SESI MEET AND GREET DHANY KATAHATI PENYANYI LAGU TRUE LOVE – OST FILEM PENDEK KEMPEN RAYA NAELOFAR HIJAB 2017


Bagi anda yang mengikuti perkembangan produk Naelofar Hijab oleh artis terkemuka Malaysia Neelofa, sudah pasti anda sedia maklum akan kempen yang selalu dijalankan bagi mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh Neelofa melalui syarikatnya, NH Prima International Sdn. Bhd. Selain dari produk tudung, Neelofa juga turut mengeluarkan produk seperti minyak wangi dan beg tangan. Pelbagai kempen khas yang dijalankan bagi mempromosikan produk nya dan yang terbaru adalah Kempen NH Raya 2017.

Menariknya kempen ini adalah pihak Neelofa telah menerbitkan satu filem pendek yang diberi judul TRUE LOVE. Filem ini menampilkan Neelofa sendiri bergandingan dengan aktor kacak dari Indonesia, Miller Khan sebagai teraju utama. Pastinya sebuah filem itu tidak lengkap tanpa lagu tema. Buat pertama kalinya, Neelofa telah mengundang penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Dhany dari kumpulan Katahati untuk menjadi pelantun lagu tema filem ini. Lagu berjudul TRUE LOVE ini adalah hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Istimewanya lagu ini Neelofa turut terlibat sebagai Penerbit Eksekutif. Lagu True Love ini diedarkan oleh InDigital Sdn. Bhd.

Saya bersama beberapa teman blogger lain cukup bertuah kerana diberi kesempatan bagi mengenali dengan lebih rapat dengan Dhany dan Arie dari kumpulan Katahati. Terima kasih kepada pihak Indigital Sdn. Bhd. atas peluang emas ini. Kumpulan Katahati ini adalah sebuah band dimana Dhany (Kata) sebagai vocalist dan Arie (Hati) sebagai keyboardist. Bila ditanya bagaimana boleh terlibat secara langsung dalam projek ini, Dhany memberitahu bahawa semuanya bermula apabila beliau telah dipilih sendiri oleh pihak Neelofa disebabkan oleh keunikan vokal beliau yang husky. Kalau diamati, suara beliau adalah seperti gabungan Cakra Khan, Judika dan Firman AF2014.

Dhany (kiri) dan Arie (kanan)

cik Momi kita beraksi






Kata Dhany, pada awal penglibatan beliau dalam lagu True Love ini, beliau tidak mengetahui langsung bahawa nama Neelofa sangat besar di Malaysia. Beliau cukup bertuah kerana berjaya menawan hati Neelofa menjadi penyanyi tema lagu filem pendek TRUE LOVE ini. Bukan senang ya kerana Neelofa adalah seorang yang cukup perfectionist. Katanya Neelofa turut tertarik dengan suara Dhany melantunkan lagu untuk OST drama Suri Hati Mr Pilot, Wahai Kekasih.








Sedikit sejarah mengenai Dhany dan Arie dari Katahati. Mereka berdua memulakan karier bersama sejak tahun 2014. Arie sebenarnya adalah komposer yang mencipta lagu Ku Tak Sanggup oleh Krisdayanti dan Bilang Saja oleh Agnes Monica. Malah lagu Bilang Saja pernah dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di sebuah acara anugerah di Indonesia. Anuar Zain juga pernah menggunakan khidmat Arie sebagai komposer untuk album beliau sebelum ini. Dengar khabar penyanyi Min Yasmin juga ada menggunakan khidmat Arie untuk single terbaru beliau.

Bagi Dhany pula, beliau yang berasal dari Bogor adalah bapa kepada 2 orang anak ini menggemari muzik pop rock. Beliau seringkali mengadakan persembahan di kelab-kelab sekitar Indonesia sebelum ini. Malah beliau pernah menyertai sebuah pertandingan nyanyian di Singapura. Memulakan karier sebagai penyanyi secara serius seawall 23 tahun dan pernah diberi jolokan JUDIKA BOGOR, kini pada usia 30 tahun karier muzik beliau berada di landasan yang betul.

blogger hebat bersama penyanyi hebat!

Kepada penggemar muzik terutamanya dari seberang, ini adalah penyanyi yang harus diberi perhatian untuk tahun 2017. Saksikan video rasmi lagu True Love untuk OST Kempen Raya 2017 Naelofar Hijab.









LIRIK LAGU TRUE LOVE

Malam-malam ku tanpamu
Dingin sejuk ku terasa
Disini harum mu mewangi
Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NHTRUELOVE #NHRAYACAMPAIGN2017 #TRUELOVE

1 Comments

  1. eh ada muka kita hahaha. btw, Dhany nyanyi memang best. :D

    ReplyDelete