RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK


Resipi cucur labu manis sedap dan paling senang nak masak. Musim duduk di rumah ini memang mencurah-curah idea nak masak. Bukan apa, bosan juga asyik terperap dalam rumah tidak kemana-mana. Jadi peluang dan kesempatan yang ada bolehlah saya mengasak bakat memasak. Kali ini saya kongsi resipi cucur labu manis yang sedap (pada tekak saya), lembut dan senang nak buat.
Saya jarang kongsi resipi di blog kerana biasanya saya kongsi momen memasak di media sosial sahaja. Cuma kalau saya kongsi resipi di blog maksudnya saya suka resipi tersebut dan mahu anda cuba sendiri menu yang saya suka masak. Untuk resipi Cucur Labu Manis atau Cekodok Labu Manis ini, tak rancang pun sebenarnya masak pada awalnya. Sedang membeli barang dapur dan ternampak cantik pula kejadian labu manis di rak pasaraya, jadi saya beli. Pada awalnya nak buat pengat labu sahaja tapi macam dah terlalu biasa pengat labu manis. Jadi terhasillah Cucur Labu Manis. Ada baki labu saya simpan untuk buat Kuih Keria Labu pula jadi buat masa ini saya kongsi resipi dan cara memasak Cucur Labu Manis.


RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK


RESIPI CUCUR LABU MANIS

  • ¼ BIJI LABU MANIS (ANGGARAN DALAM 2 CAWAN SETELAH DILENYEK)
  • 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • ½ SUDU KECIL TEPUNG PENAIK (BAKING POWDER)
  • 3-4 SUDU BESAR GULA KASAR
  • SECUBIT GARAM
  • MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA-CARA:
  • Rebus labu manis sehingga lembik
  • Tos dan lenyekkan labu 
  • Masukkan secubit garam
  • Masukkan tepung gandum, tepung penaik dan gula
  • Masukkan labu manis yang telah dipotong dadu (optional)

*Anggaran hidangan: 2-3 orang
* Masa penyediaan: 20 minit




RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Rebus Labu Manis (nak kukus pun boleh)

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Saya potong dadu labu manis untuk masuk dalam adunan (Optional)

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Lenyek sampai halus

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Masukkan tepung gandum, tepung penaik, garam, gula

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Kacau hingga dapat doh yang diingini. Kalau lembik sangat bubuh tepung gandum sikit

RESIPI CUCUR LABU MANIS SEDAP DAN PALING SENANG NAK MASAK
Goreng pada api sederhana


Anda boleh tambah sedikit tepung gandum kalau adunan agak lembik dan pastikan anda rasa dulu samada adunan cukup rasa manis sebelum menggoreng. Kalau anda nak masukkan labu manis yang dipotong dadu pun boleh untuk memberi tekstur pada isi cucur tersebut. Selamat mencuba!





#RESIPI #MASAKAN #CUCURLABUMANIS

0 Comments