HARD ROCK HOTEL DESARU COAST PERKENAL PROGRAM SAFE + SOUND

HARD ROCK HOTEL DESARU COAST PERKENAL PROGRAM SAFE + SOUND


Hard Rock Hotel Desaru Coast adalah antara hotel resort bertaraf 5 bintang yang cukup terkenal di Malaysia. Terletak berhampiran Pantai Desaru, Hard Rock Hotel Desaru Coast menjadi antara penginapan pilihan bagi mereka datang bercuti ke Johor. Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan memastikan tetamu dan para pekerja sentiasa dalam keadaan selamat, Hard Rock Hotel Desaru Coast telah melaksanakan program SAFE + SOUND, yang memfokuskan kepada amalan pembersihan yang dipertingkatkan, garis panduan interaksi sosial dan protokol tempat kerja. Program ini dikembangkan oleh pasukan pakar perhotelan dan permainan dengan kerjasama pakar kesihatan dan sanitasi di seluruh dunia, termasuk Ecolab dan NSF. Di bawah piawaian baru yang ditetapkan oleh SAFE + SOUND, Hard Rock Hotel Desaru Coast telah menjalani pemeriksaan ketat dan mendapat 272 mata hasil penilaian secara bebas oleh NSF. 


NSF International adalah sebuah organisasi global bebas melindungi kesihatan manusia dengan dengan menyediakan pembangunan kesihatan awam dan piawaian keselamatan serta menyediakan perkhidmatan pensijilan dan ujian berkaitan. 


HARD ROCK HOTEL DESARU COAST PERKENAL PROGRAM SAFE + SOUND


Program SAFE + SOUND menerapkan tahap keselamatan, pembersihan, dan latihan pekerja tertinggi bermula dari urusan daftar masuk hingga setiap butiran di dalam bilik tamu dan kawasan umum di seluruh kawasan, setiap tumpuan yang tinggi terhadap kebersihan diberikan. Selain itu, warga kerja Hard Rock Hotel Desaru Coast telah dilatih oleh pakar pembersihan Ecolab mengenai prosedur pembasmian kuman yang betul. Protokol SAFE + SOUND merangkumi:

  • Pemeriksaan suhu badan bagi setiap tetamu, pekerja dan vendor sewaktu tiba dipintu masuk
  • Penanda jarak sosial diletakkan sejauh enam kaki (dua meter) di mana garis boleh terbentuk 
  • Pemakaian pelitup muka adalah wajib bagi setiap pekerja 
  • Pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi setiap tetamu hotel di kawasan yang telah ditetapkan seperti di ruang daftar masuk dan lif. 
  • Setiap pintu bilik telah ditandakan SAFE + SOUND semasa ketibaan tetamu 
  • Meningkatkan kekerapan pembersihan dan pembasmian kuman pada permukaan yang kerap disentuh seperti di kawasan awam, bilik mesyuarat, ruang makan dan tandas awam 
  • Sanitasi tangan disediakan di setiap ruang awam dan bilik air 
  • Setiap pekerja wajib mencuci tangan setiap 1 jam. 
  • Pemisah plexiglass diletakkan di kaunter daftar masuk 
  • Prosedur kawalan jangkitan tahap tinggi untuk pengumpulan kain dobi 
  • Perkhidmatan makan di bilik dijalankan secara tanpa sentuhan 
  • Sanitasi setiap bagasi tetamu sebelum memasuki ruang hotel 
  • Bufet layan diri dihentikan buat masa ini 
  • Penjarakan 2 meter setiap orang di kawasan kolam renang dan pantai 


Terletak di wilayah tenggara pantai Malaysia, Hard Rock Hotel Desaru Coast menawarkan variasi tempat penginapan yang cukup bergaya, termasuk Studio Suite, Rock Royalty Suites dan Rock Star Suite. Hotel ini juga turut mempunyai pelbagai jenis hiburan dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk semua golongan usia. Para tetamu boleh mengunjungi Rock Shop ® untuk membeli barangan Hard Rock yang ikonik, sementara peminat sukan kecergasan akan menikmati pengalaman kesihatan Sound Body®, seperti pusat kecergasan Body Rock® yang lengkap, program yoga Rock Om® dalam bilik dan bagi mereka yang ingin bersantai boleh mencuba Rock Spa ® yang menyegarkan. Juga tersedia adalah program kemudahan muzik Sound of Your Stay ®, yang membolehkan para tetamu mengatur suasana dengan pemain dan rakaman vinil percuma atau memukul gitar Fender semasa sesi jamming di dalam bilik. Buat kanak-kanak, mereka dapat menikmati aktiviti menarik di Hard Rock Roxity Kids Club ™. 


HARD ROCK HOTEL DESARU COAST PERKENAL PROGRAM SAFE + SOUND




Bagi anda yang merancang bercuti dan menginap di Hard Rock Hotel Desaru Coast, anda kini tidak perlu khuatir jika anda mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, layari www.hardrockhotels.com/desaru-coast


HARD ROCK HOTEL DESARU COAST PERKENAL PROGRAM SAFE + SOUND


HARD ROCK HOTEL DESARU COAST 
JALAN PANTAI 3, DESARU COAST, 
81930 DESARU, 
JOHOR DARUL TA'ZIM. 


TELEFON: +607-838-8888 


LAMAN FACEBOOK RASMI 


LAMAN INSTAGRAM RASMI 



#HOTEL #HRHDESARUCOAST #HARDROCKHOTEL

0 Comments