CHEF JOE TUNJUK CARA MASAK KETUPAT GORENG SEMPENA SIARAN LANGSUNG MALAYSIAN HERITAGE CUISINE SECARA GLOBAL

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine



Chef Joe Tunjuk Cara Masak Ketupat Goreng Sempena Siaran Langsung Malaysian Heritage Cuisine Secara Global |
Malaysia sememangnya bertuah kerana kepelbagaian kaum di negara ini menjadikan ia kaya dengan budaya dan makanan tradisi. Variasi sajian tempatan yang enak dan lazat menjadikan Malaysia dilabel sebagai syurga makanan! Bak kata orang, cara terbaik mahu memikat hati suami adalah menerusi makanan yang dimasak si isteri. Jadi, masakan sajian tradisi Malaysia menjadi medium terbaik untuk menawan hati pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia. Sebab itu, kita sering melihat chef terkenal tanah air sering berkunjung ke negara luar dan membuat demonstrasi makanan tempatan sebagai cara mempromosi Malaysia di mata dunia.



MAFI DAN MASTERS OF MALAYSIAN CUISINE (MOMC) JALIN KERJASAMA

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) menjalin kerjasama bersama kumpulan Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) untuk mempromosi sajian Malaysia menggunakan produk tempatan sepenuhnya menerusi siaran langsung demonstrasi masakan secara global. Acara ini telah diadakan selama 4 hari bermula 27 Mac 2021 hingga 30 Mac 2021 secara maya menerusi 8 panggilan video merentasi 5 bandar iaitu Sydney, Dubai, United Kingdom, Afrika Selatan dan Kuala Lumpur. Saya berpeluang menyaksikan sesi yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan pencipta kandungan terkenal, Mark O’dea.



Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine




Bertempat di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel, acara di Kuala Lumpur telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 29 Mac 2021 dan 30 Mac 2021. Namun saya hanya berkesempatan hadir pada hari kedua. Hari Kedua menyaksikan Chef Johari Edrus atau terkenal dengan nama Chef Joe dan Chef Bob Adnin menunjukkan resipi masing-masing.


Sesi dimulakan dengan demontrasi masakan resipi Ketupat Goreng oleh chef terkenal yang juga merupakan bekas juri Masterchef Malaysia, Chef Joe.

Selesai sesi bersama chef Joe, Chef Bob Adnin pula mengambil alih sesi demonstrasi dengan menunjukkan cara memasak Kerutuk Itik Salai. Kesemua bahan yang digunakan adalah daripada produk dan bahan-bahan tempatan.




Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine

Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) anjur acara demontrasi makanan Malaysian Heritage Cuisine




Objektif utama kolaborasi diantara MAFI dan MOMC adalah untuk memberitahu bahawa bahan-bahan masakan dari Malaysia mudah didapati disetiap pelusuk dunia. Pada masa sama, dengan kecanggihan teknologi masakini, sedikit sebanyak program ini memudahkan promosi sajian tradisi tempatan secara global dikala sempadan negara masih ditutup akibat wabak Covid-19.


Program Malaysian Heritage Cuisine ini turut dijayakan oleh ramai pakar sajian Malaysia seperti Zaleha Olpin, Jackie M, Dave Murugaya, Rene Juefri, Debbie Teoh dan Chef Liam Ghani dan telah dipancarkan di setiap saluran MOMC termasuk laman sesawang www.malaysianchefs.com , Facebook, Youtube dan Twitch serta melibatkan media sosial MAFI.

IKUTI MALAYSIAN CHEFS DI FACEBOOK | INSTAGRAM




#MYHeritageCuisine #MAFI_MOMC

0 Comments