AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

Akar, Lestari, Screen, Ringgo Arrow Bakal Gegar Showcase Legend Amal Live In Dine 2022 | Sejak kewujudan rancangan Gegar Vaganza, saya harus akui bahawa kebangkitan artis lama sudah kembali. Sambutan diluar jangkaan dari peminat muzik Malaysia khususnya penggemar muzik dari era 80-an hingga tahun 2000 menerusi program ini membuktikan bahawa lagu-lagu dari zaman ini masih berbisa dan malar segar. Malah ia seringkali menjadi lagu pilihan pengunjung di pusat karaoke sehingga pelbagai gelaran diberikan antaranya lagu tangkap leleh, lagu karok, lagu leman, lagu rock kapak dan lagu tangkap leleh.

Antara kumpulan muzik yang pernah mencetus fenomena dalam lanskap muzik tanah air adalah kumpulan Akar, Lestari, Screen dan Arrow. Masih ingat atau samar di ingatan? Ini adalah nama-nama kumpulan rock yang sehingga sekarang masih menjadi bualan netizen. Jom kita imbas kembali serba sedikit tentang legenda rock Malaysia.

AKAR

Kumpulan Akar merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan Akar yang dianggotai oleh Tokjie (Bass), Ezam (Vokal), Bob (Drum) dan Tommy (Gitar) terkenal dengan lagu hit Biar Betul ini dan pernah memiliki 3 buah album iaitu (2002) Mentalis (2002), Baru Betul (2003) dan Memang Betul (2004). Bait-bait lirik “Biar Betul, Biar Betul-Betul” cukup memberi impak kepada arena muzik tanah air.




LESTARI

Kumpulan Lestari merupakan pemuzik yang berasal dari Klang, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama RESTU pada awalnya dan menukar nama kepada Lestari pada 1989 dan mendapat tawaran rakaman album pertama pada tahun 1991 dari syarikat rakaman Perdana Muzikal Industri. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu. Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. 


Mereka juga dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Airmata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana, Malang, Rindu Dipuncak Mahligai, Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata, Terima Kasih Segalanya dan banyak lagi. Untuk rekod, Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut.

SCREEN

Kumpulan Screen merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1993 di Malaysia. Kumpulan Screen mula mencipta nama menerusi lagu Tak Suka Tak Apa. Kumpulan Screen ini terdiri daripada empat anggota iaitu Jimi, Wan, Hashim dan Man, dan kesemua mereka berasal dari Klang. Mereka melancarkan album kedua, Kau Saja Dihati pada 9 Mac 1998. 


Album pertama mereka, Sha Na Na yang telah terjual hampir 50,000 unit. Walaupun penyany asal Screen, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2021, legasi kumpulan ini masih diteruskan hingga kini.

RINGGO ARROW

Ringgo atau penama Muhammad Zain Ramli lahir pada 1 Julai 1969 dan beliau merupakan salah seorang ahli Arrow. Ringgo bersama kumpulan Arrow telah mencapai zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an. Antara agu-lagu jiwang antaranya Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah. Sebagai info, Ringgo Arrow pernah menyertai pertandingan program Kilauan Emas musim keempat dan berjaya mendapat tempat kedua.





KONSERT SHOWCASE AMAL BANTU GOLONGAN SASARAN

Mahu menyaksikan Akar, Lestari, Screen dan Ringgo Arrow dalam satu pentas? Inilah masa dan ketikanya kerana barisan legenda muzik ini bakal beraksi di acara konsert Showcase Legend Amal Live in Dine 2022. Konsert ini dianjurkan oleh Rich One Management dengan kerjasama persatuan NGO Pertubuhan Muafakat Kasih Ehsan Malaysia (PAKAT) dan BROTHERHOOD KLANG. Sebagai info, PAKAT pernah mencipta rekod di Malaysia Book of Records sebagai LARGEST NGO PARTICIPATION FOR HOMELESS CHARITY PROGRAMME.

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022
KUMPULAN LESTARI

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022
EZAM AKAR

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022
KUMPULAN SCREEN

Menariknya untuk konsert ini, ia juga dijayakan untuk membantu beberapa rakan artis yang memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi menampung kos rawatan perubatan. Konsert Showcase Legend Amal Live In Dine 2022 yang membariskan kumpulan Akar, Lestari, Screen, Ringgo Arrow dan Wak Dan dari Warisan Studio akan berlangsung selama lebih 2 jam bertempat di Klang Executive Club (KEC). 

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

Satu sidang media khas telah diadakan baru-baru dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat antaranya Ketua Biro Ekonomi PAKAT, Dato Afendi Mohamed Zain, wakil dari Rich One Management serta kesemua barisan artis yang terlibat pada konsert amal ini nanti. Konsert ini akan dikemudikan oleh pengacara terkemuka tanah air, Aidil Abdul Ghaffar. Antara gimik persembahan yang bakal ditampilkan adalah persembahan tribute khas buat Allahyarham G-mie Screen. Pastinya sepanjang konsert ini berlangsung, anda akan terbuai dengan lagu-lagu malar segar sambil menikmati sajian yang disediakan. Setiap pembeli tiket yang hadir akan menerima sebuah T-Shirt Group Lestari & Akar, minyak wangi dan ramah mesra bersama artis.

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022

Sudah teruja? Pastinya! Harga yang ditawarkan untuk konsert Showcase Legend Amal Live in Dine 2022 ini adalah seperti berikut:

HARGA MEJA

SUPER GOLD
  • RM3500 / 10 Pax
  • RM350 / 1Pax
GOLD
  • RM3000 / 10 Pax
  • RM300 / 1Pax
PLATINUM
  • RM2000 / 10Pax
  • RM200 / 1Pax

Dapatkan tiket anda SEKARANG dengan menghubungi/ Whatsapp di talian 013-9867669 (FIQA) atau 018-2966524 (FIZA) atau emel ke richone.management@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dato Afendi turut memaklumkan perancangan untuk menjayakan 'road tour' konsert amal bersama kumpulan rock tanahair yang popular seperti Lefthanded, Wings, Spring sekiranya konsert amal ini berjaya dan mendapat sambutan hangat.

IKUTI SHOWCASE LEGEND AMAL DI FACEBOOK

AKAR, LESTARI, SCREEN, RINGGO ARROW BAKAL GEGAR SHOWCASE LEGEND AMAL LIVE IN DINE 2022


#KONSERT #MUZIK #HIBURAN

0 Comments