PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR | Bulan Ramadan bulan mulia! Sedar tak sedar kita sudah menganjak ke tahun 2021 dan sekaligus Ramadan akan menghampiri kita. Pasti ramai yang cukup teruja meraikan bulan puasa kali ini walaupun kita masih dibelenggu pandemik Covid-19. Walau apa pun, kehidupan harus diteruskan dan kita harus berjuang bersama-sama membanteras musuh utama dunia dikala ini. Sebut tentang Ramadan, sudah pasti anda terbayangkan bufet Ramadan bukan? Antara perkara yang saya sendiri looking forward setiap kali tibanya bulan Ramadan. Sudah memilih bufet Ramadan mana hendak diterjah tahun ini? Jika anda masih buntu mencari lokasi menarik meraikan Ramadan, barangkali Dorsett Hartamas Kuala Lumpur bakal menarik perhatian anda.



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Sebagai info, saya pernah menginap di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sebelum ini dan saya harus katakan bahawa Dorsett Hartamas Kuala Lumpur antara hotel kegemaran saya di Kuala Lumpur ini. Anda boleh ikuti review peribadi mengenai penginapan saya di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur DISINI.




BERBUKA PUASA DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Buat pertama kalinya, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur menawarkan sajian berbuka puasa kepada pengunjung sejak pembukaan rasmi mereka pada 8 Ogos 2018. Ramadan tahun ini, anda boleh merasai pengalaman berbuka puasa dengan menikmati set Rasa Rasa Briyani bertempat di restoran dalam hotel, Table Talk. Apa yang menarik tentang Set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur sepanjang Ramadan 2021 ini?



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Semua sedia maklum bahawa Nasi Beriani begitu sinonim dalam masyarakat Melayu. Selain itu, menu ini menjadi antara menu wajib ada di kedai mamak. Bagi memberi kelainan, Chef Ahmad bersama pasukannya membawakan Nasi Beriani Batu Pahat, Johor kepada pengunjung. Sudah pasti Nasi Beriani Batu Pahat berbeza dengan Nasi Beriani yang lain. Setelah mencuba, apa yang saya dapat katakan Nasi Beriani Batu Pahat tidak terlalu berempah berbanding dengan Nasi Beriani Mamak. Tekstur nasi yang cukup peroi dan ringan sehinggakan anda boleh nampak deraian satu persatu nasi beriani ini. Senang kata, cukup rasa! Malah saya diberitahu, rempah ratus untuk pembuatan Nasi Beriani Batu Pahat ini diambil terus dari Batu Pahat bagi mengekalkan kualiti rasa asli.



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur ditawarkan kepada anda bermula 13 April 2021 sehingga 10 Mei 2021 dan menariknya set ini adalah untuk santapan 2 orang serta setiap set didatangkan bersama sayur Dalca, Acar Rampai, Papadom, Telur Rebus, Buah Kurma, 2 jenis kuih-muih, pudding jeli, koktail buah-buahan, Bubur Kacang Hijau dan Air Bandung Selasih. Pilihan Set Rasa Rasa Briyani yang ditawarkan adalah:

  • SET BERIANI AYAM (RM68 NET)
  • SET BERIANI LEMBU/KAMBING (RM88 NET)


PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Sudah terliur dan tidak sabar untuk menikmati set Rasa Rasa Briyani Dorsett Hartamas Kuala Lumpur Ramadan ini? Berita baik! Anda boleh nikmati potongan harga RM10 untuk pembelian baucar awal iaitu dari 22 Mac 2021 sehingga 13 April 2021. Selain berbuka puasa di restoran Table Talk, set Rasa Rasa Briyani ini tersedia untuk bawa-pulang dan penghantaran ke rumah.




PROMOSI PENGINAPAN DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR SEPANJANG RAMADAN 2021

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Mencipta kelainan, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur turut menawarkan promosi penginapan istimewa, Semarak d’Hartamas sepanjang bulan Ramadan 2021. Ini pastinya tawaran yang anda tidak harus lepaskan kerana jarang sekali hotel menawarkan harga istimewa sepanjang Ramadan. Jadi sekurang-kurangnya anda dapat merehatkan diri dengan bersantai di dalam bilik.



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Harga yang ditawarkan sempena promosi Semarak d’Hartamas Cuma RM336 net untuk penginapan 2 malam termasuk welcome drink untuk dua orang bertempat di restoran Imperial Chakri Palace Skyview di aras 27, 1 set berbuka puasa Rasa Rasa Briyani, 2 kali set Sahur dengan pilihan Nasi Lemak, Bubur atau American Breakfast dimana anda perlu mengambil sendiri di restoran Table Talk bermula dari jam 4 pagi hingga 5 pagi. Menarik bukan! Promosi Semarak d’Hartamas boleh ditempah bermula 1 April 2021 sehingga 10 Mei 2021 untuk penginapan antara 13 April 2021 hingga 10 Mei 2021. Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi +603 6209 8888 atau emel ke sales.hartamas@dorsetthotels.com sekarang!



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR

PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR



Secara peribadi, promosi Ramadan 2021 Dorsett Hartamas Kuala Lumpur adalah berbaloi untuk anda nikmati. Dalam masa kebanyakan hotel menawarkan pilihan bufet, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur membawa kelainan dengan tawaran set Rasa Rasa Briyani dan juga penginapan Semarak d’Hartamas pada harga mampu milik. Ambil peluang dan rasai sendiri penginapan di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur kerana saya sendiri sudah merasainya dan saya jatuh cinta! Layari https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-hartamas-kuala-lumpur/index.html untuk maklumat lanjut. Selamat berpuasa!


IKUTI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR DI FACEBOOK | INSTAGRAM



PROMOSI RAMADAN 2021 DI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR


LOKASI DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR
D-G-08, PLAZA DAMAS 3,
NO. 63, JALAN SRI HARTAMAS 1,
TAMAN SRI HARTAMAS,
50480 KUALA LUMPUR.



#DORSETTHARTAMAS #DORSETTHOTELS #RAMADAN2021

0 Comments