ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

Zed Zaidi Kini Pengusaha Produk MADERM Skincare | Tidak dinafikan industri kecantikan di Malaysia persis cendawan tumbuh selepas hujan. Kewujudan pelbagai jenama produk kosmetik keluaran tempatan menjadi tanda ukur bahawa masyarakat semakin peka dan prihatin untuk tampil cantik didorong oleh permintaan yang tinggi kepada produk kosmetik dan penjagaan wajah di pasaran. Malah, kualiti produk keluaran tempatan juga dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.

Terbaru, MADERM SKINCARE keluaran ekslusif ZS Cahaya Sdn. Bhd. tampil dengan produk MADERMS. Menariknya, produk ini turut mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menerusi perkongsian idea dari segi promosi dan pemasaran produk MADERMS ini. Majlis pelancaran produk MADERMS ini telah dirasmikan oleh penerbit filem tersohor, YBhg. Datuk Yusof Haslam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal antaranya A. Galak, Anne Abdullah, Liza Abdullah, Adrea Abdullah, Acong Sweetchild, Baggio, Joey BPR serta warga kerja syarikat ZS Cahaya Sdn Bhd.

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE
MOHD ZAIFANSURI BIN MOHD YUSOFF, PENGARAH URUSAN ZS CAHAYA SDN BHD

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE
MOHD SUHAIMI BIN MOHD SALLEH, PENGARAH PEMASARAN ZS CAHAYA SDN BHD

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE
DATUK YUSOF HASLAM, PENGARAH & PENERBIT

Jelas Zed Zaidi yang juga pemilik ZS Cahaya Sdn. Bhd. , MADERMS telah menjalani kajian terperinci baik dari segi penggunakan teknologi terkini serta mengetahui kehendak pasaran sebelum ia dilancarkan kepada umum. Tambahnya lagi, walaupun pelbagai jenama produk baik tempatan dan antarabangsa, jenama MADERMS cukup optimis untuk melakar jauh menerusi kualiti dan harga yang cukup kompetitif. Pada masa sama, MADERMS dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan memberi peluang menjana pendapatan bagi menampung kebajikan persatuan-persatuan seni dan budaya yang berteraskan kebajikan.

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE
ZED ZAIDI

MADERM Skincare yakin dengan adanya sokongan daripada pasaran digital termasuk penggunaan media sosial merupakan satu inisiatif positif bagi menyokong perkembangan perusahaan kosmetik tempatan seperti MADERMS. Untuk itu, pihaknya memberi peluang kepada pemasaran dalam talian seperti Tiktoker perlu terlibat dengan lebih aktif untuk membantu mengembangkan pemasaran dan potensi MADERMS ke aras tertinggi.


KENALI PRODUK MADERMS

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

Produk MADERMS yang dihasilkan oleh MADERM Skincara ini diformulasi dan diperkaya dari bahan-bahan bermutu tinggi dan semula jadi seperti Aloe Vera, Vitamin C, Asid Hyaluronik, Evening Primrose Root, minyak Argan, Tea Tree dan Japonica Root. Produk MADERMS dengan tagline Travel Beauty Solution dihasilkan khusus untuk semua jenis kulit. Produk pencuci wajah ini juga boleh digunakan sebagai make up remover. Penggunakan MADERMS dapat membantu mengurangkan kedut, mengekalkan kelembapan kulit, melindungi dari sinaran UV, merawat & mengurangkan kesan parut jerawat, sel kulit mati, meratakan tona kulit wajah dan banyak lagi. Produk MADERMS dijamin halal dan mempunyai nombor notifikasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


ZS CAHAYA SDN BHD BERI SUMBANGAN DAN PENGHARGAAN

Pada majlis sama, pihak ZS Cahaya Sdn Bhd turut meraikan warga kerja syarikat tersebut menerusi acara makan malam serta pemberian anugerah. Majlis turut menghadiakan dua buah kereta kepada pengguna produk penjagaan kereta NX1-PRO keluaran syarikat ini. Tidak dilupakan, ZS Cahaya turut memberi sumbangan khas kepada tiga buah badan iaitu Persatuan Seniman Malaysia, Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) dan Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan (WHAM).

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

ZED ZAIDI KINI PENGUSAHA PRODUK MADERM SKINCARE

Layari https://maderms-skincare.com untuk pembelian dan informasi lanjut mengenai produk MADERMS ini.

IKUTI MADERMS DI TIKTOK


#ACARA #PRODUK #MADERMS #MADERMSSKINCARE

0 Comments