PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU

PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction) – Apa Yang Anda Patut Tahu | Merokok. Satu tabiat yang sehingga kini masih menjadi perbualan hangat di seluruh dunia. Umum mengetahui bahawa tabiat merokok menjadi antara penyumbang terbesar kepada masalah kesihatan, namun masih ramai perokok diluar sana yang tidak ambil peduli mengenai kesan dan akibatnya. Ngeri tapi realiti, dianggarkan 27,000 rakyat Malaysia dilaporkan mati akibat tabiat merokok walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan kerajaan bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya merokok. Laporan juga mendedahkan dalam tempoh tujuh tahun, seramai 73,836 perokok menyertai program berhenti merokok di negara ini tetapi hanya 16,930 atau 23 peratus individu berhenti daripada kegiatan berkenaan dalam tempoh enam bulan.

Iya, merokok adalah memudaratkan, namun tahukah anda bahaya merokok bukan lah daripada rasa tembakau yang disedut, tetapi masalah terbesar adalah daripada asap rokok yang tercetus daripada proses pembakaran. Kenapa pula? Ini kerana menerusi pembakaran rokok dan tembakau akan menyebarkan asap yang mengandungi bahan kimia berbahaya di persekitaraan dan ini boleh menyumbang kepada beberapa penyakit antaranya kanser paru-paru dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Jika tidak dibendung, ia boleh membawa maut. Antara inisiatif yang semakin popular dilaksanakan di seluruh dunia adalah Pengurangan Kemudaratan Tembakau atau Tobacco Harm Reduction.



PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION)

PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Pengurangan kemudaratan tembakau merupakan satu pendekatan semakin popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif yang kurang mudarat. Menerusi pendekatan ini, ia menekankan kepada peralihan dari menghisap rokok tembakau kepada produk yang kurang mudarat seperti vape, e-rokok atau produk heat-not-burn.



KESAN ASAP PEMBAKARAN ROKOK

PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Kempen kesedaran bahaya merokok seringkali menjadi acara tahunan di serata dunia. Ia tidak lain hanya untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya dan kesan kepada tubuh badan. Tahukan anda bahawa pembakaran asap daripada rokok tembakau ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada di perokok, malah kesan sama dapat dirasai oleh mereka yang berada di persekitaraan. Perokok boleh dikategori kepada aktif, pasif dan juga perokok tangan ketiga (third hand smoker).

Perokok aktif merujuk kepada perokok itu sendiri, manakala perokok pasif adalah mereka yang menghirup asap rokok hasil daripada hembusan perokok. Bagi perokok tangan ketiga atau third hand smoker adalah golongan yang menghirup ‘asap ketiga’ iaitu sisa-sisa partikel rokok, seperti nikotin dan tar yang melekat di persekitaraan tempat perokok merokok. Ia biasanya akan melekat di pakaian, rambut, langsir, dalam kereta atau alat permainan. Lagi parah, sisa asap rokok yang dikenali sebagai asap rokok basi ini mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci.



APAKAH ASAP ROKOK BASI?

PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Asap rokok basi adalah asap rokok yang keluar dari hujung rokok yang dibakar dan ditambah dengan asap yang dihembus oleh perokok ke persekitaran. Tahukan anda bahawa menghidu asap rokok basi adalah sama resiko bahayanya seperti menghisap rokok. Sebuah laporan daripada US Surgeon – General 2010 telah menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 7000 bahan kimia di dalam asap rokok dimana sekurang-kurangnya 250 daripadanya adalah berbahaya serta 50 jenis telah dikenalpasti penyebab kanser. Antaranya bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok termasuk formaldehid (digunakan untuk mengawet mayat), cadmium (digunakan dalam membuat bateri), arsenik, karbon monoksida (terdapat dalam asap ekzos kenderaan), hidrogen sianida, ammonia, butane (digunakan dalam cecair pemetik api), dan toluene (terdapat dalam pelarut cat).

Sebagai contoh, jika anda menyedut asap rokok basi, anda seolah-olah menghisap sejumlah beberapa batang rokok dalam situasi-situasi berikut:
  • 1 jam di dalam bilik bersama dengan seorang yang sedang merokok = 3 batang rokok
  • 2 jam berada di ruang merokok di restoran = 1.5 batang rokok
  • 8 jam berada di dalam kawasan pejabat yang membenarkan merokok = 1.6 batang rokok
  • 24 jam berada dalam suasana pejabat yang membenarkan merokok = 6 batang rokok
  • 2 jam dalam sebuah bar yang dipenuhi asap rokok = 4 batang rokok
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati bahawa asap rokok mengandungi lebih banyak bahan-bahan beracun seperti nikotin, formaldehid, agen penyebab kanser dan benzena berbanding dengan asap utama yang disedut oleh perokok. Lebih daripada 600,000 orang mati setiap tahun akibat pendedahan kepada asap rokok basi. Pada orang dewasa, asap rokok basi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan pernafasan yang serius termasuk masalah koronari jantung dan kanser paru-paru. Pada bayi pula, ianya boleh menyebab kematian mengejut manakala pada wanita hamil, ianya boleh menyebab kelahiran bayi yang mempunyai berat badan rendah.



ALTENATIF KEPADA PEMBAKARAN ASAP

PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Mahu paksa perokok berhenti merokok? Anda seperti menempah maut! Bukan mudah untuk kita menyekat tabiat seseorang yang sudah lama sebati dalam diri. Namun, ia tidaklah mustahil untuk kita bantu golongan ini untuk mengurangkan aktiviti pembakaran. Antaranya dengan mencadangkan alternatif seperti produk heat-not-burn, vape atau e-rokok kerana ia tidak menjalankan proses pembakaran, sekadar penghasilan wap sahaja. Jadi secara tidak langsung, hembusan asap berbahaya dapat dikurangkan.



PERSOALANNYA, MEROKOK ATAU TIDAK?

Soalan ini cukup sukar untuk dijawab jika diajukan kepada perokok khususnya mereka yang berada dalam kategori tegar. Hakikatnya kesan pembakaran ini bukan sahaja kepada perokok tetapi perokok pasif juga mengalami kesan sama. Namun bak kata peribahasa, alah bisa tegal biasa. Jika anda ada iltizam dan usaha, pasti anda mampu melakukannya bukan? Anda mungkin seronok menikmati setiap sedutan dan hembusan asap rokok, namun anda tidak sedar mereka yang berada disekeliling seperti keluarga boleh mendapat padah kesan dari tabiat ini.


PENGURANGAN KEMUDARATAN TEMBAKAU (TOBACCO HARM REDUCTION) – APA YANG ANDA PATUT TAHU


Sistem sokongan dari mereka yang rapat dengan perokok amat membantu dalam memupuk kesedaran bahaya pembakaran asap rokok ini. Mungkin teguran secara agresif bukan pilihan yang tepat, maka kita boleh ‘basuh’ minda perokok ini dengan cara ilmiah. Banyak informasi yang berguna tentang bahaya asap rokok yang anda boleh perolehi daripada pelbagai sumber antaranya seperti melayari https://haahub.com.my . Jom berhenti merokok!

IKUTI HARM AWARENESS ASSOCIATION DI FACEBOOK | INSTAGRAM


RUJUKAN:


#TOBACCOHARMREDUCTION

0 Comments