AN INTIMATE EVENING WITH KATHY IBRAHIM SHOWCASE AT BOBO KL BUKTI OTAI MASIH BERBISA!


Siapa yang tidak mengenali dengan figura bernama Dato’ Khadijah Ibrahim ini. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu hits beliau seperti Ku Pendam Sebuah Duka, Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Ku ingin Lari, Ku Gembira Di Samping Mu dan banyak lagi. Malah lagu duet beliau bersama Dato’ Ramli Sarip, Doa Buat Kekasih masih kekal malar segar sehingga kini. Beliau bukan sahaja terkenal dengan kemantapan vokal nya yang husky, malah beliau cukup disenangi oleh peminat nya dengan sikap ramah dan mesra. Untuk pengetahuan semua, pemilik restoran Khadijah’s Kitchen ini pernah merakamkan sebuah album Inggeris pada tahun 1981 yang diberi judul Everyday Girl. Banyak juga lagu hits yang terkandung dalam album ini seperti Everyday Girl, Memories, The Closer I Get To You, Should I Do It dan banyak lagi. Beliau adalah antara penyanyi Malaysia pada era itu yang mampu menyanyikan lagu Inggeris dengan baik dan memiliki album penuh dalam Bahasa Inggeris. Hebat bukan!

Pada 1 Julai 2017 telah berlangsung satu mini showcase beliau di restoran terkemuka Bobo KL. Showcase yang diberi judul AN INTIMATE EVENING WITH KATHY IBRAHIM ini merupakan buah tangan Dato’ Kathy kepada peminatnya yang sangat merindukan live performance dari beliau. Showcase ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai namun saya berkesempatan hadir pada hari kedua sahaja kerana sibuk bercuti raya. Kehadiran saya bersama dua orang teman ke showcase ini adalah sebagai memberi sokongan padu kepada beliau. Lagipun kami dah lama rindukan persembahan sebegini dari beliau. Kali terakhir kami menonton show beliau adalah ketika konsert amal MUZIK 4 HUMANITY di Istana Budaya pada bulan Mac yang lalu.

Sean Ghazi sebagai emcee













Selama hampir 2 jam, tetamu yang hadir dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu malar segar antaranya Everyday Girl, Ku Pendam Sebuah Duka, Getaran Jiwa dan banyak lagi. Malah beliau turut menjemput tetamu yang sporting untuk naik ke pentas menyanyi bersama beliau. Dato’ Kathy turut berduet bersama Sean Ghazi dan Ida Mariana pada malam itu. Aksi beliau yang suka menyakat penonton sememangnya mencuit hati. Sesungguhnya 2 jam masih tidak puas menyaksikan persembahan beliau.

Sean Ghazy dan Dato' Kathy berduet

tetamu ini peminat tegar Dato' Kathy

Ida Mariana turut berduet bersama

my friend, Joe turut dipanggil menyanyi bersama

Saya cukup terperanjat kerana ruang acara ini penuh dengan tetamu yang rata-ratanya adalah warga asing. Ini membuktikan bahawa bakat penghibur seperti Dato’ Kathy masih dihargai oleh penggemar muzik dari segenap lapis masyarakat yang menghargai true talent! Bagi saya showcase ini benar-benar berjaya kerana dengan crowd yang penuh memenuhi setiap ruang, persembahan Dato’ Kathy tetap bertenaga walaupun saya dimaklumkan kesihatan beliau kurang baik pada hari itu. Dato’ Kathy sememangnya layak digelar International Performer.



me and Dato' Kathy





me and Sean Ghazi

Banyak lagi persembahan hebat yang anda boleh saksikan di Bobo KL. Anda boleh layari Instagram atau Facebook Rasmi Bobo KL untuk mendapatkan kalendar showcase yang dijalankan.

FACEBOOK RASMI BOBO KL

INSTAGRAM RASMI BOBO KL


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KHADIJAHIBRAHIM #BOBOKL #SHOWCASE




3 Comments

  1. An enjoyable evening...just love Dato Kathy so much..

    ReplyDelete
  2. tengok dekat Insta story awak, memang best suara Dato Kathy :D

    ReplyDelete