada lebih 100 buah keluarga di kawasan sekitar. Jelas Edy, dengan adanya Foodbank ini sesiapa yang memerlukan boleh datang dan ambil apa yang mereka perlu.

“Ramai orang yang susah sekarang, ada yang masih berusaha mencari kerja, dengan keadaan sekarang bukan senang mendapatkan kerja, anak di rumah menangis tidak dapat minum susu, mungkin ada yang terpaksa meminjam duit kawan untuk membeli susu, sayu hati ini bila dengar kisah hidup mereka, macam-macam ujian yang mereka hadapi, tetapi mereka terus kuat” kata Adrian Edy menerusi Instagram beliau.

Selepas PKPB tamat, pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek dan Setelah Telafaznya Akad ini merancang untuk membuka beberapa Foodbank bagi meluaskan lagi capaian bantuan kepada golongan sasaran. Pada masa sama, Edy turut menyediakan sarapan percuma kepada para murid sekolah dan orang ramai pada setiap minggu. 


Usaha murni seperti Adrian Edy ini harus dipuji kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan tanpa mempunyai hati yang ikhlas. Beliau selalu berpesan kepada diri, bila kita susah ada lagi yang susah dari kita. Jika anda semua ingin membantu dan menyumbang dari segi wang ringgit atau barangan keperluan rumah, boleh menghubungi Edy di laman Instagram beliau iaitu @adrianedy7 .



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BERITA #VIRAL

0 Comments