ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

Ulasan Peribadi Filem Indonesia Sayap Sayap Patah | Dunia perfileman kembali rancak dengan kebanjiran naskhah baru. Pawagam sudah mula menayangkan pelbagai genre filem kepada pengemar setia. Lihat saja impak filem Mat Kilau yang berjaya mengutip RM97 juta. Petanda positif bahawa orang ramai rindu untuk ke panggung menonton naskhah hebat sutrada mahu pun memuja lakonan mantap pemegang peran idola. Terbaru, filem dari seberang, Sayap Sayap Patah bakal bertandang ke pawagam Malaysia tidak lama lagi.

Saat menerima jemputan untuk hadir ke tayangan perdana filem ini, saya berkata ya! Kenapa? Saya sukar untuk negatif bila bicara tentang filem Indonesia. Sentiasa memukau saya. Namun saya tertanya, kenapa tajuk nama filem sebegini? Filem apakah ini? Ini menjadikan keinginan lebih kuat untuk menyaksikan filem ini. Ditambah pula teraju utama ini adalah Nicholas Saputra. Satu Malaysia kenal Nicholas Saputra (atau mereka yang membesar dengan filem Ada Apa Dengan Cinta sahaja barangkali). Siapa pula Ariel Tatum yang membawa peranan heroin utama filem Sayap Sayap Patah ini?

SIPNOSIS FILEM SAYAP SAYAP PATAH

Adji (Nicholas Saputra) dan Nani (Ariel Tatum) merupakan sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Kebahagiaan itu memuncak ketika Nani diketahui hamil. Seiring waktu berjalan, kandungan Nani semakin membesar. Namun, Adji tidak selalu dapat menemani Nani kerana tuntutan kerja sebagai polis yang harus bersentiasa bersiap sedia.

Pada suatu hari, terdapat sebuah rumah tahanan yang telah dibolos oleh tahanan hingga menyebabkan kerusuhan besar-besaran. Mereka melakukan serangan kepada para petugas. Adji dan rakan sekerjanya segera bertindak namun, tidak semua tahanan dapat diatasi. Drama para polis menjadi tahanan pengganas dari sekumpulan banduan yang di kepalai oleh Leong (Iwa K) tercetus hingga menggemparkan negara. Pada masa sama, Nani sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Apa yang terjadi kepada Adji dan rakan-rakan? Apa yang terjadi kepada Nani? Saksikan di pawagam berhampiran anda pada 13 Oktober 2022.



Para pelakon filem Sayap Sayap Patah:

Nicholas Saputra sebagai Ipda Sudarmaji
Ariel Tatum sebagai Nani Sudarmaji
Poppy Sovia sebagai Iptu Gendis
Iwa K sebagai Leong
Nugie sebagai AKP Sadikin
Dewi Irawan sebagai Rosita
Ariyo Wahab sebagai Iptu Ruslan
Khiva Iskak sebagai Aiptu Aryo
Edward Akbar sebagai Murod
Aden Bajaj sebagai Rosyid
Revaldo sebagai Aipda Ridwan
Gibran Marten sebagai Aipda Kuntadi
Asri Welas sebagai Dokter Sari
Royhan Hidayat sebagai La Umane
Agla Artalidia sebagai Ratih
Volland Humonggio sebagai Densus Rahmat
Laras Ardhia sebagai Desi
Fajar Gomez sebagai Densus Ikshan
Arief Nilman sebagai Polisi Arman
Achmad Ali Sukarno sebagai Sigap Mulyanto
Iboy As sebagai Densus Aziz
Saad Afero sebagai Densus Alex
Chika Audhika sebagai Pembawa berita
Josephine Putri sebagai Pembawa berita
Ibanez Nasution sebagai Abu Toyib

ULASAN/REVIEW FILEM SAYAP SAYAP PATAH

Sayap Sayap Patah adalah sebuah film drama tragis Indonesia tahun 2022 yang diarahkan oleh Rudi Soedjarwo. Filem yang dibintangi Nicholas Saputra dan Ariel Tatum ini diangkat dari peristiwa rusuhan berdarah di Mako Brimob pada 2018. Telah ditayangkan di Indonesia pada 18 Ogos 2022 dan menjadi filem blockbuster di sana astas sambutan diluar jangkaan.

ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

Permulaan babak filem ini sudah serius. Babak sekumpulan perisik cuba mengintai pengerakan suspek. Terus tertanya kenapa dan apakah yang sedang disiasat? Kemudian ia disulami dengan babak-babak intim dan romantik antara Adji dan Nani. Kemudian berlaku konflik jiwa antara dua pasangan ini dek kerana kes yang sedang diselesaikan oleh Adji.

ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

ULASAN PERIBADI FILEM INDONESIA SAYAP SAYAP PATAH

Setiap babak diisi dengan mainan dalaman watak yang cukup baik. Saya juga harus puji kepada sinematografi yang cukup kemas. Iringan muzik sepanjang filem ini cukup kena dengan ekspresi setiap babak menyebabkan penonton terbuai-buai. Mesej dan intipati filem ini cukup jelas. Banyak yang boleh kita pelajari dari kisah ini. Tentang kelemahan sistem pertahanan, isu rumah tangga, bagaimana keganasan memberi impak kepada negara. Banyak! Cukup banyak! Malah semangat jati diri dan sayangi negara diterapkan secara halus menerusi filem. Patutlah semangat cintakan negara dikalangan Indonesia cukup tebal.

Berbaloi atau tidak turun ke pawagam menyaksikan filem drama tragis ini? Absolutely yes! Nantikan tayangan di pawagam berhampiran anda pada 13 Oktober 2022.


#FILEM #REVIEW #SAYAPSAYAPPATAH

0 Comments