VIDEO TERKINI DEMONSTRASI KESELAMATAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG UNIK DAN KREATIF!

VIDEO TERKINI DEMONSTRASI KESELAMATAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG UNIK DAN KREATIF!


Video Demontrasi Keselamatan Syarikat Penerbangan Yang Unik Dan Kreatif | Rindu nak travel? Kalau ditanya kepada kaki travel mestilah jawapannya ya bukan! Kalau kebiasaanya setiap tahun pasti ada sahaja destinasi pilihan yang sudah dimasukkan dalam kalendar. Rindu nak buat perancangan awal seperti kiraan kos, tempah penginapan dan tiket kapal terbang, kaji tempat-tempat menarik yang harus dilawati, belajar peta keretapi, hafal ayat-ayat penting bahasa asing dan banyak lagi! Namun apakan daya, pandemik Covid-19 telah membantutkan perancangan untuk travel dan pusing dunia.


Antara perkara yang saya rindu sewaktu travel adalah proses dari cop passport sehingga menaiki kapal terbang. Rindunya bau ruang kabin kapal terbang, rindu nak makan mi segera di awan biru, rindu tengok pramugari dan pramugara buat demontrasi keselamatan, semua rindu kalau sebut pasal travel ni!


VIDEO TERKINI DEMONSTRASI KESELAMATAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG UNIK DAN KREATIF!


Memandangkan kita masih tidak boleh ke luar negara, jadi bagi mengubat kerinduan nak naik kapal terbang, saya suka melihat video demontrasi keselamatan dari pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia. Jika dulu, para pramugara dan pramugari ditugaskan untuk menunjukkan demontrasi, tetapi kini banyak syarikat penerbangan yang menggunakan medium video sebagai alternatif. Pada saya kaedah ini menarik juga jika video yang dihasilkan sangat kreatif dan yang penting penyampaian mesej berjaya. Pada masa sama, dengan tayangan video keselamatan ini, para krew kabin bolehlah melakukan kerja penting yang lain.


VIDEO TERKINI DEMONSTRASI KESELAMATAN SYARIKAT PENERBANGAN YANG UNIK DAN KREATIF!


Saya senaraikan beberapa video demontrasi keselamatan terbaru dari syarikat penerbangan serata dunia yang pada saya cukup unik, kreatif dan menarik perhatian. Semoga video-video ini dapat mengubat kerinduan kita semua untuk travel. Sama-sama kita doakan yang dunia sudah bebas dari pandemik dan kita bebas untuk travel kembali!


AIR FRANCE



AMERICAN AIRLINES



QATAR AIRWAYS



DELTA AIRLINES



QANTAS 



TURKISH AIRLINES



KOREAN AIR



#TRAVEL

0 Comments