KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE

KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


Bagi yang suka memasak, dapur sudah pasti menjadi ruang kegemaran di rumah. Begitu juga saya, minat memasak sudah tertanam sejak muda lagi. Bila berada di dapur, saya seringkali akan pastikan ruang dapur sebagai ruang permainan dan curahan idea kreatif. Bila bicara soal memasak, selain ruang dapur yang selesa, peralatan memasak yang sesuai amat penting bagi memudahkan proses memasak di dapur. Contohnya penggunaan kuali atau periuk yang tahan lasak dan tidak mudah melekat menjadi keutamaan saya. Bukan apa, bila kita memasak kita mahukan hasil yang sempurna, jadi bila kualiti peralatan memasak tidak menepati piawaian, bukan sahaja masakan jadi tidak menarik, mood memasak juga boleh lari!

Ramai juga yang bertanya tentang jenama peralatan memasak kegemaran saya? Ada beberapa jenama yang saya suka, antaranya Jo’s Marble Cookware Set daripada Little Homes. Sebagai info, Little Homes adalah stor dalam talian yang menjual pelbagai produk kelengkapan dapur yang berkualiti dengan harga mampu milik. Kenapa saya suka sangat dengan Jo’s Marble Cookware Set dari Little Homes ini? 


KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


KELEBIHAN LITTLE HOMES JO’S MARBLE COOKWARE

Nak cerita tentang kelebihan Little Homes Jo’s Marble Cookware 5pcs Set memang banyak. Antaranya adalah permukaan periuk disalut (coating) menggunakan raw material iaitu 5 lapisan batu marble bebas lekat supaya ia tidak menghasilkan toksik pada makanan yang dimasak. Salutan batu marble ini menjadikan anda tidak perlu menggunakan minyak ketika memasak kerana ia tidak mudah melekat. Selain itu, ia tahan lama, tahan lasak jika terjatuh ke lantai. Bukan itu sahaja! Little Homes Jo’s Marble Cookware 5pcs Set ini juga menghasilkan peredaran haba yang seragam supaya dapat menjaga nutrisi makanan yang dimasak atau dipanaskan. Malah proses memasak juga lebih cepat kerana periuk ini akan cepat panas, hasil daripada pemanasan seragam ini. Nak cuci menggunakan mesin pencuci pinggan pun tiada masalah! Jika anda membeli Little Homes Jo’s Marble Cookware 5pcs Set ini mengalami kerosakan atau masalah, jangan risau kerana produk mereka mengamalkan 1 TO 1 EXCHANGE POLICY.



TESTIMONI SELEPAS MENGGUNAKAN LITTLE HOMES JO’S MARBLE COOKWARE

Baru-baru ini saya membeli Little Homes Jo’s Marble Cookware 5pcs dan saya amat berpuas hati dengan kualitinya. Ia boleh digunakan pada pelbagai jenis dapur. Permukaan bawah periuk ini juga dihasilkan daripada multi-lapisan agar pemanasan lebih efisien. Masakan saya lebih cepat masak dan rasa masakan juga sedap kerana dimasak dengan sempurna. 


KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


Little Homes Jo’s Marble Cookware 5pcs Set terdiri daripada:

  • JO'S BY LH MARBLE NON-STICK WOK PAN 28CM
            *Diameter: 28cm x Height: 9.5cm 
                *Weight: 1669gram with lid 

KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


  • JO'S BY LH MARBLE NON-STICK FRYING PAN 24CM
            *Diameter: 24 x Height: 4.7cm
                *Weight: 650gram 

KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


  • JO'S BY LH MARBLE NON-STICK SOUP POT 20CM
            *Diameter: 20 x Height: 8.5cm
                *Weight: 1107gram with lid 

KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


  • Glass lid 20cm
  • Glass lid 28cm 



Nak beli dimana? Anda boleh sahaja membeli secara dalam talian samada menerusi Shopee: https://www.shopee.com.my/littlehomes.os atau Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/little-/ . Sejak saya menggunakan set periuk Little Homes Jo’s Marble Cookware ini, ia banyak memudahkan urusan memasak saya. Masak lebih cepat, lebih sihat dan senang untuk dicuci. Bila semuanya mudah, hati pun mestilah gembira! Sesuai dengan slogan mereka iaitu Little Homes, Where Happiness Begins. Anda boleh layari media sosial Little Homes untuk maklumat lanjut. 

Little Homes, Where Happiness Begins! 😍 


KELEBIHAN SET PERIUK MEMASAK LITTLE HOMES JO’S MARBLE


#LittleHomes #JoMarbleNonStickPan #healthycooking #bestcookware #kitchenware #cookware #littlehomeskitchen #jomarble #jomarbleelegant #jomarblecookware #shopfromhome #nonstick #julianaramle #chefwan

0 Comments