GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Giant Malaysia Kini Berwajah Baru | Sebut tentang Giant, pasti ramai mengenali jenama pasar raya yang satu ini. Bermula pada 1944 dengan hanya membuka kedai runcit di Kuala Lumpur, kemudiannya pada tahun 1982, pasar raya besar Giant pertama dibuka di Kelana Jaya Selangor, kini Giant telah menjadi salah satu peneraju peruncit makanan terbesar di Malaysia. Sedar tak sedar sudah lama Giant bertapak dalam industri untuk memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Bagi memberi kelainan seiring dengan arus semasa, Giant melancarkan logo terbaru dengan rekaan lebih moden dan segar serta perubahan susun atur dalaman premis yang serba baru.



GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Saya sempat hadir di acara pelancaran logo baru Giant bertempat di pasar raya besar Giant Kota Damansara baru-baru ini. Acara perasmian logo baru Giant telah disempurnakan bersama Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar selaku Lembaga Pengarah GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Mr. Chris Bush selaku Ketua Pegawai Eksekutif Dairy Farm untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara dan Puan Rossana Annizah selaku Pengerusi Jardines Matheson Country dan pasukan kepimpinan Giant Malaysia.


Sebagai info, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Dairy Farm International yang mengendalikan rangkaian pasar raya besar Giant dan juga rangkaian pasar raya antaranya TMC, Cold Storage, Mercato dan Giant Mini.




APA YANG MENARIK TENTANG PASAR RAYA 'BARU' GIANT?


Seiring dengan peredaran masa, pasar raya Giant sentiasa cuba memberikan apa yang pelanggan mahukan dan hasil kajian yang telah dibuat mendapati bahawa perkara yang menjadi keutamaan pelanggan adalah produk segar dan berkualiti pada harga berpatutan serta pengalaman positif ketika membeli-belah di dalam Giant. Jadi selain logo baru, beberapa perubahan juga kepada produk dan perkhidmatan telah dibuat dengan mengambil kira permintaan pelanggan. Antaranya adalah:

KESEGARAN DIJAMIN (FRESHNESS PROMISE)

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Sejak awal tahun 2000 lagi, Giant telah menjadi pilihan ramai sebagai peneraju harga terendah di Malaysia. Malah Giant juga telah menerima pengiktirafan Kedai Harga Patut pada 2016 oleh Kemeterian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia atas inisiatif memberikan kualiti, nilai dan perkhidmatan pada harga berpatutan kepada pengguna.


Bagi terus mendapatkan keyakinan orang ramai, Giant kekal komited menawarkan produk segar pada harga mampu milik menerusi kerjasama rapat dengan pengedar, penternak dan nelayan supaya pengguna dapat menikmati barangan segar dan berkualiti sepanjang masa. Jaminan 100% pulang wang tunai diberikan jika pengguna tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli di Giant.




RANGKAIAN PRODUK BARU (NEW RANGE)

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Lebih 2 ribu produk baru dibawa masuk di Giant Malaysia merangkumi barangan dapur, produk segar dan kelengkapan rumah.




ZON RINGGIT (RINGGIT ZONE)

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Zon istimewa dimana anda boleh berbelanja dan mendapatkan pelbagai produk seperti snek makanan, penjagaan diri dan barangan kelengkapan dapur pada harga murah. Zon ini terbahagi kepada produk bernilai bermula RM1 sehingga RM50 dan paling menarik perhatian adalah Zon RM3!




WORLD OF FOOD

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Giant turut menyediakan sudut khas produk dari luar negara dengan kemas kini variasi produk makanan import pada harga berpatutan antaranya dari New Zealand, Australia dan Thailand.



STOR-DALAM-STOR (STORE-IN-STORE

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Giant turut mewujudkan sudut sehenti stor Guardian di dalam rangkaian pasar raya Giant terpilih dimana anda boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dari Guardian di dalam pasar raya Giant. Menjelang penghujung April 2021, sebanyak 35 rangkaian pasar raya Giant akan membawa masuk stor-dalam-stor Guardian untuk kemudahan pelanggan.



TAWARAN BERNILAI (VALUE DEALS)

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Bagi memberi lebih keseronokan berbelanja kepada pelanggan, Giant turut menawarkan variasi produk pada harga mampu milik dengan promosi diskaun diskaun sehingga 50%. Anda hanya perlu mencari bahagian bertanda PROMOSI dan nikmati produk berkualiti pada harga murah.



PERKHIDMATAN DIJAMIN (SERVICE PROMISE)

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Salah satu usaha berterusan Giant adalah sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Maka, dengan jaminan yang diberikan oleh Giant, para pelanggan tidak perlu menunggu lama di kaunter bayaran kerana Giant akan memastikan proses pembayaran yang efisen dan pantas. Malah Giant juga akan menawarkan mod pembayaran secara e-wallet seperti Touch ‘n Go dan Boost untuk kemudahan para pelanggan setia.




JENAMA MEADOWS TURUT DILANCARKAN DI GIANT

GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!




Syarikat Dairy Farm turut memperkenalkan jenama Meadows yang merupakan jenama label sendiri dimana Meadows menawarkan produk makanan berkualiti dari serata dunia pada harga mampu milik dan lebih kurang berbanding produk pesaing. Sehingga kini, lebih 240 produk Meadows diterima baik oleh pengguna dan sebanyak 210 produk baru Meadows bakal diperkenalkan kepada umum pada tahun hadapan.



GIANT MINI JUGA DIPERKENALKAN

Seiring dengan pelancarang logo dan konsep baru pasar raya Giant, turut diperkenalkan adalah rangkaian premis kedai runcit Giant Mini dimana selain pembukaan premis baru, Giant Mini turut menggantikan kedai G Ekspress dan ShopMart dalam masa terdekat.



GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



Tidak dinafikan, Giant adalah salah satu jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Jenama peruncitan terkenal ini sering memberi tawaran harga murah dan pada masa sama memberi jaminan kualiti kepada setiap produk yang diitawarkan kepada pelanggan. Dengan pelancaran logo dan konsep baru Giant ini dapat memberi pengalaman lebih menarik kepada pelanggan. Jadi, apa tunggu lagi! Mari kita beramai-ramai serbu pasar raya Giant berhampiran! Layari www.giant.com.my untuk mendapatkan informasi lanjut.


IKUTI GIANT MALAYSIA DI FACEBOOK | INSTAGRAM



GIANT MALAYSIA KINI BERWAJAH BARU!



#GIANTMY #NEWGIANTREBRAND #ACARA

0 Comments