DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU



Dato’ Jamal Abdillah Seri Program Istana Budaya 2021 Dengan Norma Baharu | Sudah lama tidak menyaksikan persembahan di Istana Budaya, pentas seni persembahan berprestij di dunia ini. Sejak pandemk, banyak program yang telah disusun terpaksa ditangguhkan kerana arahan kerjaan untuk tidak membenarkan sebarang majlis acara hiburan diadakan. Kini, peminat dan pastinya pemain industri seni & persembahan tempatan boleh menarik nafas lega setelah kelonggaran diberikan untuk mengadakan sebarang acara namun amalan SOP yang ketat.


Terbaru, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Istana Budaya telah mengadakan majlis pelancaran Program Istana Budaya untuk tahun 2021 Norma Baharu, bertempat di Panggung Sari Istana Budaya baru-baru ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajan Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta diserikan dengan kehadiran beberapa dif kehormat yang lain.


DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU



Antara persembahan yang mencuri tumpuan adalah Konsert Barisan Hadapan DJA Dato’ Jamal Abdillah yang akan dipentaskan pada 29 Julai 2021 sehingga 2 Ogos 2021. Penghibur tersohor Malaysia turut hadir di majlis ini dengan mendendangkan lagu duet Belenggu Rindu kepada tetamu hadir. Majlis pelancaran Istana Budaya 2021 Norma Baharu juga turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan hebat dari penggiat seni tanah air. Pada acara sama, lagu tema Istana Budaya turut diperkenalkan kepada tetamu.



DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU

DATO’ JAMAL ABDILLAH SERI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021 DENGAN NORMA BAHARU



SENARAI PROGRAM ISTANA BUDAYA 2021


Sebanyak 24 persembahan telah dipilih sebagai pengisian program Istana Budaya 2021 antaranya Teater Bangsawan Raja Bersiong, Festival Gamelan Gema Gangsa, Konsert Tanah Airku bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan banyak lagi. Disamping itu, Program Lawatan Berpandu (PLB) akan diteruskan melibatkan konsert Colours of Malaysia dan NSO Lambang Sari Series.



Program kalendar Istana Budaya untuk tahun 2021.

Program kalendar Istana Budaya untuk tahun 2021.



Tidak dilupakan penglibatan produksi luar dimana tahun ini menyaksikan konsert 4GS yang menampilkan Akim, Hazama, Black Hanifah dan Tomok, Teater Sengkela Perak daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan konsert Barisan Hadapan DJA.



Program kalendar Istana Budaya untuk tahun 2021.

Program kalendar Istana Budaya untuk tahun 2021.



Jadual program Istana Budaya 2021 adalah seperti dibawah:


  • NSO LAMBANG SARI SERIES (8 APRIL, 17 JUN, 30 SEPT, 14 OKT, 2 DIS)
  • COLORS OF MALAYSIA (27 MEI, 24 JUN, 9 SEPT, 25 NOV, 9 DIS)
  • FESTIVAL GAMELAN GEMA GANGSA (11-13 JUN 2021)
  • KONSERT 4GS (2-3 JULAI 2021)
  • TEATER BANGSAWAN RAJA BERSIONG (15-17 JULAI 2021)
  • KONSERT BARISAN HADAPAN DJA DATO’ JAMAL ABDILLAH (29 JULAI – 2 OGOS 2021)
  • WAYANG BERSAMA ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA (13-15 OGOS 2021)
  • KONSERT PATRIOTIK TANAH AIRKU (21 OGOS 2021)
  • TEATER MUZIKAL JALAN SEHALA (3-5 SEPTEMBER 2021)
  • GENIUS SENI MUZIK 10TH ANNIVERSARY CONCERT (18 SEPTEMBER 2021)
  • KONSERT ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA (OTM) IRAMA MALAYSIA (24-25 SEPTEMBER 2021)
  • ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN (OSK) BERSAMA BINTANG (30 OKT0BER 2021)
  • DRAMATARI BAKAWALI (10-14 NOVEMBER 2021)
  • GENIUS SENI MUZIK SHOWCASE (18 DISEMBER 2021)
  • SENGKELA PERAK (23-25 DISEMBER 2021)


Pemilihan program Istana Budaya 2021 yang mengangkat tema Keunggulan Seni Persembahan ini dilaksanakan dengan objektif dan misi untuk menyemarakkan semula industry seni persembahan yang terkesan teruk akibat Covid-19. Pada masa sama, ia dapat membantu menyerikan kembali aktiviti kesenian di Kuala Lumpur yang menjadi hab budaya pelancongan negara. Pada acara sama, turut diperkenalkan adalah saluran Youtube rasmi Istana Budaya.



Program kalendar Istana Budaya untuk tahun 2021.




Jadi kepada anda yang rindukan persembahan di Istana Budaya, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesemua program menarik yang telah disediakan sepanjang tahun 2021 ini. Pastikan anda mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa berada di dalam Istana Budaya. Layari www.istanabudaya.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

IKUTI ISTANA BUDAYA DI FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE





#ISTANABUDAYA #HIBURAN #SENI #TEATER

0 Comments