RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

Raya Meriah Max Bersama MyTOWN Shopping Centre | Pejam celik pejam celik kita bakal menghampiri bulan Syawal. Bulan kemenangan setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan, pastinya Syawal dinantikan oleh setiap umat Islam kerana inilah peluang dan ruang untuk meraikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pastinya ramai yang sudah mula sibuk merencana persiapan menyambut hari raya nanti. Disana-sini, sudah kelihatan kemeriahan menyambut Aidilfitri menerusi pelbagai dekorasi menarik dan tawaran istimewa. Pusat membeli-belah adalah antara lokasi pilihan ramai untuk mencari keperluan untuk hari raya. Antara yang ligat menjalankan promosi adalah MyTOWN Shopping Centre.


RAYA MERIAH MAX TEMA RAYA 2023 MYTOWNKL

Tahun 2023 ini, MyTOWN Shopping Centre (MyTOWNKL) tampil dengan tema Raya Meriah Max dengan menyajikan variasi tawaran dan aktiviti menarik buat para pengunjung. Sudah pasti antara tumpuan utama adalah dekorasi raya dimana tahun ini, MyTOWNKL membawakan sentuhan dekorasi inspirasi rumah kampung tradisional Melayu yang cukup sinonim dengan sambutan Aidilfitri. Barulah seronok nak membeli-belah bukan! Lagipun tersedia pelbagai barangan dan kelengkapan raya buat anda disini antaranya baju raya, kuih raya dan banyak lagi. Pelengkap dekorasi raya di MyTOWNKL adalah ruang persembahan tradisional atau panggung dengan gubahan elemen moden klasik menghiasi sudut MyTOWNKL.

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

Bagi anda yang sukakan #ootd , MyTOWNKL adalah lokasi terbaik anda untuk bergaya sakan di media sosial. Ini kerana terdapat beberapa Instagrammable Spot buat anda terutamanya sudut seperti jeti kampung 3D. Pada masa sama, MyTOWNKL turut membawakan kembali aktiviti kiriman kad raya dimana ia tampil dengan poskad khas hasil nukilan Artbysong. Anda boleh kirimkan poskad ini dan letakkan di peti surat klasik yang tersedia di sini hasil kolaborasi bersama Pos Malaysia.

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

Pelbagai aktiviti sudah diatur buat anda bermula 31 Mac sehingga 1 Mei 2023 di MyTOWNKL antaranya variasi persembahan kebudayaan istimewa dan bengkel khas di beberapa lokasi dalam pusat membeli-belah ini.

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE

Pengunjung yang membeli-belah di MyTOWNKL juga bakal menerima ganjaran eksklusif berupa MyTOWNKL’s branded versatile shoulder bag yang didalamnya turut mengandungi poskad, sampul raya edisi terhad.

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE
 

LAGU RAYA MYTOWNKL MERIAHNYA RAYA NYANYIAN SHIHA ZIKIR

Tak meriah raya tanpa alunan lagu raya bukan? Tahun ini MyTOWNKL tampil dengan lagu raya sendiri dan menariknya, lagu raya berjudul Meriahnya Raya ini yang diyanyikan oleh penyanyi terkenal Shiha Zikir adalah hasil ciptaan Zimi Sofaz and Kamarul Arifin Baharun. Pada masa sama, anda boleh turut serta dalam cabaran #MeriahnyaRayaTikTokDanceChallenge dan pemenang bertuah bakal menerima pelbagai hadiah menarik termasuk sesi berbuka puasa bersama Shiha Zikir. Dapatkan informasi lanjut mengenai cabaran ini di platform media sosial MyTOWNKL.

RAYA MERIAH MAX BERSAMA MyTOWN SHOPPING CENTRE
 
Jadi apa tunggu lagi! Jom membeli-belah sempena Aidilfitri di MyTOWNKL! Layari https://www.mytownkl.com.my untuk info lanjut.

IKUTI MyTOWNKL DI FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK


#MYTOWNKL #RAYAMERIAHMAX #SYAWAL #GAYAHIDUP #AIDILFITRI

0 Comments