PEDULI INSAN DAN INTEAM SERTAI #CABARAN12JAMSYRIA SEMPENA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

PEDULI INSAN DAN INTEAM SERTAI #CABARAN12JAMSYRIA SEMPENA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

Peduli Insan Dan Inteam Sertai #CABARAN12JAMSYRIA Sempena Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria | Malaysia adalah antara negara di dunia yang cukup aktif menggerakkan misi bantuan kemanusian di negara Islam bergolak seperti Syria. Menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebagai tanda sokongan kepada misi keamanan dan kemanusiaan sejagat. Antara NGO yang giat menyalurkan bantuan adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan). Terbaru, ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Inteam yang juga merupakan kumpulan nasyid negara telah bertolak ke Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10.

Kumpulan nasyid Inteam yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril juga akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Febuari 2022 di mana mereka akan mencabar diri dengan tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria dan merasai sendiri suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana.

“Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) dan Inteam untuk berkongsi secara telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria.” Ujar Syahril merangkap ketua kumpulan Inteam.

“Cabaran ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam dan cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000.” tambah beliau lagi.

https://www.facebook.com/officialinteam/videos/1571230963251010/

Ditanya mengenai ke mana dana ini akan disalurkan, Hazamin menjawab “Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan sepenuhnya di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.”

PEDULI INSAN DAN INTEAM SERTAI #CABARAN12JAMSYRIA SEMPENA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

PEDULI INSAN DAN INTEAM SERTAI #CABARAN12JAMSYRIA SEMPENA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

PEDULI INSAN DAN INTEAM SERTAI #CABARAN12JAMSYRIA SEMPENA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA


Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusian Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria pada tahun lepas turut menyatakan kesyukuran kerana tahun ini anggota Inteam yang lain turut dapat sama-sama menyertai misi kali ini dan akan melihat sendiri situasi kesukaran di kem-kem pelarian di Syria.

Pada sesi Facebook LIVE itu nanti, beberapa selebriti tanah air juga akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian antaranya Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’ Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat, Diana Amir dan ramai lagi. Penglibatan para selebriti ini adalah sebagai tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun.


SINGLE TERBARU INTEAM TURUT DILANCARKAN

Serentak dengan Cabaran 12 Jam Syria ini juga, Inteam akan turut melancarkan single terbaru kerjasama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul Selimut Kasih. Single Selimut Kasih ini akan berada di platform penstriman muzik manakala penghasilan muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria.

“Kami sangat berharap semua pihak tampil menyatakan sokongan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria.” Ujar Rahim Inteam.

Bagi anda yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman sesawang rasmi Peduli Insan di www.peduliinsan.org .

IKUTI PEDULI INSAN DI FACEBOOK | INSTAGRAM


#BERITA #INFORMASI #CABARAN12JAMSYRIA #12HOURSWITHSYRIA

0 Comments