TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL

TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic


Kesihatan mental adalah satu isu yang cukup serius. Saban tahun, bilangan pesakit yang mengalami isu kesihatan mental semakin meningkat dan jika tidak dirawat dari awal, ia boleh membawa kepada masalah lebih teruk. Ini pastinya isu yang cukup membimbangkan ramai pihak ditambah pula dunia sedang berhadapan dengan isu penularan pandemik Covid-19. Tahun yang cukup mencabar dan memberi impak besar kepada kesihatan dan kehidupan sejagat. Ramai yang kehilangan pekerjaan, interaksi sosial yang terbatas, kesihatan minda ramai terjejas, di samping menimbulkan kesan fizikal dan emosi yang ketara.

Sempena Hari Kesihatan Mental Dunia (WMHD), pakar kesihatan tidur AmLife International Sdn. Bhd telah melancarkan acara WMHD bertema “Tidur Lena Demi Kesihatan Mental” meliputi enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan. Acara tersebut, yang diadakan dalam bentuk bengkel secara dalam talian dan fizikal bertujuan mendidik orang ramai tentang isu kesihatan mental khususnya di rantau ini. 


TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic
ELIZABETH HUXTABLEE,PAKAR TERAPI BUNYI BERTAULIAH BERSAMA ENCIK LEW MUN YEE, PENGASAS & PRESIDEN AMLIFE


Tinjauan yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa menjelang 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas sakit jantung. Seorang dalam tiga rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas (29.2 peratus) mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda daripada 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006. Antara belia Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun, satu dalam lima mengalami kemurungan, dua dalam lima dibelenggu keresahan dan satu dalam 10 menghadapi tekanan atau stres.

Mengenai kesejahteraan mental isi rumah Malaysia semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), satu tinjauan kesihatan terbaharu yang dijalankan oleh kumpulan pemikir Malaysia The Centre melibatkan 1084 responden di Malaysia mendapati bahawa:
  • 45% daripada responden melaporkan kesejahteraan minda yang terjejas semasa PKP, dengan tahap keterukan berbeza.
  • 22% melaporkan tahap keresahan pada tahap antara teruk sehingga amat teruk, dengan 20% dan 15% daripada responden melaporkan tahap kemurungan dan tekanan yang serius sehingga amat serius. 
  • Kaum wanita dan mereka yang berusia di bawah 35 tahun melaporkan tahap emosi negatif yang lebih tinggi. Antara 18-26% wanita menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk sehingga amat teruk. 

Menurut Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP), satu bilion orang di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan, dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan. Kemurungan sahaja bakal menjadi beban penyakit utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife berkata tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental kita dan begitu juga sebaliknya. Isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global. Seorang dalam lima orang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh yang demikian, AmLife menekankan pendidikan mengenai tidur, yang merupakan sebahagian daripada falsafah perniagaan kami,” jelas Lew.

AmLife telah melantik Cik Elizabeth Huxtable, Pakar Terapi Bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat) dan Dr Luke Wang, pakar dalam bidang Psikiatrik, Perubatan Tidur dan Geriatrik & Dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan untuk berkongsi maklumat tentang kesihatan mental. 


TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic
DR. LUKE WANG


Dr. Luke berkata, “Seseorang perlu tidur nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental keseluruhan, yang seterusnya menambah baik kesihatan keseluruhan. Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang. Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik menyebabkan Penyakit Alzheimer selain daripada tekanan jangka panjang yang meningkatkan paras glukosa darah, menyebabkan kelemahan metabolisme dan meningkatkan risiko kegemukan, lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan”.


TERAPI BUNYI SOLUSI UNTUK KESIHATAN BADAN

Kajian mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda dan badan. Menurut Elizabeth, terapi bunyi membantu meringankan tahap stres orang ramai, dengan mengurangkan tekanan darah mereka dan membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah dan membolehkan darah mengalir dengan lebih lancar. Setiap organ dan sel dalam badan kita mempunyai frekuensi resonans. Akibat stres, toksin dalam persekitaran dan penyakit akan menyebabkan organ mula menggetarkan frekuensi yang salah, maka getaran bunyi yang memulihkan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih tenang dam santai. 


TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic


Berasaskan pandangan Cik Elizabeth, AmLife telah memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic – teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Haba dan Terapi Kekerapan AmSonic – semuanya dalam bentuk tilam. Terapi Frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan dan menyerasikannya dengan persekitaran semula jadi untuk merehatkan badan, melegakan ketegangan dan memastikan anda tidur lena supaya badan anda boleh pulih dan menikmati manfaat kesihatan. DeepZleep Amsonic kini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong. 


TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic

TIDUR LENA CARA TERBAIK MERAWAT KESIHATAN MENTAL. Tilam DeepZleep Amsonic


Satu kajian oleh Northwestern University School of Medicine mendapati bahawa terapi frekuensi desibel rendah boleh membantu meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik terutamanya bagi warga emas. Pakar kesihatan terbabit percaya fasa tidur lena penting untuk penyepaduan daya ingatan dan proses pemikiran lebih pintar.

Kajian ini mendapati bahawa orang yang tertidur semasa mendengar terapi frekuensi desibel rendah mencatatkan markah ujian tiga kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendengar muzik latar dalam ujian memori pada waktu pagi. Ini bermakna mereka sebenarnya menjadi lebih pintar selepas tidur semalaman.

Jelas Lew, AmLife akan meneruskan misi dan hala tuju perniagaannya untuk memimpin dunia dalam teknologi tidur regeneratif pertama demi kesejahteraan fizikal dan spiritual yang menyeluruh. Pihak AmLife juga berharap agar semua orang boleh mencergaskan semula kesihatan fizikal dan mencerdaskan minda mereka semasa tidur. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my.



#AMLIFE #AMLIFESLEEP #DEEPZLEEP #WORLDMENTALHEALTHDAY2020 #AMLIFEMATTERSMENTALHEALTH #LETSTALKMENTALHEALTH

0 Comments